Social Icons

Pages

Sunday 31 March 2013

HIMPUNAN RAKSASA DI SEREMBAN




"BIARLAH GAMBAR BICARA SENDIRI
BIARKAN PENGUNDI MENJADI SAKSI
AKAN KUAKHIRI BERITA PALSU SEBELUM INI
BIAR BN MENDERITA KEMUDIAN HARI"


HA.HA NAK CAKAP KE TAK NAK YE.TAPI MEH LA TENGOK SENDIRI



GAMBAR KAT ATAS NI BUKAN KONSERT MAHARAJA LAWAK YE. BUKAN JOZAN BUAT SHOW TAU..BUKAN JUGAK CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS.BUKAN JUGA CERAMAH USTAZ HASLIN BOLLYWOOD.TAPI......

Ini adalah rakaman gambar Ceramah Jelajah Treler Negara Berkebajikan PAS di DUN Paroi, Seremban, Negeri Sembilan malam tadi 30hb Mac 2013.



APAKAH INI TANDA-TANDA KEMENANGAN PR DI NEGERI SEMBILAN? RIBUAN RAKYAT MEMBANJIRI PROGRAM PAKATAN RAKYAT..HA.HA..JANGAN PULAK CAKAP GAMBAR NI EDIT YO..

Saturday 30 March 2013

SEJARAH SKUAD AMAL PAS



Ianya dicetuskan melalui sebuah panduan kertas kerja induk Lujnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan DPP Pusat sessi 1989/91. Kemudian disahkan oleh mesyuarat Jawatankuasa kerja DPP Pusat kali ke 4 pada 1 Julai 1989 dengan digerakkan oleh satu unit penajaan seramai 12 orang  dari Terengganu yang mempunyai pelbagai pengalaman pasukan sukarelawan beruniform. 
Majlis pelancaran Unit Amal (Kebajikan dan Reakreasi) telah diadakan pada 14 hingga 16 Februari 1991 bertempat di pantai peranginan Tok Jembal, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Unit Amal Pusat dengan kerjasama Unit Amal Terengganu. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Guru Haji Harun Taib (Ahli Majlis Syura Ulama’) AJK PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu pada masa itu. Jambori pertama kali ini  telah berjaya mengumpulkan penyertaan seramai 851 anggota Unit Amal dari seluruh negeri. 
cikgu husin
Tuan Hj Hussin Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Unit Amal yang pertama. Pasukan ini kemudiannya diikuti oleh Penubuhan Unit Amal Nisa oleh Dewan Muslimat PAS Pusat.
Bermula dari sinilah penubuhan Unit Amal  di seluruh negeri dan kawasan dipertingkatkan.
Sdr Jamuliddin Ellias telah dipilih sebagai Ketua Pengarah Unit ke 2 bermula 2002-2005.
Berbagai kejayaan telah berjaya dilaksanakan oleh Unit Amal Pusat selama tempoh tersebut terutama dalam memberi khidmat kepada PAS disemua peringkat.
Mulai Julai 2005 Sdr Jamsari Marsom telah dipilih Ketua Pengarah ke 3 menggantikan Sdr Jamuliddin ellias yang telah melebihi umur pemuda. Dibawah YB Salahudin Ayub selaku ketua DPPP satu perubahan drastic dilakukan oleh Unit Amal untuk menumpu engagement dengan masyarakat sesuai dengan misi dan visi baru DPPP.


Bermula Februari 2006, Unit Amal telah dianugerahkan pakaian rasmi (uniform) baru berwarna merah terang yang lebih ceria sesuai dengan citarasa pemuda pada ketika ini. Majlis penyampaian penganugerahan pakaian rasmi ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat  di Perdana Resort, Kota Bharu, Kelantan.



SUMBER: jabamal.wordpress.com

ZUL NOORDIN BOLA TANGGUNG UMNO?


Firman Allah SWT di dalam surah Al-An’aam ayat 108:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghina apa yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

Ayat ini jelas menyatakan satu pendidikan kepada orang yang ingin berdakwah kepada agama Allah SWT dengan tidak melakukan tindakan yang tidak ada faedah dalam mencapai tujuan dakwa. Tidak kira samada dalam tujuan apa sekalipun Islam tidak mengajar umatnya mencemuh atau mengejek agama lain kerana dikuatiri mereka akan membalas penghinaan tersebut. Namun sekiranya mereka melanggari hak-hak kita sebagai orang  Islam maka hendaklah kita mempertahankan demi kemulian dan kehormatan umat Islam.






