Social Icons

Pages

Friday 29 June 2012

JELAJAH JANJI DITEPATI..BIL ELEKTRIK NAIK LAGI



KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memberikan penjelasan segera ke atas aduan kenaikan bil elektrik ekoran sistem bil dua bulan sekali.

Ini kerana, sistem ini menyebabkan bil elektrik pengguna menjadi berlipat kali ganda.

Seorang pengguna elektrik menghantar satu surat aduan dan disiarkan oleh banyak blog termasuk dalam ruangan surat pembaca Harakahdaily sebelum ini.

Namun sehingga kini, TNB belum membuat sebarang penjelasan mengenainya sekurang-kurangnya tidak ada dalam pengetahuan pembaca Harakahdaily.

Berikut disiarkan sekali lagi surat yang ditulis oleh Mohd Fazli Hassan dari Meru, Klang itu:


Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.

Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja. Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.

Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).

Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.

1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20

2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80

3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00

JUMLAH = RM194.20

Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.

Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.

Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.

Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....


Mohd Fazli Hasan
Taman Meru Damai, Kapar Klang.



harakahdaily.net




P/S: HARAP ADA PENJELASAN DARIPADA KERAJAAN!!





Seminar Fatwa Muamalat N.Sembilan Julai 2012

JOM DATANG BERAMAI-RAMAI!!




SEMINAR FATWA MUAMALAT 
Tarikh : 11 - 12 Julai 2012 , Rabu-Khamis
Tempat : Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, Seremban
Masa : 8 pg – 4 ptg
Yuran :
RM130
RM 10 untuk pelajar
(termasuk kertas pembentangan, makan dan sijil)

Pembentang :
Dr Zaharudin Abd Rahman
Dr Zulkilfli Albakri
Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Dr Azman Mohd Noor
Dr Amir Shaharuddin
Ust Abdullah Jalil
Ust Azrul Azlan Iskandar

PENGANJUR
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan
Muamalah Events

PENAJA utama Bank Muamalat Malaysia Berhad Dengan sokongan AKPK

PANAS!! PEGAWAI KANAN ATM DAN PDRM MASUK PAS

Dikala PAS dihimpit dengan pelbagai tuduhan oleh UMNO, semakin ramai pula yang berbondong-bondong memasuki Parti Islam tersebut. Terbaru, 2 orang pegawai kanan ATM dan PDRM dilihat bersama-sama kepimpinan PAS dipercayai untuk menyerahkan borang keahliaan memasuki parti tersebut..


                                            Hairie Othman                           Zulkifli Ismail


He.he..ini pegawai kanan yang dimaksudkan.Hairie Othman yang merupakan pelakon utama Filem Leftenan Adnan dan Zulkifli Ismail (Gerak Khas) dilaporkan telah menyertai PAS sejak awal Jun lalu  yang mana keduanya sekarang semakin aktif dipentas ceramah Pakatan Rakyat khusunya PAS





KATA-KATA KERAMAT HAIRIE!

"Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!!
"Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin,


Tuesday 19 June 2012

SAMPAI MATI, DAP TIDAK MEREDHAI PERJUANGAN ISLAM

"DAP tidak berhak melarang perjuangan PAS untuk terus mengangkat dan memertabatkan Islam sebagai Dasar Perundangan. Apa yang mereka benci sangat dengan perundangan kita? Jikalau itu keputusan DAP, ianya tidak sama sekali mematahkan semangat Barisan Alternatif untuk terus bergerak ke depan." 







Begitulah kenyataan bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor mengenai tindakan DAP yang menghalang matlamat PAS untuk menubuhkan konsep Negara Islam di Malaysia. DAP juga ketika itu (tahun 2000) menghalang pimpinan PAS daripada melaksanakan perundangan islam di  negara ini sekiranya memerintah. Bagi Almarhum Ustaz Fadzil Noor, PAS tidak akan sesekali berkompromi dengan pihak yang berniat untuk menghalang pelaksanaan syariat islam.

Begitulah tindakan tegas Pemimpin sebuah parti Islam di Malaysia yang matlamatnya cuma untuk menegakkan agama Allah di negara ini. Namun itu cerita 12 tahun dahulu.Ketika PAS merupakan parti dominan dalam Barisan Alternatif ( sekarang Pakatan Rakyat). Ketika itu juga perjuangan PAS yang konsisten terhadap isu Islam amat-amat dihormati oleh masyarakat.

Bagaimana dengan PAS pada era kini? Sebenarnya masih terdapat pemimpin yang mewarisi amanat perjuangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Namun perjuangan mereka terbuang dan terhalang dek kerakusan anasir luar yang mempengaruhi kepimpinan ulama PAS. Seandainya Ustaz Fadzil Noor masih hidup..semua perkatra ini tidak akan terjadi. Tidak akan pemimpin yang memperjuangkan islam dilayan seperti, "Bagai Melukut Ditepi Gantang". 



PAS mampu berdiri atas kaki sendiri


Menantikan PAS seperti 12 tahun dulu. Akan tibakah saat itu?





Friday 15 June 2012

NUKLER IRAN SATU PROPAGANDA?



Sejauh manakah Projek Pembangunan Nuklear Iran mengamcam kestabilan dunia dan Amerika sehinggakan negara pengeluar minyak tersebut menerima pelbagai kecaman dan sekatan ekonomi daripada Amerika dan EU?

Program Nuklear Iran sebenarnya sudah wujud sejak zaman pemerintahan beraja, Shah Jehan lagi. Ketika itu Iran merupakan sekutu kuat Amerika yang ketika itu menerima pelbagai bantuan dan pembiayaan negara Polis Dunia itu sendiri. Justeru itu Amerika sebenarnya sudah arif untuk mengenal pasti kekuatan projek pembangunan nuklear Iran. Persoalan disini adakah siri perselisihan faham antara Amerika dan Iran hanya sandiwara kedua negara tersebut untuk menyerang negara-negara arab yang lain?

Konflik dan pergaduhan antara Iran dan Amerika akan terus menjadi propaganda barat sebagai strategi halus menyerang keamanan dunia islam. Faktanya disini:

Semasa kempen menentang Taliban di Afghanistan  pada tahun 2002, Iran telah bertindak membantu Amerika dan Britain. Perkara ini turut diakui oleh Presiden Afghanistan sendiri Hamid Karzai sehinggakan satu persepsi meluas telah tersebar " Jikalau tidak kerana Iran, Afghanistan tidak jatuh ketangan Amerika"



Lagu Pejuangan




Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan
Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran
Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan
Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan
Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi
Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah….
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah….
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah….