Social Icons

Pages

Saturday 29 September 2012

DISKAUN 20% PTPTN, BUKTI PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT DIDENGARI



Beberapa insentif berupa pemberian diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata insentif pertama adalah diskaun 20 peratus daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Okt 2012 hingga 30 Sept 2013.

"Manakala, bagi mereka yang membayar pinjaman secara konsisten mengikut jadual mulai 1 Okt 2012, diskaun 10 peratus setahun akan diberikan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.


Siapa kata Pembangkang menyusahkan rakyat Malaysia? anda boleh nilaikan sendiri. Kalau Pakatan Rakyat tidak membawa isu PTPTN, nescaya kerajaan tidak mahu melihat langsung dasar dan kelemahan PTPTN tersebut. Mungkin perjuangan untuk memansuhkan PTPTN tidak tercapai...tetapi sikit-sikit kerajaan menerima pakai konsep PR.