Baru-baru ni, Zulkifli Nordin yang merupakan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru dan juga pemimpin utama PERKASA telah mengeluarkan satu kenyataan menghina agama Hindu dengan berkata : 

1. Penganut hindu menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.
2. Kedai jualan patung Tuhan kepada penganut Hindu turut dilanda banjir, menunjukkan  Tuhan mereka juga tidak  mampu menghalangnya.
3. Tuhan hindu dijual murah berikutan rosak akibat kena air banjir


Di Malaysia tiada rekod orang ataupun sukar untuk kita mendengar orang Islam menghina agama Kristian, Buddha dan Hindu. Tetapi orang Cina Malaysia  seperti Chua Soi Lek dari MCA menghina Islam dengan berkata hukum hudud menyebabkan ekonomi akan merosot dan kita kembali ke zaman primitif, Karpal Singh menghina Islam dengan berkata Hukum Hudud dalam Islam adalah tidak adil dan orang India seperti Samy Velu menghina Islam dengan kenyataanya kerajaan BN boleh bagi jalanraya, Quran boleh bagi apa?. Adakah Zulkifli Nordin ingin termasuk dalam kumpulan ini?


Firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah ayat 54:
Maksudnya : Wahai orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang murtad, maka Allah akan datangkan suatu kaum yang Ia kasihi dan mereka juga kasihkan-Nya mereka bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman dan tegas terhadap orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya .


Berdakwah ada pelbagai cara yang mampu menarik minat masyarakat seperti Ustaz Azhar Idrus dengan gaya selamba dan slang Terengganu yang pekat serta Ustaz Haslin Baharin yang dikenali sebagai Ustaz Bollywood kerana kaedah penyampaian yang sering membaca doa mengikut rentak lagu irama Bollywood.Kedua pendakwah ini berjaya menarik minat masyarakat untuk datang mendengar mereka berceramah.
Mungkin dalam keghairan menghentam pemimpin PAS menyebabkan dia terleka bagaimana caranya untuk berdakwah sehingga berani ataupun dengan sengaja memperlekehkan agama lain. Mungkin juga dia semakin tidak relevan sebagai ahli politik?

Apa matlamat Zulkifli mengeluarkan kenyataan tersebut?  Penat kepimpinan UMNO terutama Dato Seri Najib melaungkan konsep wasatiyah. Sana sini diadakan forum menerangkan tentang konsep wasatiyah dalam masyarakat Islam yang hidup dalam persekitaran masyarakat majmuk.



Tapi kalau begini caranya pemimpin PERKASA berkerja..bakal mengundang padah kepada UMNO.Mungkin  sekarang ini pemimpin UMNO amat gelisah dengan isu yang dibawa oleh Zulkifli Nordin ni. Ingat PERKASA boleh bantu UMNO.Tapi ternyata sudah ZUL DAN PERKASA IBARAT BOLA TANGGUNG kepada UMNO selama ini.. UMNO harus fikirkan cara lain yang lebih berhemah selepas ini.

Friday 29 March 2013

TAMBAH PERUNTUKAN UNTUK PERTAHANAN


DR. MAHATHIR Mohamad cuba memegang senapang Colt M4 Carbine seberat 2.98kg dengan menggunakan sebelah tangan pada Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA '13) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi semalam.


LANGKAWI 28 Mac - Kerajaan wajar menambah peruntukan pertahanan dalam pembentangan bajet akan datang untuk meningkatkan kemampuan menangani musuh khususnya dalam perang gerila.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, sektor pertahanan negara ketika ini memerlukan bekalan dan peralatan untuk perang tersebut serta kemudahan mengawasi sempadan laut.
Menurut beliau, meskipun negara berkemampuan mempertahankan negara ketika ini, namun persediaan perlu dilakukan bagi berdepan kemungkinan serangan lebih besar pada masa depan.
"Dalam pertahanan, kita mesti mempunyai kemampuan pertahanan melebihi kemungkinan serangan daripada pihak lain," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara syarikat PWN Excellence Sdn. Bhd. dengan Westar Aviation Services Sdn. Bhd. (WAS) dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2013 di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.
Dr. Mahathir berkata, jumlah peruntukan pertahanan negara yang sedikit dalam belanjawan berbanding negara ASEAN lain disebabkan kerajaan memberi keutamaan kepada pembangunan pendidikan rakyat.
"Kita biasa belanja hingga 25 peratus (daripada belanjawan tahunan) untuk tujuan tersebut. Kita tidak anggap pertahanan sebagai yang diutamakan memandangkan kita tidak mempunyai musuh di sekeliling kita. Tapi kita biasa dengan 'gureilla warfare (serangan gerila)," jelasnya.
Sementara itu, beliau menegaskan, penjualan senjata kecil dan ringan perlu dikawal memandangkan ketika ini didapati banyak dijual kepada pihak tertentu.
Beliau berkata, perkara itu sedang dibincang di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk dalam soal kawalan pengeluaran dan penjualan senjata jenis tersebut.
Ditanya masa sesuai menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dalang pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, Dr. Mahathir berkata:
"Saya berpendapat mereka (pengganas kumpulan Kiram) akan teruskan serangan. Jadi kita tidak perlu tunggu, ada masa yang sesuai kita buatlah


