Social Icons

Pages

Tuesday 31 July 2012

PAS MUDAH LUPA


Satu demi satu belang DAP ni makin terdedah berkenaan isu hukum hudud. Terbaru  600 pemimpin akar umbi DAP di Klang membantah sekeras-kerasnya pelaksanaan undang-undang Islam oleh parti itu. Setiausaha penganjur Jawatankuasa Perhubungan DAP Parlimen Klang, K. Yoga Sigamany berkata pihaknya juga menyokong sepenuhnya Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh yang membantah pelaksanaan hukum hudud oleh PAS. Berikut antara kenyataan biadap pemimpin DAP:

"Kami di DAP akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap pandangan Karpal Singh dan menegaskan bahawa tiada mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat harus melaksanakan nilai-nilai Islam dalam masyarakat berbilang kaum," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
" keyakinan PAS bahawa pelaksanaan hukum hudud akan diterima kerana ia hanya membabitkan masyarakat Islam kurang menyakinkan yang mana Yoga Sigamany berkata, walaupun ia tidak melibatkan orang bukan Islam, pelaksanaan hukum hudud akan menjejaskan nama Malaysia di mata dunia
(  Statement ni bagi aku sangat BIADAP dan kurang ajar. Apehal si PARIA ni nak pertikaikan tentang hukum islam?)
Kemon la pemimpin  PAS buka mata luas-luas.Mana prinsip perjuangan anda? Mana WADAH PERJUANGAN PARTI ISLAM yang dibanggakan suatu ketika dulu?.Semakin hari semakin teruk aku tengok.Jangan la dok asyik hentam UMNO sampaikan parti sendiri tergadai. PAS kenangkan lah kata-kata Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS yang begitu gigih perjuangkan islam melalui PAS..

INGAT YE..SEBURUK BURUK UMNO MEREKA MASIH LAGI ISLAM DAN SEBAIK BAIK DAP MEREKA TU ADALAH KAFIR LAKNATULLAH!!!!

Monday 30 July 2012

SORANG LAGI BEKAS PEGAWAI KANAN KERAJAAN MASUK PAS

Bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian masuk PAS

SEREMBAN: PAS Negeri Sembilan menerima suntikan semangat baru apabila bekas pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Mustapah Mohd Omar menyertai PAS secara rasmi kelmarin.

(Mustapah menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS kepada Mohamad Sabu)

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kawal Selia Air Selangor; Penolong Pegawai Daerah Port Dickson dan Penolong Pegawai Daerah Seremban.

Mustapah bersara pada tahun lepas.

Mustapah menyerahkan borang ahli PAS kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di majlis berbuka puasa anjuran PAS Seremban di PASTI Wildan, Ampangan, Seremban.

Turut menerima penyertaan Mustapah ke dalam PAS ialah Yang DiPertua PAS Seremban, MK Ibrahim Abdul Rahman dan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan, Mohamad Hassan Tamby.

harakahdaily.


P/S: Perjuangan Islam semakin mendapat tempat dan dipercayai oleh segenap masyarakat,. Ape jadi pada UMNO ye? Semua profesional memilih PAS sebagai wadah perjuangan..

Thursday 19 July 2012

Come on lah Harakah

Akhbar harakah merupakan akhbar yang sering aku baca. Boleh dikatakan akhbar utama la selain Berita Harian. Tapi kadang-kadang aku rasa harakah ni melebih-lebih pulak dalam melabelkan orang ataupun melaporkan sesuatu perkara yang pada pandangan aku tak sesuai langsung la sebagai parti islam..Contoh yang terbaru...

List Of Modern Dictators

Kemon la harakah..tak best la macam ni..Boleh mengelirukan orang yang baca la..Pegi amik kat blog orang yang tak tentu hala buat apa..Yang sebenarnya jom tgk disini







Wednesday 18 July 2012

AWAS SYABAS

Selangor hantar kumpulan profesional awasi Syabas

Harakahdaily,18 Jul 2012
SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor akan menghantar satu kumpulan profesional untuk meneliti operasi harian Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bagi mengenal pasti keadaan semasa air terawat di Selangor.

Kumpulan profesional ini dianggotai oleh Suhaimi Kamaruzaman (Ketua Pengawai Eksekutif KDEB), Ir Abas Abdullah (Pengarah ABASS), Karim Endut, (Pengurus Besar Pengurusan Air, Kumpulan Perangsang Selangor) dan Kevin Lee (Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan, Perangsang Selangor).

