Social Icons

Pages

Wednesday 17 April 2013

PTD VS TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA. .PENGUNDI PUNYAI PILIHAN..


Umum telah mengetahui tentang nama-nama calon yang bertanding pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13) baik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Calon kali ini sangat menarik perhatian berikutan penyenaraian personaliti-personaliti daripada pelbagai bidang. Negeri Sembilan tentunya menjadi perhatian berikutan disebut-sebut bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Menang di Negeri Sembilan bermaksud berpeluang cerah untuk mengapai Putrajaya. Daerah Jelebu antara kawasan panas yang menjadi harapan kepada Pakatan Rakyat untuk merampas Negeri Sembilan dari Barisan Nasional. PAS Jelebu telah mengumumkan calon yang bertanding untuk Daerah Jelebu. Antaranya: 

P126 JELEBU-Aiman Athirah Al-Jundi 
N03 SUNGAI LUI- Hanif Selamat
N04  KLAWANG- Dr Rosli Yaakop

Di DUN N04 Klawang paling menarik perhatian. PAS telah menampilkan Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara bagi menentang penyandang DUN, Datuk Yunus Bin Rahmat. Apa yang hendak dibangkitkan disini adalah tentang latar belakang calon. Pas dilihat begitu agresif kali ini dalam usaha untuk memenangui kerusi di kawasan tersebut. Dr Rosli dilihat sebagai seorang anak Negeri Sembilan (dari Kampung Kundur Rembau) yang professional dan menjawat pelbagai jawatan tertinggi dalam sektor perbankan negara. Jawatan terakhir beliau adalah CEO of Ahsania-Malaysia Hajj Investment and Finance Company Limited, Dhaka, Bangladesh  .Sementara Datuk Yunus Bin Rahmat merupakan bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang pernah berkhidmat dipelbagai kementerian dan mempunyai pengalaman dalam pentadbiran daerah sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Pahang

Soal siapa menang ataupun kalah belakang kira. Tapi berdasarkan tinjauan ke akar umbi dan masyarakat di DUN Klawang, mereka berasa bertuah kerana kerusi DUN Klawang menjadi pilihan seseorang yang berlatarbelakangkan kelulusan tinggi dan berpengalaman untuk menjadi wakil rakyat kawasan tersebut. Mereka mempunyai banyak pilihan untuk memilih pemimpin yang bakal mereka wakili. Berbeza di lain-lain kawasan calon yang dikemukakan samada dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat tidak sekufu diantara satu sama lain.Buat pengundi DUN Klawang..pilihlah sebijak-bijaknya yang mana berkenan dihati.Hak ditangan anda.

No comments:

Post a Comment