P/s: yang baik kita sokong demi untuk kedaulatan negara

Wednesday 27 March 2013

PERANAN KERAJAAN SEMENTARA SETELAH DUN DIBUBAR DI #negerisembilan


Dewan Undangan Negeri Sembilan tamat hari ini, Rabu, 27 Mac 2013.  Untuk tempoh sehingga 60 hari yang akan datang, Negeri Sembilan bakal diperintah secara kerajaan sementara ataupun caretaker government. Tamatlah sudah tempoh 5 tahun Barisan Nasional memerintah di negeri beradat ini. Puas hati atau tidak  perkhidmatan yang diberikan sepanjang tempoh memerintah, biarlah rakyat yang menentukan. Undi menjadi saksi pada Pilihanraya Umum ke 13 yang tidak kunjung-kunjung tiba ini.Dewan undangan Negeri Sembilan mengangkat sumpah pada 27 Mac 2008, maka, kerajaan negeri terbubarlah dengan  secara automatik pada hari ini, Rabu, 27 Mac 2013 dan mulai hari Khamis, 28 Mac 2013, kerajaan Negeri Sembilan diperintah secara kerajaan sementara. Tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya bagi Negeri Sembilan ialah 27 Mei 2013.

Keadaan sekarang agak begitu asing sekali.Asing disini bermaksud inilah pertama kalinya sejak Malaysia merdeka Dun terbubar secara automatik berikutan tarikh pilihanraya tidak dapat ditetapkan oleh kerajaan memerintah. Sana sini orang bercakap mengenai siapa yang akan perintah Negeri Sembilan dalam kerajaan sementara ini. Ok rilek..berdasarkan apa yang berlaku di Negeri Sembilan ini, kerajaan sementara ini yang akan mengambil alih sementara menunggu pilihanraya. Boleh jadi dan layak untuk kerajaan yang sedia ada sebelum DUN bubar yakni Barisan Nasional yang akan jadi caretaker government dengan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Apa itu kerajaan sementara? Ok..kerajaan sementara dalam konsep Malaysia adalah satu bentuk kerajaan yang memiliki kuasa untuk memerintah secara sementara dan tempoh pemerintahan itu amat pendek. Sebagai contoh berdasarkan situasi sekarang, kerajaan Sementara di Negeri Sembilan akan memerintah selama 60 hari sahaja memandangkan tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya bagi Negeri Sembilan ialah 27 Mei 2013. 

JADI APA PERANAN KERAJAAN SEMENTARA? ok WW tak nak komen dari sudut perundangan kerana berdasarkan pengalaman dan amalan, yang ikut perundangan orang tak cenderung nak ikut. orang lebih suka ikut sistem amalan berkurun lamanya ni. Ok jadi inilah peranan kerajaan sementara berdasarkan rasional dan konsep amalan yang telah diamalkan.


1. TIDAK BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN BESAR ATAU DASAR NEGARA

2. TIDAK BOLEH SAMA SEKALI MELIBATKAN PENJAWAT AWAM DALAM KEMPEN 
     PILIHANRAYA - Yakni membantu parti memerintah

3.  ADUN ATAU WAKIL RAKYAT PARTI PEMERINTAH TERDAHULU
     ( di Negeri Sembilan BN)   HARUS DIHENTIKAN BAYARAN ELAUN DAN GAJI 
     MEREKA-  memandangkan mandat sudah habis.

