Social Icons

Pages

Tuesday 14 August 2012

PAS KELANTAN JANGAN MELATAH!!!


(Nasharudin bersama Presiden Umno dan beberapa pemimpin Arab di Mekah)


"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausaha,  Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Mohd Nuri Mat Yaacob

Rilek la bro Nuri.Jangan cepat panas hati.Takkanlah ustaz Nasha baru bergambar dengan Presiden UMNO terus nak WARNING. Ustaz nasha jadi penterjemah je kot perjumpaan semalam tu.Lagi satu, ustaz Nasha tak cakap pun yang dia melawan dan menentang prinsip perjuangan PAS.

"Nampaknya DAP dan Karpal secara konsisten menolak penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Sesuatu perlu dilakukan dan bagi saya Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang,"

Kalau statement ni la buat bro Nuri panas hati, aku rasa Pemuda PAS la yang menentang prinsip perjuangan PAS bukannya Ustaz Nasha.Hayati la bait-bait lirik lagu PAS ni dulu

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah memempuh cabaran

Berjuanglah wahai Ansorullah
Dengan matlamat daulah islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan


Kalau ahli PAS sedar, PAS sudah agak terhakis semangat dan matlamat daulah islamiah.PAS lebih mementingkan slogan"MENUJU PUTRAJAYA" yang pada akhirnya mengalah kepada tuntutan dan ragam DAP yang sudah melampaui batas-batas sertas prinsip islam. Islam bukan sekadar memenangi Pilihan Raya sahaja tetapi merangkumi aspek kehidupan secara keseluruhannya.

Buat Bro Nuri..sabar.bertenang.Hayati amanat Mantan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor yang tiada bezanya dengan statement ustaz Nasha ni.

Wednesday 8 August 2012

ABBY ABADI SAMAN UTUSAN MALAYSIA

KEBANYAKAN ahli politik sudah beranggapan bahawa jika difitnah oleh Utusan Malaysia, maka anda patut bersyukur kerana itu tandanya wang besar menanti anda melalui tindakan undang-undang.

Lihat sahajalah sebelum ini, Khalid Samad, Lim Guan Eng dan beberapa ahli politik mengaut sejumlah ratusan ribu ringgit hasil tindakan saman fitnah ke atas Utusan Malaysia.

Nampaknya kali ini giliran Abby Abadi pula akan mengambil tindakan saman ke atas akhbar propaganda Barisan Nasional itu. Rujuk kenyataan Abby Abadi di akaun twitternya di bawah ini.



Nampaknya Abby sudah puas bersabar dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang dilontarkan ke atasnya. Selembut-lembut Abby, namun kesabarannya pasti sudah sampai ke penghujung.


http://milosuam.blogspot.com

P/S: Macamanalah BN nak dpt sokongan rakyat kalau sentiasa menjadikan fitnah sebagai senjata utama.Rakyat semakin muak dengan akhbar milik UMNO tu.Rakyat semakin bijak, wartawan utusan semakin bengap..Nasib hang la BN oi!!

Tuesday 7 August 2012

DAP MULA CETUSKAN PERMUSUHAN DENGAN FELDA


Makin lama makin haram pulak perangai puak DAP ni. Terbaru DAP melancarkan kempen memboikot produk-produk keluaran FELDA melalui laman sosial mereka. Lepas satu, satu masalah ditimbulkan DAP. Tak habis isu hudud, isu Lee Chong Wei pulak.Sekarang FELDA pulak diorang nak sesah. Bagi aku DAP memainkan sentimen politik perkauman yang sempit.Boikot FELDA bermakna boikot orang MELAYU. Umum sudah mengetahui entiti FELDA mewakili hampir 95% orang melayu samada peneroka FELDA mahupun kakitangan FELDA itu sendiri.Perbuatan DAP ni memeang tak boleh diterima sama sekali.