Demikian umum Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Pengumuman ini berikutan kenyataan beliau semalam, kerajaan negeri akan 'step in' dalam pengurusan Syabas.

Ia dibuat berikutan kenyataan Syabas akan membuat catuan air di Selangor.

Bagi kerajaan negeri, kenyataan ini satu kenyataan politik yang mahu menyusahkan kerajaan dan rakyat negeri Selangor.

Ini kerana, bagi mereka, catuan air tidak perlu kerana kesemua empangan air yang ada penuh dan tidak masalah.

"Kumpulan profesional ini dihantar kerana Syabas gagal memberi penjelasan terperinci dan memuaskan dalam beberapa isu ketika syarikat tersebut memberi taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, pagi tadi," kata Khalid dalam kenyataannya.

Kerajaan Negeri Selangor, katanya, yakin kumpulan ini akan dapat bekerjasama dengan Syabas kerana semua anggotanya berpengalaman luas dalam operasi dan pengurusan air.

Sementara itu, Kerajaan Negeri juga sudah menyediakan surat untuk memaklumkan hasrat kerajaan Selangor untuk ‘step in’ dalam pengurusan Syabas kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Ahli EXCO Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok akan mengetuai delegasi untuk menghantar surat ini ke Putrajaya pada petang ini secara peribadi kepada KETTHA kerana Kerajaan Negeri berpendirian bahawa isu ini penting diselesaikan dengan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Tuesday 17 July 2012

8 PEMBOHONGAN IBU





Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. 

Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : "Makanlah nak ibu tak lapar." PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit" PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." . PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu.

iLuv islam

Tuesday 10 July 2012

KERIS UMNO YANG SEMAKIN BENGKOK


Dengan Pilihanraya Umum yang semakin hari semakin tidak nampak batang hidungnya, Iklim politik Malaysia dicemari dengan pelbagai kenyataan yang berbaur penghinaan kepada Islam. Terbaru, kenyataan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek  yang mengatakan ADUN UMNO hilang akal apabila mencadangkan hudud dilaksanakan di Johor. Kenyataan beliau seperti biasa tidak mendapat perhatian daripada pemimpin UMNO khususnya Pemuda. Jika sebelum ini Pergerakan Pemuda UMNO begitu lantang menidakkan sebarang kenyataan yang lahir dari mulut pemimpin pembangkang khususnya DAP, perkara sebegini tidak berlaku pada kali ini.nyatalah UMNO bersikap DOUBLE STANDARD dalam hal ini. TERBUKTI KERIS UMNO SEMAKIN BENGKOK DARI HARI KE HARI

Friday 6 July 2012

TIPS TAMPAL ROAD TAX KERETA

Tip Tanggal dan Pasang Sticker Road Tax Kereta

Soalan yang diajukan pada kami:
Betta sp said...cara nie boleh tanggalkan bekas sticker roadtax x? huduh la cermin keta coz xdpt buang bekas roadtax lama
en_me said...camane nk tanggalkan roadtax lamer yg melekat pulakks.. uhuhu..camane nk tanggalkan roadtax lamer yg melekat pulakks.. uhuhu
lalink7 said..kite nak tnye soklan jugak boleh..
kalau nak buang gam2 hasil tempekan road tax yang melekat pada cermin kete tue pakai ini jugak ke?
Jawapan Kami:Terima kasih kerana bertanya semua..Tak tahulah siapa yang mencadangkan dan mencipta roadtax yang kita guna pakai sekarang nih. Nak lekatkan satu hal, kena hati-hati jangan senget. Silap cara, mahu terkoyak roadtax tuh. Selepas setahun, azab pula nak tanggalkan. Bukan lah nak simpan roadtax lama tuh, buat macam mana sekalipun mesti terkoyak juga. Masalahnya, roadtax tuh biasanya merosakkan cermin kereta. Tak tahulah gam jenis apa yang digunakan. Kadang-kadang tuh, roadtax dah tanggal, gam pula melekat pada cermin. Jadi satu hal pula nak hilangkan kesan gam tuh. Yang menjadi masalah sekarang nih,ramai yang merungut pasal terdapat saki-baki roadtax beberapa tahun lepas masih ada lagi pada cermin kereta mereka.
Itulah masalah yang owner kereta hadapi semasa nak tampal roadtax baru. Susahnya nak tanggal yang lama, Kalau tidak, rosaklah ‘tinted film’ tuh. apasal laa dorang buat roadtax camnih.. yg dulunye lagi senang.. silap-silap rosak laa segala tinted ko yg mahal-mahal tu....atau masalah yang ketara ialah mesti koyak rabak road tax korang kalau tak pandai nak tampal atau masa nak pindahkan roadtax ..
Tip2 Tanggal dan Pasang Road Taxaku nak bagi sket tips kat korang yg nak macam mana nak tanggalkan Road tax dan beberapa tip macam mana nak tampal Road tax kat cermin kete nih, so time nak tanggalkan nanti senang sket kerja korang