4.  SEBARANG PERLANTIKAN JAWATAN PENTING DALAM KERAJAAN HENDAKLAH
     DIELAKKAN

5.  KONTRAK-KONTRAK BESAR  TIDAK BOLEH DITANDATANGANI SAMA SEKALI


haa..tu antara peranan yang sepatutnya dimainkan oleh kerajaan sementara.Tapi berdasarkan amalan, semua main langgar je kan...

Monday 25 March 2013

DAP BERTANDING DIBAWAH TIKET PAS..SANGGUPKAH KITA?


" Pak aji pilihanraya nak dekat ni..tak tau la nak undi siapa nanti" tanya seorang anak muda yang baru pertama kali mengundi kepada seorang imam kampungnya.

"oh.panduan dia senang sahaja. mula-mula sekali pilihla Parti yang ditubuhkan atas dasar Islam.ada asas perjuangan menegakkan hukum Islam didalam wadah perjuangan parti tersebut" jawab pak aji

" tu je ke pak aji"? tanya pemuda tersebut

" itu yang pertama.keduanya pilih calon Melayu islam ataupun islam.Sekiranya yang bertanding itu islam dan bukan islam.pilihlah calon islam" jawab pak aji lagi

" kalau macam tu macam PAS je yang ade kaitan dengan pak aji sebutkan tu?" tanya anak muda itu lagi

" sudah tentunya. Kalau kamu nak tau sejarah sudah membuktikan..Pas sentiasa diwakili oleh ulama atau professional islam sejak dari awal parti ni bertanding" terang pak aji. 
"  ok terima kasik pak aji. saya dah dapat gambaran dah apa yang saya nak undi nanti"

Imam tersebut telah membantu membuka jalan dan memberi panduan  kepada seorang pemuda yang baru pertama kali akan mengundi pada pilihanraya Umum ke 13 yang bakal tiba. Anak muda tersebut seorang yang rasional tetapi masih tercari-cari pihak yang boleh diangkat sebagai pemimpin. Benar..media alternatif merupakan medium yang sentiasa di guna, dilihat dan dinilai oleh anak muda tersebut tetapi diakhir sekali anak muda tersebut akan pergi kepada seseorang yang dirasakan layak memberi hujah dan panduan dalam mencari jawaapan kepada persoalan tersebut. Lalu pergilah anak muda tersebut kepada ustaz, tok imam, ketua kampung atau sesiapa yang dirasakan layak. Tapi apa akan jadi taktala..



Serba salah la si ustaz dan tok imam untuk menjawab apa kepada si anak muda sekiranya anak muda itu datang kembali pabila pilihanraya sudah ditentukan tarikhnya dan calon yang bertanding sudah dikeluarkan namanya. DAN PAS...calon tersebut ADALAH DILUAR KONSEP PENERANGAN tok imam kepada anak muda tersebut. Konsep yang selama ini di pegang dengan penuh jitu oleh pemimpin terdahulu.

Fikirkanlah..ataupun kita cenderung memilih seperti ini..



Sunday 24 March 2013

MAYAT TU PARTI APA?



Di sebuah rumah  di utara tanah air, penghuninya, Rahman sedang bersiap melakukan persediaan menyambut  jenazah ayahnya yang akan tiba dari sebuah hospital. Ayahnya, almarhum Pak Dollah meninggal akibat kegagalan buah pinggang dan stroke semenjak terlantar di hospital dua minggu lepas.Suasana rumah sangat sugul dan muram. Sanak saudara telah mula berkumpul sejak jam 9 pagi lagi. Tepat jam 11.30 pagi jenazah tiba dengan van jenzah hospital seraya diletakkan di ruang tamu. Zainal, rakan karib Rahman yang juga penduduk kampung  bertanya kepada Rahman

" man..dah panggil pak imam belum?"

" dah.dah.. tadi aku dah suruh anak aku panggil Imam Mail"

" aik? jauhnya..Imam Zaki selang 5 buah rumah je..nape tak panggil dia?"

" tak pe..aku dh suruh anak aku dah.."

Zainal hairan dengan sikap Rahman. Mengapa tidak dipanggil sahaja Imam Zaki yang tinggal berdekatan dengan rumahnya daripada Imam Mail yang tinggal di kampung sebelah.Persoalan yang bermain difikiran terbantut apabila Rosli anak si Rahman muncul dan seraya berkata kepada ayahnya.

" Ayah, Imam Mail tak ade kat rumah. dia pergi ke rumah anaknya di Kuala Lumpur"

Mendengar kata-kata si Rosli, Zainal terus memberi cadangan.