Apehal la si DAP ni tak puas hati sangat dengan FELDA. Adakah mereka lupa bangsa cina juga mendiami FELDA dan menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan? PAS!!!!!! hangpa dah tengok belum perangai DAP yang terbaru ni?  Dah sedar belum?Kemon PAS, sekarang bukan lagi masa untuk bertolak ansur. Sekarang masa untuk lakukan perubahan. PAS tiada lagi pilihan iaitu kemenangan ISLAM macam bai-bait lagu partinya


Bersatulah wahai kaum Muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum Muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan



Saturday 4 August 2012

ABBY SEMAKIN BAIK SELEPAS DITARBIYAH PAS




SHAH ALAM – Jika sebelum ini heboh mengenai hubungan kurang baik antara Norman Hakim dan Memey Suhaiza bersama Abby Abadi, tetapi gambar Abby bersama Memey dalam persalinan telekung, yang dikongsi dengan peminat mereka menerusi laman twitter semalam, menjawab segala persoalan berkaitan selama ini.
Bulan Ramadan mulia namapknya telah menyatukan keluarga ini.
Norman yang dihubungiSinar Harian Online hari ini berkata, dia sangat gembira dengan perkembangan terbaru itu dan menyifatkan Ramadan tahun ini adalah yang paling manis buatnya keluarganya.
“Sekarang hubungan kedua Abby dan Memey sudah baik dan menjadi semakin mesra sejak 7 Ramadan lalu. Seperti ramai sedia maklum sebelum ini, hubungan kami tidak begitu baik dan jikalau bertemu pun hanya untuk tujuan mengambil dan menghantar anak dan komunikasi terbatas di antara kami bertiga.
“Tetapi mungkin disebabkan berkat bulan Ramadan serta doa yang selama ini tidak putus-putus saya dan masyarakat sekeliling mendoakan, akhirnya tercapai juga impian itu," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Abby pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 2008.
Norman menambah: "Saya sendiri tidak menyangka perkara ini berlaku secara tiba-tiba dan kebetulan hari itu hari Jumaat, kami bertemu di sekitar Masjid (Negeri) Shah Alam kerana Abby ada program di sana sebelum saya bawa anak-anak balik ke Kuantan untuk berpuasa di kampung dan dengan tidak semena-mena Abby menarik Memey ke tepi lantas terus berpelukan dalam tempoh yang agak lama."
"Saya dan anak-anak hanya memerhati dari tepi kereta. Tentunya perasaan saya dan anak-anak sangat gembira kerana mereka kini telah berbaik, malah anak-anak turut bersorak mengatakan 'yeay, mama dan mummy dah berkawan'!” kata Norman lagi.
Norman, 36, turut memberitahu sebagai seorang Muslim, dia tidak pernah berhenti dan berputus asa daripada berdoa demi kesejahteraan keluarganya dan sekarang segala doa itu sudah dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T. dan berharap perkara ini akan berkekalan buat selama-lamanya. 
Semalam, Abby, 35, telah memuatnaikkan dua gambar terbarunya menerusi akaun twitter menunjukkan dia dan Memey, 24, bergambar dalam keadaan mesra beserta mesej “doakan yang terbaik untuk kehidupan kami berdua dunia dan akhirat” dan satu gambar mereka sekeluarga berbuka bersama. 
Selain itu, Abby, pelakon drama Gerak Khas turut memberitahu dia juga sempat bersembahyang Maghrib bersama berimamkan bekas suaminya itu.
Sementera itu, ketika diminta mengulas mengenai kisah politik Abby yang semakin serius menceburi bidang itu kebelakangan ini, Norman berkata, dia tidak pernah mencampuri hal itu dan berkata perkara itu adalah hak dan kebebasan seseorang individu untuk menentukan hala tujunya sendiri.
“Jika kami bertemu, tidak pernah sesekali saya bertanyakan mengenai perkara itu. Kami hanya banyak berkomunikasi mengenai masa depan dan perkembangan pendidikan anak-anak kami, Mohamed Danish Hakim, 9, Marissa Dania, 7, dan Maria Danisha, 4.
“Saya sangat menghargai Abby menjadi ibu yang baik kepada anak-anak saya dan lain-lain hal mengenai dia saya tidak mahu masuk campur kerana itu adalah hak dia,” kata Norman.
“Kami berdua juga masih dalam perbincangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah tahfiz dan mengerjakan umrah bersama mungkin selepas Memey bersalin nanti,” katanya. 
Memey yang kini tiga bulan hamil dijangka melahirkan anak Februari depan.
“Anak sulung, Danish sangat teruja mengenai rancangan umrah ini dan tidak sabar-sabar untuk pergi ke sana bersama kedua-dua mama dan mummynya turut serta,” tambah Norman.
Sementara itu, Memey yang dihubungi Fara Fauzana, deejay Hot FM, menyatakan memang benar mereka berdua sudah berbaik dan semalam mereka berbuka puasa bersama di rumah Abby.
Norman dan Abby sebelum ini disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 2008 selepas bercerai buat kali pertama pada 5 Mei 2006.
Norman berkahwin dengan Memey pada 24 September lalu.