Tip-tip mudah masa nak tanggalkan Road Tax
Cara pertama:
Menggunakan Hot air tool atau kalau tak ade boleh guna hair drayer.. Salai sticker road tax agak suam-suam nak bagi gam cair dulu. Lepas tu,bolehlah tanggalkan sticker road tax dgn perlahan-lahan.

Cara Kedua:
Sebelum nak tanggalkan road tax kat cermin kereta anda .. Silalah jemur kereta anda kat tengah panas dulu dalam 1 jam ke,nak bagi gam dia cair dulu agaknya.Lepas tu,dengan berhati2,bolehlah tanggalkan dengan perlahan-lahan. InsyaAllah takde masalah punya
Tip-Tip nak hilangkan sisa gam Road Tax lama
Cara mudah yang selalu aku praktikkan, Spraykan WD-40 dulu di sekeliling sticker road tax sebelum menanggalkannya.Lepas itu,tanggalkan sticker tu dan tarik perlahan-lahan sehingga semua bahagian sticker dapat ditanggalkan sepenuhnya.
Jika masih terdapat kesan gam pada cermin,Spray sekali lagi WD-40 pada kesan gam tersebut dan biarkan beberapa minit.Tenyeh-tenyeh dengan kain bersih.


Cara Nak Tanggalkan Sisa Gam Roadtax ( cermin bertinted)

klu cermin tinted pakai minyak, alkohol atau sepirit, paraffin dan tenyeh la sesedap rasa tp jgn guna pisau atau benda tajam, hati-2 sbb mungkin bley rosakkan plastic tinted tu, dan jgn guna petrol sbb ia mungkin boleh rosakkan plastic tinted tu jugak. Ade orang buat dengan cara tenyeh-tenyeh gam tersebut guna minyak wangi perfume, minyak masak, baby oil atau spray label off 50... bahan ni juga tidak memudaratkan plastik tinted kereta korang..

Cara Mudah tanggalkan sisa gam Roadtax ( cermin tanpa tinted)
klu cermin tak tinted, pakai minyak dan kikis dgn pisau lipat ajerr...pastu sisa gam genyeh pakai petrol, diesel, thinner minyak zippo ... pastu sapu balik cermin tu ngan kain bersih.... abis citer..Tapi kalau sisa tu degil susah sangat nak tanggal lagi korang cari Adhesive Remover atau Window Tint off remover.. yang ni power.. cuma boleh guna kalau kereta tu tak bertinted lah..

lanjut....http://firestartingautomobil.blogspot.com/2011/02/tip-tanggal-dan-pasang-sticker-road-tax.html

DOA DITETAPKAN IMAN

Doa Ditetapkan Iman

“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”
(Surah Ali Imraan [3]: 8

FREEHOLD OR LEASEHOLD..YANG MANA PILIHAN ANDA?





Kepada semua individu yang ingin memiliki aset hartanah  ,anda pasti pernah mendengar dan melihat perkataan Freehold/Pegangan Bebas dan Leasehold/Pajakan ketika hendak membeli rumah ataupun di poster-poster/iklan2 perumahan.Jadi, ape sebenarnya maksud Kedua-dua Perkataan ini. Jom kita lihat satu persatu:



1. Apakah yang dimaksudkan dengan pajakan tanah 99 tahun?


Pegangan tanah mempunyai dua jenis iaitu Freehold atau pegangan bebas dan Leasehold iaitu pajakan. Sesuatu pajakan tanah boleh menjadi jadi 99 atau 999 atau 60 tahun. Pajakan Tanah 99 tahun adalah satu bentuk pemberimilkan ( pemberiaan) tanah oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri kepada seseorang individu ataupun kumpulan bagi tempoh selama 99 tahun atau tidak melebihi tempoh tersebut.. Rasional peruntukan ini supaya membolehkan Kerajaan membuat perancangan gunatanah semula bagi kawasan berkenaan yang mungkin berlainan daripada kegunaan dan pemilikan sekarang, apabila tamat tempoh pegangan hakmilik. Dengan ini, Kerajaan tidak perlu menyediakan peruntukan yang besar untuk mendapatkan semula tanah apabila hendak membangunkan semula tanah berkenaan di masa akan datang, selaras dengan keperluan pembangunan di masa itu. Seksyen 76 (aa) (iii) KTN menyatakan di mana pemberimilikan tanah secara pegangan kekal/ freehold boleh diberi hanyalah setelah kerajaan negeri berpuashati bahawa terdapat keadaan istimewa Jadi secara jelasnya, pajakan 99 tahun adalah berkenaan apabila tamat tempoh tersebut (99 tahun), kerajaan akan mengambil balik tanah tersebut untuk perancangan pembangunan dengan diberi pampasan


2. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh pemilik tanah setelah tempoh pajakan hampir tamat?

Prosedur ataupun tindakan yang perlu diambil oleh pemilik tanah setelah tempoh pajakan hampir tamat adalah dengan cara memohon tempoh lanjutan iaitu melibatkan beberapa langkah antaranya adalah:

a) Bawa salinan geran tanah ke Pejabat Tanah Daerah
b) Buat carian rasmi terhadap status tanah tersebut
c) Semak status tanah tersebut iaitu semak bila tamat tempoh pajakan tanah tersebut
d) Buat permohonan untuk melanjutkan tempoh
e) Isi borang 12A
f) Lain-lain borang yang pejabat tanah kehendaki.

3. Adakah pemilik tanah layak memperolehi semula tanah berkenaan atau tanah akan diambil semula oleh pihak kerajaan?

Berdasarkan undang-undang, apabila tamat tempoh pajakan iaitu 99 tahun atau suatu tempoh yang dinyatakan, kerajaan berhak untuk mengambil semula tanah yang diberihakmilik apabila tanah tersebut tamat tempoh pegangan hakmilik. Berkenaan isu samada pemilik tanah layak ataupun tidak memperolehi semula tanah berkenaan adalah bergantung sepenuhnya kepada kuasa dan budi bicara kerajaan dalam memberi atau menyambung pajakan seperti yang dikehendaki oleh pemilik tanah. Walaubagaimanapu, kebiasaanya, kerajaan akan melanjutnya tempoh pajakan sekiranya pemilik tanah membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh pajakan keatas tanah tersebut. Jarang sekali berlaku kerajaan tidak menayambung kembali tempoh pajakan tersebut.

Freehold dan Leasehold merupakan dua perkara penting ketika kita hendak membeli rumah. Memandangkan membeli rumah merupakan langkah yang besar dalm hidup dan kerjaya kita, seharusnya kita perlu memastikan segala perkara yang menjamin kebajikan kita kemudian hari dapat di beri perhatian yang teliti. Kesimpulannya lebih molek untuk membeli rumah dengan taraf Pegangan bebas ( Freehold) daripada Pajakan ( Leasehold) kerana ianya boleh menjamin kebajikan untuk generasi seterusnya.

Wednesday 4 July 2012

PENJARA TANPA MATA

Contoh mesin pengimbas badan


KAJANG: Semua 33 penjara dan dan 13 pusat pemulihan di seluruh negara tidak mempunyai mesin pengimbas badan untuk mengesan penyeludupan barang larangan. Selain itu, hanya 17 penjara dilengkapi sistem keselamatan elektronik bersepadu (SKEB), termasuk kemudahan kamera litar tertutup (CCTV). Sehubungan itu, Ketua Pengarah Penjara, Datuk Zulkifli Omar, mengaku ketiadaan kelengkapan itu menyukarkan Jabatan Penjara membuat pemantauan dan pengawasan lebih berkesan bagi membanteras penyeludupan barang larangan, termasuk dadah.

Ia satu keperluan yang mendesak untuk jabatan menambah baik langkah menangani masalah penyeludupan barang larangan,” katanya kepada BH semalam.

Beliau ditemui selepas mesyuarat khas Jabatan Penjara berikutan pendedahan akhbar ini Ahad lalu mengenai penyeludupan dadah serta barang larangan lain yang membabitkan banduan, warden dan polis. Selain kegunaan sendiri, dadah yang diseludup dijual di kalangan banduan.