" Kalau macam tu Rosli, kau panggil jelah Imam Zaki "

Cadangan tersebut dibantah keras oleh Rahman.

" Tak payah !..kalau panggil bukan nak datang pun dia.nanti aku suruh kawan aku panggil imam dari luar"

Zainal diam tidak berkata apa-apa dengan bangkangan rakannya itu. Sejenak dia berfikir mencari jawapan, akhirnya baru dia faham. Imam Zaki orang parti Hijau manakala si Rahman dari parti Biru..Rasanya menjadi satu kesalahan untuk orang dari parti berlainan menguruskan hal  orang dari parti berlawanan.

Setelah 4 jam menunggu Imam yang dikatakan ingin dibawa oleh kawan Rahman tidak kunjung tiba. Sanak saudara semakin resah. Zainal orang yang paling tidak sabar.

" Nal..mana imam kau ni.dah lama jenazah Pak Dollah terbiar ni..panggil je la Imam Zaki tu"

" tak pe.kejap lagi sampai la imam tu.kau jangan menyibuk"

Zainal mengundurkan diri dari tempat jenazah dan pergi ke hadapan untuk menyertai sekumpulan penduduk kampung di bawah pokok..Geram dengan perangai si Rahman. Sampai sekarang pun masih lagi mementingkan soal kepartiaan. Gamaknya dia lebih rela melihat jenazah ayahnya terbiar lama daripada diuruskan oleh pihak dari parti berlawanan.

Setelah hampir 5 jam berlalu dan imam yang ditunggu tidak kunjung tiba, Rahman tidak dapat menunggu lagi. Jenazah ayahnya diuruskan.Disempurnakan pengebumiannya. Doa terus dibaca olehnya sendiri walaupun talkin tidak sempat dilakukan.Selesai lah sudah jenazah Pak Dollah disempurnakan.Pulanglah mereka ke rumah.Tidak lama kemudiaan, sebuah kereta wira masuk ke halaman rumah Rahman. Dari perut kereta, keluar seorang lelaki berpakaian putih dan bertanya sesuatu kepada Rahman.

" Encik saya dari pihak Hospital. Datang untuk ambil kain yang buat tutup jenazah"

" kain apa ye..saya rasa tak nampak la kain yang encik maksudkan"

Rahman hairan dengan apa yang diminta oleh lelaki tersebut. Seingat dia tiada kain seumpama itu sejak jenaza ayahnya tiba. 

" Encik Rahman, kain tu warna putih buat tutup jenazah. Kami kena ambil balik"

Rahman semakin binggung..

" Kain Putih? Tutup jenazah? Bukan ke pihak hospital dah sempurnakan urusan memandikan jenazah? yang ada kain kapan tu je la.takkan nak ambil balik kot?"

" eh..pihak hospital belum sempurnakan lagi urusan memandikan jenazah tu. kami terus bawak ke sini untuk waris uruskan" ujar lelaki tersebut.

"Astagfirullah..bermakna jenazah ayah saya belum dimandikan la.." mengucap panjang Rahman. Jenazah ayahnya tidak disempurnakan lagi mengikut hukum Islam.




Keadaan bertambah gamat. Dengan pertolongan penduduk kampung, Rahman mengali semula kubur ayahnya. Benarlah kata lelaki dari hospital tersebut. Jenazah ayahnya belum dimandikan seperti selayaknya.Apabila kain putih yang membalut tubuh ayahnya dibuka, jelas ketara kain pelikat biru ditubuh ayahnya. Jenazah ayahnya belum dimandikan dan dikapankan sebagai seorang Islam.

Rahman kalut dan binggung.Mengapa langsung dia tidak perasan hal tersebut. Zainal yang ikut  serta menggali semula kubur Pak Dollah kelu seribu bahasa. Dia Juga tidak menyangka begini jadinya keatas jenazah Pak Dollah.