P/S: Hijrah Abby membawa kebaikan kepada semua pihak.Adakah ini hasil daripada tarbiyah PAS? kalau betul Alhamdullillah. PAS UNTUK SEMUA

MENGAPA BERAT HATIKU UNTUK MENYOKONG UMNO?

1. Latar Belakang Pemimpin


Pemimpin adalah imam bagi sesebuah masyarakat yang bertamadun.Tatacara gaya kelakuan pemimpin bakal menjadi ikutan rakyat dibawah pimpinannya.Malaysia adalah sebuah negara islam. Hakikat Malaysia negara islam tidak sekufu dengan latar belakang pemimpin negara dan keluarganya. Bagaimana pemimpin di Malaysia boleh mengatakan negara ini adalah negara Islam sedangkan keluarganya sendiri tidak bersandarkan kepada lunas-lunas islam.Wajarkah pemimpin itu bercakap pasal islam sedangkan pada masa yang sama isteri yang dikasihi disebelah tidak menutup aurat selayaknya sebagai seorang islam? Dimana prinsip keislaman itu? Bak kata Prof Madya Ridhuan Tee Abdullah "Pemimpin negara yang gagal mendidik anggota keluarganya dengan ajaran islam yang sebenar tidak boleh dijadikan role model pada generasi akan datang"

2. Prinsip dan Ideologi Parti


Pernahkah pengisian program anjuran UMNO di tempat-tempat tumpuaan utama seperti stadium melaksanakan aktiviti bercorak keislaman? Pernahkah solat hajat mahupun solat berjemaah dijadikan sebagai agenda tetap dalam sesebuah program anjuran parti?


3.Konsep Islam bawaan pemimpin




Macamana islam nak ditegakkan di Malaysia? Bagaimana Orang bukan islam nak memahami pelaksanaan hukum hudud sekiranya anggota keluarga mereka sendiri gagal difahamkan dengan lebih jelas bagaimana hendak mematuhi perundangan dan pelaksanaan hukum islam. Sekiranya perkara asas sebegini pun gagal difahami jangan marah sekiranya orang bukan islam pun lantang mempersoalkan islam apabila melihat pelaksanaan islam dikalangan pemimpin itu sendiri. Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini. 

4. Memperjuangkan Raja-Raja Melayu

Add caption


Bukan UMNO ke yang menghapuskan hak keistimewaan raja-raja melayu dalam krisis perlembagaan pada tahun 1983? Bukah UMNO ke yang tegar apabila dengan angkuhnya  mengatakan Sultan Teregganu sebagai  " NATANG=BINATANG" selepas PRU 2008 dalam krisis perlantikan Menteri Besar di negeri itu? Jadi sejak bila UMNO jadi jaguh memperjuangkan Raja-raja melayu? Sejak bila pula PAS menjadi penderhaka kepada raja-raja melayu?



5.Perjuangan Melayu UMNO VS Perjuangan Islam PAS



Umno cenderung untuk menjaga benda yang tak hilang manakala perjuangan PAS adalah menjaga benda yang boleh hilang seperti Islam, iman, ihsan. Umno sibuk  menjaga Melayu sedangkan Melayu ni bangsa yang tak perlu dijaga. Kerana bangsa ni tak boleh hilang. Kalau orang Melayu duduk di Kutub Utara seorang diri, Melayu juga dia. Pergi ke mana pun, kalau duduk di London sejak dahulu sampai tak boleh cakap Melayu, bila tanya bangsa (dijawab) Melayu juga dia. Jadi Melayu tak payah jaga kerana bangsa ini tak hilang. Sebab tu Jibril turun dari langit tanya Nabi tentang Islam, iman, ihsan. Dia tak tanya Arab, tak tanya bangsa




