Social Icons

Pages

Thursday 11 April 2013

NIAT PAS SEMAKIN BERUBAH?



Diterangkan di dalam kitab Ehyaaul-ulum karangan Imam Ghazali, ada seorang Abid (ahli ibadat) dikalangan bani Israel yang sentiasa sibuk dengan ibadat. Pada suatu hari datanglah satu rombongan menyampaikan perihal sebuah kaum yang menyembah pohon kayu.
Mendengar berita itu, Abid lantas marah semarah-marahnya. Lalu ia mengambil sebilah kapak dan keluar untuk menebang pokok tersebut. Dalam perjalanannya, dia telah bertemu dengan syaitan yang telah menyamarkan dirinya sebagai seorang tua. Syaitan pun bertanya,

S
Engkau hendak ke mana?
A
Aku hendak pergi menebang pokok yang disembah orang
S
Kenapa engkau hendak menebang pokok itu. Engkau tinggalkan ibadat engkau hanya kerana satu perbuatan yang sia-sia
A
Ini juga merupakan satu ibadat
S
Tidak sekali-kali aku akan membenarkan engkau menebang pokok itu
Akhirnya, satu perkelahian yang hebat pun berlaku di antara Abid dan syaitan. Abid telah berjaya mengalahkan syaitan lalu ia duduk di atas dada syaitan itu. Menyedari akan kekalahannya itu, syaitan pun cuba menggoda Abid,
S
Dengarlah kata-kataku. Perkara menebang pokok itu bukanlah Allah wajibkan ke atasmu. Pokok itu pun tidak mengganggu amal ibadat kamu dan kamu pun bukannya menyembah pokok itu. Tuhan telah mengutuskan para AnbiyaNya. Jika ia mengkehendaki, pasti Dia akan memerintahkan Nabi-nabi menebang pokok itu
A
Aku tak peduli. Aku mesti menebang pokok itu. Buatlah apa pun yang engkau suka
Lalu mereka pun berkelahi lagi. Sekali lagi Abid berjaya mengalahkan syaitan. Lalu syaitan pun berkata,
S
Dengarlah kata-kataku yang terakhir ini. Ia mungkin menguntungkan engkau. Engkau ini seorang miskin yang menjadi beban kepada masyarakat. Kau biarkanlah pokok itu dan ambil tiga dinar (wang emas) setiap hari dari bawah bantalmu. Dengan wang itu, kau akan memenuhi keperluan seharianmu, menunaikan hak keluargamu dan membantu fakir miskin. Kau boleh gunakan wang itu untuk mengerjakan amalan yang baik lagi menguntungkan dirimu. Jika kau tebang pokok ini, kau hanya mendapat satu pahala sahaja. Sedangkan penyembah2 pokok ini pasti akan mencari pokok lain untuk disembah
Malangnya kali ini, Abid telah terpengaruh dengan pujukan syaitan dan menerima tawaran tiga dinar itu. Dua pagi berturut-turut, Abid memperolehi 3 dinar dari bawah bantalnya, manakala pada hari ketiga, wang itu tidak pula diperolehinya.Merasakan dirinya tertipu, Abid lantas mencapai kapaknya lalu keluar untuk menebang pokok kayu itu. Dalam perjalanannya, sekali lagi Abid bersua dengan syaitan.
S
Engkau hendak ke mana?
A
Aku hendak menebang pokok itu
S
Kini kau tidak berdaya untuk menebang pokok itu lagi
Lalu mereka pun berkelahi. Kali ini syaitan pula yang menang dan duduk di atas dada Abid. Abid tercengang lalu bertanya,
A
Kenapa sekarang engkau dapat mengalahkan aku sedangkan dulu, aku telah mengalahkan engkau
S
Dahulu, engkau menang kerana engkau berjuang semata-mata kerana Allah. Kini, engkau kalah kerana engkau berjuang semata-mata kerana wang


Begitulah kisah yang berlaku kepada hamba Allah tersebut. Disini dapat kita lihat tentang kekuatan niat. Sekiranya niat yang dicetuskan sejak dari awal perjuangan adalah menegakkan hukum Allah dan demi kepentingan manusia sejagat, nescaya Allah akan membantu kita melapangkan dada dan menyenangkan apa yang sulit.

Begitu juga halnya dalam politik PAS. Mengapa pada tahun 1998 PAS beroleh kemenangan besar? Semuanya adalah disebabkan tentang niat untuk memperjuangakan agama Allah dengan melaungkan penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud. PAS ketika itu yang dipimpin oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor begitu tegap dan diyakini perjuangannya. Malah berjaya merampas Terengganu daripada Barisan Nasional.

Namun pada tahun 2004, pencapaian PAS dalam Pilihanraya Umum ke 11 mulai merosot. Tersingkir diTerengganu apabila rakyat di negeri tersebut yang mengharapkan manifesto PAS terengganu yang akan melaksanakan hudud dinegeri tersebut hanya mampu mengharap sedangkan tiada pelaksanaan dapat dilakukan dengan jitu. Selepas tahun 2004, PAS mula memasang gerak kerja memperkasakan parti, model negara Islam kembali menjadi wadah perjuangan. Kepimpinan PAS di perkasakan dengan Ulama dengan Nasharudin Mat Isa menjadi timbalan Presiden PAS. Beberapa post naib presiden diisi  dari  golongan ulama.

Pada tahun 2008 PAS berjaya mencatatkan kemenangan besar dalam PRU 12. Namun dalam tempoh tersebut kita menyaksikan PAS seperti bersingkap BERLAGAK dengan kuasa yang dimiliki. Berjaya merampas Kedah serta mengekalkan Kelantan dengan kemenangan yang besar. Bermula 2012 perpecahan dalaman PAS semakin ketara. Dalam pemilihan muktamar PAS, Kepimpinan ulama mula merosot dan digantikan dengan kumpulan profesional. Mat Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS setelah menewaskan dua ulama iaitu Ustaz Nasharuddin dan Tuan Ibrahim Tuan Man.  Setelah itu, sedikit demi sedikit mula terasa kepincangan dalam PAS...Bermula dengan pemecatan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hassan Ali yang disingkirkan dalam isu gereja DUMC . Kemudian yang terbaru pemecatan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura Ulama setelah beliau mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan ke Palestin. Umum mengetahui, Ustaz Nasha merupakan anak didik Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Mantan Presiden PAS ke 6. Sisa perjuangan Fadzil Noor masih lagi berada dalam diri Ustaz Nasharuddin. Tapi pihak yang macam inilah tersingkir dalam arus Perjuangan PAS. 

Untuk PRU 13? tepuk dada tanya iman..apakah PAS akan tergolong dalam situasi ketiga pemuda yang tewas dengan syaitan tersebut?

No comments:

Post a Comment