Warden dan polis terbabit dikatakan menerima komisen 30 hingga 50 peratus bagi setiap barangan yang dijual, manakala banduan yang mengetuai rangkaian itu boleh meraih pendapatan sehingga RM20,000 sebulan.
 
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, pihaknya sudah mengemukakan belanjawan pembelian kelengkapan teknologi, terutama mesin pengimbas yang setiap satu bernilai lebih RM1 juta kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) awal tahun ini.

“SKEB dan mesin pengimbas membantu langkah pencegahan, pemantauan dan kawalan lebih menyeluruh di penjara. Setiap penjara memerlukan satu hingga dua mesin pengimbas bagi meningkatkan kecekapan.

“Kita juga mencadangkan lebih banyak CCTV dipasang di lokasi berisiko, terutama bilik kuarantin, sel berisiko dan pintu masuk penjara,” katanya.

Mengenai mesyuarat semalam, Zulkifli berkata, ia bagi membincangkan langkah penambahbaikan memperkukuh pencegahan dan pemantauan di semua penjara

Berita Harian


P/S: Sektor keselamataan juga harus diberi perhatian oleh kerajaan bagi menjamin keamanan sejagat. Selain dadah, unsur subversif  berskala tinggi juga tidak mustahil berlaku jiga tiada perhatian sewajarnya

Tuesday 3 July 2012

CHUA SOI LEK TENTANG HUDUD HABIS-HABISAN



Pemimpin kesayangan UMNO, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA baru-baru ini dilaporkan telah membantah pelaksanaan hukum hudud di Johor dengan menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah Datuk Ayub Rahmat dari UMNO sebagai hilang akal atau lebih tepat gila pabila Adun itu mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia pada persidangan ke lima Dewan Negeri Johor ke-12 baru-baru ini.

Amacam UMNO dan PERKASAM? x mau bela ka u punya kawan? ade beran? Opss.lupa plak.dengan DAP U orang berani la..keh.keh

POLITIK RIMBA..BENDERA PAS DIKOYAK DAN DIBAKAR !!


KUALA KLAWANG - Pas Kawasan Jelebu melahirkan kekesalan apabila mendapati sembilan bendera parti itu dan PKR dirosakkan malam kelmarin.


Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat berkata, kejadian disedari pada malam 30 Jun lalu ketika dia dalam perjalanan ke tapak ceramah Pakatan Raya (PR) yang diadakan di Kampung Bukit, Ulu Jelebu.



Menurutnya, ketika melalui simpang ke Kampung Dulang kira-kira jam 8 malam, dia mendapati bendera parti yang dipasang sudah dirosakkan.



"Bendera itu dipasang bersempena ceramah umum PR yang diadakan pada malam tersebut.



"Pada sebelah siangnya jentera Pas Jelebu memasang sembilan bendera termasuk salah satunya bendera PKR di kesemua laluan masuk ke Kampung Bukit bermula dari Pekan Kuala Klawang," katanya.



Noranif berkata, dia dan Ketua Unit Amal Pas Jelebu, Hanafi Ahmad Zainuddin yang berada di lokasi kejadian mendapati kesemua bendera sudah dipotong sehingga separuh dan satu darinya dibakar.



"Mengesyaki ia perbuatan khianat, saya turut melaporkan perkara itu kepada polis pada petang 1 Julai 2012 di Balai Polis Kuala Klawang," katanya.



Katanya, ini adalah kali kedua pihaknya membuat laporan polis mengenai perkara itu.


"Sebelum ini ia pernah berlaku di Pasoh ketika berlakunya ceramah PR.



"Malah ada juga bendera Pas yang dijahit bersama bendera DAP di mana bendera DAP diletakkan di atas bendera Pas dalam keadaan dijahit. Ini merupakan tindakan menghina parti Islam dan kita sebagai ahli Pas amat sensitif akan perkara ini," katanya.



Dalam pada itu katanya, dia meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara itu agar ia tidak berulang pada masa akan datang.



"Walau bagaimanapun kejadian sebegini langsung tidak melemahkan semangat Pas dan PR untuk meneruskan siri ceramah sehingga Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan,” katanya kepada Sinar Harian.


SINAR HARIAN


P/S Sabo jela PAS..Semakin ramai yang membenci taktala sokongan semakin mantap 

Monday 2 July 2012

PERSAMAAN UMNO DAN IKHWANUL MUSLIMIN


Macam neh. Ada penyokong umno minta sebarkan. Kata dia ;


 

Persamaan Logo Ikhwanul Muslimin dan Logo Umno/Barisan Nasional Yang Cuba Ditutup Oleh Ahli PAS !!! Sebarkan
 
.