Beginilah jadinya akibat sikap taksub kepada parti..Pihak yang disini ego dan tidak mahu membiarkan jenazah diuruskan oleh Imam yang berlawanan parti. Manakala pihak disana bersikap semborona dan tidak gemar melawat penduduk kampung yang meninggal dunia sekiranya simati bukan dari parti mereka.BUKANKAH MENGURUSKAN JENAZAH ADALAH FARDHU KIFAYAH? 


catatan dari sebuah kisah benar

Wednesday 20 March 2013

ULAMA MALAYSIA YANG SEBARIS DENGAN ULAMA TERKENAL DUNIA

PAS tidak pernah ketandusan Ulama sejak mula parti tersebut di tubuhkan. Ulama-ulama yang ada dalam PAS sentiasa dihormati dan diiktiraf sebaris dengan ulama terkenal di dunia. Seiring dengan Islam sebagai wadah perjuangan, Ulama akan tetap subur dalam memastikan PAS sentiasa maju dan relevan dalam menghadapi apa jua gelombang yang mendatang. Gambar diatas adalah barisan pemimpin ulama PAS yang disenarikan antara ulama sepanjang zaman. Mereka adalah....

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, 
TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG, 
TUAN GURU DR HARON DIN DAN 
ALMARHUM USTAZ FADHIL NOOR



Monday 18 March 2013


10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna

Hasan Al Banna dilahirkan di desa Mahmudiyah kawasan Buhairah, Mesir tahun 1906 M. Ayahnya, Syaikh Ahmad al-Banna adalah seorang ulama fiqh dan hadits. Sejak masa kecilnya, Hasan al Banna sudah menunjukkan tanda-tanda kecemerlangan otaknya. Pada usia 12 tahun, atas anugerah Allah, Hasan kecil telah menghafal separuh isi Al-Qur’an.
Maka mulailah Hasan al Banna dengan dakwahnya. Dakwah mengajak manusia kepada Allah, mengajak manusia untuk memberantas kejahiliyahan (kebodohan). Dakwah beliau dimulai dengan menggalang beberapa muridnya. Kemudian beliau berdakwah di kedai-kedai kopi.
Pada Mac 1928 Syeikh Hassan al-Banna telah menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin di bandar Ismailiyyah.Pengaruh Ikhwan yang semakin kuat amat dikhuatiri dan ditakuti oleh kerajaan Mesir yang diketuai oleh al-Nukrasi Bassa dari parti al-Sa’di yang bertindak mengharamkan Ikhwan Muslimin Pada 1948.
Beliau ditembak pada 12 Februari 1949 ketika keluar dari bangunan pertubuhan Ikhwan Muslimin. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital dan pembunuhan beliau didakwa dirancang oleh polis rahsia kerajaan berikutan kematian perdana menteri yang dibunuh oleh seorang pelajar yang kecewa dengan pembubaran Ikhwan Muslimin. Jenazah al-Imam Hassan Al-Banna telah dikebumikan dengan kawalan kereta-kereta kebal dan perisai. Orang ramai tidak dibenarkan menghadiri upacara pengebumiannya, yang hadir hanya keluarganya sendiri.
10 Wasiat Imam Hassan Al-Banna
1- Jika terdengar azan,maka segeralah bangun untuk menunaikan solat berjemaah walaubagaimana sekalipun keadaan seseorang itu.
2- Perbanyakkan bacaan al-Quran,selalu membuka kitab2 untuk menambah ilmu,pergi ke majlis2 Ilmu,perbanyakkan zikrullah dan jangan membuang masa dalam perkara yang tidak mendatangkan faedah.
3- Berusaha untuk bertutur dalam bahasa Arab yang Fushah kerana Bahasa Arab yang betul (Fushah) adalah lambang(syiar) Islam.
4- Janganlah bertengkar walau dalam apa jua keadaan sekalipun kerana pertengkaranyang kosong tidak mendatangkan apa-apa faedah.
5- Janganlah terlalu banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa sahaja akan tenteram dan tenang.
6- Janganlah terlalu banyak bergurau kerana orang islam yang sedang berjuang itu tidak mengerti erti bergurau melainkan bersungguh2 dalam setiap perkara.
7- Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8- Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9- Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10- Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya

Sumber : http://www.myberita.com/10-wasiat-imam-hassan-al-banna/

SYARAT-SYARAT MEMILIH PEMIMPIN DALAM ISLAM





Petikan twitter diatas daripada seorang pemimpin mahasiswa yang agak popular dalam senario politik sekarang.WW tak mahu komen lebih-lebih tapi  WW cenderung untuk menjawab persoalan yang dikemukakan..



Dalam Al-Quran telah dinyatakan dan digambarkan tentang konsep kepimpinan dalam islam yang mana perkataan Khalifah dan imam merupakan istilah yang paling sesuai untuk umat manusia seperti maksud ayat berikut:

" ingatlah sesungguhnya kepada Tuhanmu berfirman kepada malaikat. 
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi"

( Al-Baqarah, ayat 30)


Dalam hidup bermasyarakat melantik pemimpin adalah satu kewajipan umat Islam seperti dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

" Jika kamu bertiga , maka lantiklah salah seorang menjadi ketua"

Kepimpinan dalam islam meliputi urusan dunia dan akhirat. Pemimpin Islam perlu insaf dan menyedari bahawa setiap tanggungjawab akan di persoalkan bukan sahaja di dunia, malah diakhirat. Walaubagaimanapun kepatuhan kepada pemimpin dalam islam adalah bersyarat yang mana seseorang itu tidak perlu patuh malah wajib engkar sekiranya pemimpinnya menyeleweng atau melakukan perkara yang melanggar perintah Allah S.W.T

Kriteria Pemilihan Pemimpin Menurut Perspektif Islam

Seperti yang telah dipersekati oleh para ulama, pemilihan pemimpin berdasarkan syariat Islam mestilah menjerumus kepada beberapa aspek ini:

  1. Muslim, akil baligh dan lelaki -kanak-kanak yang belum dewasa tidak boleh jadi pemimpin begitu juga wanita yang mempunyai sekatan atau halangan dalam pergaulan seperti menjaga aurat dan keadaan fizikalnya
  2. Adil dalam melaksanakan hak-hak Allah-tidak menyalahi kitab Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W. Ini bermaksud pemimpin perlu bertakwa dengan tidak meninggalkan solat dan kewajipan menunaikan zakat puasa dan mengerjakan haji serta berupaya menahan diri daripada melakukan perkara yang melanggar batas syarak.
  3. Berilmu dan Menguasai serta mengamalkan ilmu fardhu ain
  4. Beradab mengikut akhlak islam supaya mampu menjadi contoh teladan- Pemimpin perlu sentiasa mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti jujur, ikhlas, istiqamah dan bertaqwa. Sentiasa memastikan kebersihan jiwa dan rohani serta menyelidik dan memeriksa segala keaiban dan kelemahan sendiri.
Kepimpinan dalam masyarakat mempunyai dua kelompok iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Secara logik akal orang yang dipilh menjadi pemimpin biasanya memiliki kualiti yang lebih baik daripada orang yang dipimpin. Islam menilai martabat insan berasaskan amal manusia yang berbentuk fardhu ain serta fardhu kifayah.

Konsep kepimpinan Barat dan dengan kepimpinan Isalam adalah sangat berbeza sekali. 

KEPIMPINAN ISLAM ADALAH AMANAH KETUHANAN (DIVINE TRUST) yang merangkumi urusan duniawi-ukhrawi dengan dua peranan utama iaitu memelihara agama dan mengurus dunia.

Manakala Kepimpinan barat  hanya menjerumus kepada URUSAN DUNIAWI-UKHRAWI. Kepimpinan barat tidak menekankan kepada konsep pengurusan duniawi semata-mata tanpa memikirkan kesan disebalik   apa  yang akan berlaku pada moral manusia pada masa akan datang.

Kesimpulannya disini, menyokong dan memilih pemimpin bukan setakat pandai menguruskan aset negara semata-mata tetapi juga mempunyai akhlak mengikut syarat Islam yang mana bakal menjamin kepada kestabilan aklhak masyarakat yang dipimpinya kemudian hari. MAHUKAH KITA MELIHAT MALAYSIA MAJU DALAM SEMUA BIDANG.MENANG BOLA SEPAK PIALA DUNIA, MEMPUNYAI BANGUNAN PENCAKAR LANGIT PALING TINGGI DIDUNIA. KUASA EKONOMI ASIA SERTA DUNIA, MEMPUNYAI PERDANA MENTERI YANG HEBAT SERTA MEMPUNYAI SISTEM KETAHANAN DAN PERSENJATAN YANG AMAT CANGGIH...

Tapi..pada masa yang sama generasi yang lahir mengikut acuan pemimpinnya..ZINA BERLELUASA, ANAK TDAK BERBAPA..MAHUKAH KITA?



Sunday 17 March 2013

anwar atau bukan...biar undang-undang tentukan..