Inilah antara sebab mengapa susah sangat aku nak menerima konsep perjuangan UMNO

CARA-CARA SOLAT TARAWIH SENDIRIAN


Dua soalan yang utama berkaitan tarawih;
1 ) Bagaimana nak buat solat taraweh bersendirian?
2 ) Adakah selawat selepas setiap 2 rakaat solat taraweh itu perlu dan macamana kalau tidak buat dan cara melakukanya (tidak berselawat)
Jawapan;
1. Solat terawih sama seperti solat-solat sunat yang lain yang biasa kita lakukan, iaitu ditunaikan dua-dua rakaat dengan bermula dari takbir dan diakhiri dengan memberi salam. Ketika hendak solat, niatkan di dalam hati untuk mengerjakan solat terawih atau qiyam Ramadhan, kemudian lakukan solat sebagaimana biasa. Bacaan-bacaan di dalam solat juga sebagaimana yang biasa dibaca dalam solat-solat yang lain. Kesimpulannya, yang berbeza dalam solat terawih ini ialah niatnya sahaja. Adapun rukun-rukun dan sunat-sunat di dalam solat, ia sama seperti dalam solat-solat yang lain. Oleh kerana solat terawih dilakukan dua-dua rakaat, maka setiap dua rakaat hendaklah memberi salam dan kemudian bangun mengerjakan lagi dua rakaat hinggalah sempurna bilangan rakaat yang dikehendaki (lapan, dua puluh atau sebagainya).
2. Adapun berselawat selepas setiap dua rakaat, ia tidaklah wajib dan tidak mencacatkan solat terawih jika tidak melakukannya. Amalan berselawat itu hanya dilakukan sebagai selingan antara dua-dua rakaat solat untuk memberi kerehatan sesuai dengan nama solat itu “Solat Terawih”. Ia bukanlah sabit dari amalan Nabi s.a.w. secara khusus. Jika kita tidak berselawat, kita boleh menggantinya dengan ibadah-ibadah yang lain seperti berzikir, berdoa, membaca al-Quran, bertazkirah dan sebagainya. Dan harus juga kita meneruskan solat tanpa menyelanginya dengan sebarang ibadah yang lain.

Wednesday 1 August 2012

MINTA MAAF LEPAS LEMPAR TAHI

JOHOR BAHRU 31 Julai - Seorang guru dan pengusaha sebuah pusat tuisyen di Tangkak hari ini memohon maaf kepada seluruh umat Islam terhadap tindakan mereka mengedarkan nota ringkas mata pelajaran Sejarah yang memaparkan karikatur menghina sahabat Nabi Muhammad SAW baru-baru ini.
Guru tersebut, Fu Chong Yoong, 26, melahirkan kekesalan dan tidak mengetahui bahawa tindakannya menggunakan karikatur itu akan menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.
"Niat saya hanya ingin memudahkan para pelajar memahami apa yang diajar dan bukan untuk menimbulkan sebarang isu. Saya memang tidak tahu perkara ini merupakan sesuatu yang sangat sensitif.
"Saya ingin memohon maaf kepada seluruh umat Islam kerana menyentuh sensitiviti mereka dan saya berharap masyarakat di Tangkak dapat memaafkan saya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Pelajaran Negeri Johor di sini hari ini.
Terdahulu, Chong Yoong bersama pengusaha pusat tuisyen terbabit, Lim Lee Yee, 26, tampil bertemu dengan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd. Noor A. Ghani bagi memberikan penjelasan dan membuat permohonan maaf secara terbuka mengenai isu itu.
Sementara itu, Lee Yee berkata, kelas Sejarah itu merupakan kelas tambahan yang diadakan sekali seminggu bermula Februari lalu dan bukan subjek utama yang diajar di pusat tuisyen tersebut.
Menurutnya, matlamat utama kelas itu diadakan bagi membantu para pelajar untuk memahami subjek Sejarah dan ia diadakan berdasarkan kelapangan tenaga pengajar.
"Nota berkenaan kita sudah tarik balik dan penjelasan sudah diberikan kepada para pelajar. Saya ingin memohon maaf kepada semua atas isu yang timbul dan akan memastikan perkara seperti ini tidak akan berulang lagi," katanya.




P/S: Senangnya minta maaf.Lepas ko lempar taik, kau cakap sorry je? Nasib masyarakat melayu islam ni masih ada toleransi dan benyak bersabar..Semua ni hasil didikan DAP dan MCA yang menghasut masyarakat cina membenci Islam..Iklim politik Malaysia semakin mendung cuma hujannya sahaja belum kelihatan. Takkan nak tunggu hujan turun baru nak sediakan payung. Fikirkanlah ye