Oke larh aku dah sebarkan. Harap dia berpuas ahti larh sebab aku dah tolong dia sebarkan. Walaupun ketika sebarkan aku sempat juga berfikir bila masa pula pas cuba menutup persamaan tersebut.. ingat pas takde kerja lain ke apa..?

kah kah kah

Dah alang2 kita nak sebarkan persamaan umno dengan IM apa kata kita sebarkan seme sekali. Baru lah orang boleh kenal dengan lebih dekat apa itu UMNO dan IM kan?

Meh aku mulakan dulu.







Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/persamaan-umno-dan-ikhwanul-muslimin.html#ixzz1zTpYK5kJ

TANDA-TANDA KEJATUHAN KERAJAAN BN?

Bila artis, bekas pegawai kanan kerajaan dan sasterawan menyerahkan borang keahlian menyertai PAS, apakah itu petanda saat kegemilangan BN sudah berakhir?




“beliau berjanji dengan dirinya selagi Allah meminjamkan nyawa kepadanya beliau akan menggunakan nyawa itu untuk berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan waktu ini beliau melihat hanya Pas berjuang ke arah itu”

Datuk Tamrin Abdul Ghafar Baba





"Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!!"Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin

Hairie Othman






“Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah,”


Abby Abadi







“Saya menyertai PAS adalah kerana PAS adalah satu-satunya parti yang benar-benar dilihat memperjuangkan Islam di Malaysia ini, apatah lagi di dalam perlembagaannya juga tercatat untuk memperjuangkan Islam.

Dato Fauzi Shaari
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman)



Kebimbangan saya  terhadap pemerintahan Rejim Umno dan Barisan Nasional yang dilihat tidak menjamin akidah anak-anak masa depan di samping penyelewengan dan rasuah yang begitu berleluasa

Aishah



Sunday 1 July 2012

KESESAKAN DI KUALA PILAH..PERLU PERHATIAN SEWAJARNYA


LALUAN dari Jalan Bahau melalui Kuala Pilah sehingga ke Bukit Putus sememangnya sudah lazim dikaitkan dengan laluan sesak dengan kenderaan terutama pada musim perayaan, musim cuti sekolah, tidak terkecuali pada hujung minggu. Laluan ini menjadi pilihan utama bagi pengguna yang hendak ke Jempol dan Kuantan serta antara laluan utama penduduk tempatan untuk ke Seremban dan Kuala Lumpur. Negara sudah hampir 55 tahun merdeka.Namun begitu pembangunan yang perlahan di Kuala Pilah berbanding daerah lain di Negeri Sembilan amat mendukacitakan.



Kuala Pilah mempunyai Ahli Parlimen yang memegang portfolio Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, malangnya posisi itu seolah-olah tidak memberi sebarang keistimewaan dan keuntungan kepada penduduk setempatnya. Masyarakat Kuala Pilah perlu melakukan perubahan dan tidak sepatutnya terus membiarkan daerah mereka tertinggal dari arus pembangunan. SESUATU PERLU DILAKUKAN. BAGAIMANA? JAWAPAN DITANGAN ANDA

daerah berdaulat

HIMPUNAN HIJAU, PUKULAN MAUT UNTUK UMNO

 Nah..Tak ku sangka tak ku duga apakah ini petanda awal kemenangan sebuah Parti Islam?. Selepas Kedah, Pahang menjadi satu lagi negeri yang mencatatkan kehadiran puluhan ribu orang dalam program HIMPUNAN    HIJAU    KE PUTRAJAYA. Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Pahang yang berlangsung di Dataran PAS di Kerdau semalam (1 Julai 2012) membuka lembaran baru dalam iklim politik tanahair. Dikala rakyat dingorat dengan pelbagai bentuk gula-gula pilihanraya, PAS membuktikan betapa rakyat Malaysia sekarang begitu dahagakan arus perubahan dalam kepimpinan politik Malaysia.  


Jika UMNO menggunakan gadis-gadis K-POP untuk menarik belia dan masyarakat dalam himpuan sejuta belia baru-baru ini, PAS hanya berbekalkan kain rentang yang murah sebagai hebahan program dan  solat hajat sebagai  elemen utama untuk mengamit  rakyat hadir. Tetapi kuasa ALLAH membuktikan segala-galanya.

Amacam yoep!!!