Telah heboh sejak khamis lepas taktala satu laman blog menyiarkan tentang video seks songsang yang dikatakan memaparkan individu mirip ketua pembangkang, Dato Seri Anwar Bin Ibrahim. Pendirian kita sebagai muslim hanya satu sahaja langkah selamat yang boleh diambil iaitu MENYERAHKAN KEPADA UNDANG-UNDANG untuk mengambil tindakan kepada DSAI sekiranya benar beliau terlibat. Sebarang pertuduhan ataupun terus mengatakan bahawa pemimpin PR ini terlibat dalam video tersebut perlulah dielakkan dan menyelamatkan diri kita daripada dosa memfitnah sekiranya tidak benar

Tuesday 5 March 2013

SKUAD AMAL PAS HULUR BANTUAN DI SEMPORNA


RUPA-RUPANYA DIAM-DIAM PAS DALAM ISU PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU TIDAK BERMAKNA DIAM BAK TIN YANG KOSONG..WALAUPUN BANTUAN TIDAK SEBERAPA..



Monday 4 March 2013

LAGI INDIVIDU HINA PERWIRA GUGUR

MANUSIA SEMAKIN HILANG NILAI MORAL DAN SENSITIVITI DALM DIRI TAKTALA SANGGUP MELETAKKAN EGO DAN PANDANGAN BODOH SEMATA-MATA UNTUK TARIK PERHATIAN. MEH KITA TGK SATU STATEMENT DARIPADA SEORANG BUDAK HINGUSAN NI.




SUMBER GAMBAR: Blog Pilihan Anda!


APA TINDAKAN YANG BOLEH KITA LAKUKAN KEATAS PENAMA DIATAS? 

ADA JUGAK BLOGER UMNO DOK SPIN

Kita semua sedang bersedih dengan gugurnya 8 perwira negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu oleh pengganas dari Sulu. Semua ahli politik terutama yang beragama Islam mengambil kata sepakat mengutuk serangan yang mencabar kedaulatan negara. Samada PAS mahupun UMNO masing-masing memahami dan meletakkan diri mereka ditempat keluarga perwira yang terkorban. Namun pendirian PAS yang mengambil pendekatan berdiam diri telah disalah ertikan dan di Spin oleh blogger yang teruja mempolitikkan isu ini dengan harapan berlaku pertelingkahan antara dua Parti ISLAM ini. Seperti yang dipostkan oleh bloger ni..


PAS nampaknya membisu seribu bahasa seolah-olah tak tau apa-apa yang berlaku di Sabah. Tapi lidah haramjadah PAS iaitu Harakahdaily mahu memfitnah Perdana Menteri dengan mengaitkannya dengan pencerobohan pengganas dari Filipina.

Yang serang tu Kiram 111, tapi pi letak gambar Najib dengan Esmail Kiram 11 tu buat ape ek? Tak tau beza ke 11 dan 111??

Buat bloogger yang ghairah mengupdate status di Sabah, tolong konsisten dengan apa yang ada tulis.jangan main terlalu banyak politik disini. Jangan laga-lagakan rakyat Malaysia..

Sunday 3 March 2013

BLOGGER PAKATAN MASA UNTUK BERSATU

Dengan kes pencerobohan di Lahad Datu semakin serius yang mana sehingga kini 8 anggota keselamatan kita telah maut sejak insiden 1 Mac lalu. Pasukan keselamatan tambah bagi menangani isu tersebut. Terbaru Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menghantar 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)  Kem 8 Bridged Pengkalan Chepa Kelantan berlepas ke Sabah.




SELAMAT JALAN Abang
SELAMAT JALAN Ayah
KAMI DOAKAN SELAMAT PERGI DAN 
SELAMAT PULANG


Apa yang WW nak tekankan disini, sekarang bukan masa untuk berpolitik. Saat genting ini kedaulatan dan keselamatan negara menjadi perkara utama. Blogger politik khususnya Pakatan Rakyat..BERSATULAH..MOHON JANGAN KELUARKAN POST YANG BAKAL MENIMBULKAN KESEDIHAN KELUARGA MANGSA seperti TIAN CHUA buat..


Friday 1 March 2013

AL-FATIHAH BUAT PEJUANG NEGARA

Marilah kita sama panjatkan doa, sedekahkan al-fatihah buat pejuang negara yang terkorban dalam insiden Lahad Datu semalam. Sesungguhnya jasa mereka terlalu besar untuk Malaysia Tanahair tercinta ini. Mereka yang terkorban:



1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)







Semoga keluarga mereka tabah menghadapi situasi ini. Diharapakan tiada lagi insiden seumpama ini berlaku pada anggota keselamatan kita.