Social Icons

Pages

Saturday 27 April 2013

BENDA YANG MENGHALANG MALAYSIA MENJADI NEGARA SEKULAR





Perkara 11 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa Islam merupakan Agama Persekutuan. Sungguh pun begitu agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan

Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanyaatau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
  • menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
  • menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
  • memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undangundang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang undangan yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.


Sana sini ada pihak yang menyatakan bahawa Malaysia bakal menjadi negara sekular ataupun sudahpun menjadi negara bukan Islam pada masa sekarang atas alasan kepentingan politik dan meraih sokongan pihak tertentu. Benar Allah SWT akan membantu hambanya yang berjuang menegakkan agamanya dimuka bumi ini dengan syarat umat Islam perlu ada daya usaha untuk berbuat sesuatu sebagai cara mereka memastikan agama Islam kekal subur khususnya di Malaysia ini. Di tanahair kita yang tercinta inilah pimpinan kita samada yang terdahulu dan yang ada pada masa sekarang telah melaksankannya. Hasilnya perlembagaan Malaysia menjadi satu cara kerajaan memastikan Islam menjadi teras dalam negara ini. Setuju atau tidak..Perkara 11 dalam perlembagaan Malaysia inilah yang menghalang sebarang cubaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara sekular. Sila kajilah dengan lebih mendalam sekiranya ade yang tidak berpuas hati dengan hujah Warisanwizurai ini..

Tuesday 23 April 2013

BILA HARUN DIN BERSUARA


Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din tampil dengan kenyataan PAS TETAP LAKSANA HUDUD walaupun mendapat tentangan DAP dan PKR. Beliau dipetik berkata

" hukum hudud adalah asas perjuangan PAS dan dasar itu tidak boleh diubah.Bila sampai masa kita pegang kuasa, mesti ada polisi beri dan terima. Ada masa PAS kena beralah, ada masa kita menerima dan ada masa kita memberi."

Tuan Guru Harun Din (TGHD) merupakan pemimpin PAS yang paling konsisten memperjuangkan isu hudud dalam PAS. Beliau tidak pernah berganjak dengan pendirian beliau sejak mula menyertai PAS pada tahun 1974. Atas sebab itulah beliau sangat dihormati samada dikalangan ahli PAS mahupun parti lawan. Kenyataan terbaru beliau jarang sekali kita dengar kerna sukar untuk kita mendengar Harun Din bersuara dalam beberapa isu yang sering ditampilkan oleh media.Oleh sebab yang demikian, kenyataan beliau tidak boleh dilihat sebagai kenyataan politik sementelah beliau bertanding sebagai calon PAS bagi kerusi P3 Arau pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Kenyataan terbaru beliau ini bakal menyebabkan beberapa pihak panas punggung dengan isu yang tidak pernah selesai sejak beberapa lama.Buat pimpinan PAS, anda harus kekalkan sikap dan pendirian PAS ini..

Sunday 21 April 2013

BERJASA BAKAL BUAT KEJUTAN DI PARLIMEN SEREMBAN



Kerusi P128 Seremban memperlihatkan pertandingan 5 penjuru calon-calon bertanding selepas berakhirnya proses penamaan calon 20 April 2013 yang lepas.  PRU ke 12 tahun 2008 menyaksikan hanya pertemuaan satu lawan satu antara DAP dan Barisan Nasional yang akhirnya dimenangi oleh John Fernandez dari DAP dengan majoriti 3948 undi. PRU-13 kali ini menjanjikan pertemuaan menarik dengan penyandang John Fernandez bertanding atas tiket BEBAS selepas gagal mencapai kata sepakat dengan bekas partinya DAP. Kerusi parlimen Seremban ini juga menyaksikan Pemimpin Muda DAP berpengaruh, Anthony Loke Siew Fook beralih arah ke Seremban dengan meninggalkan Parlimen Rasah yang dimenangi PRU lepas. Kontroversi juga berlaku dalam kem MCA apabila Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Dato Yeow Chai Thiam mengambil keputusan bertanding walaupun mendapat tentangan beberapa pihak dalam MCA itu sendiri. Seorang lagi calon bebas adalah Ujang Bin Abu yang mungkin bertindak sebagai pemecah undi diantara calon-calon yang bertanding. Paling menarik tumpuan adalah calon dari parti yang diwakili oleh  Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) Ustaz Abdul Halim Bin Abdullah. Sedikit latar belakang calon ini.

Ustaz Abdul Halim Bin Abdullah berumur 48 tahun dilahirkan, dibesarkan dan kini menetap di Seremban, Negeri Sembilan. Berkelulusann Ijazah Pengajian Islam dan Bahasa Arab Universiti Al-Azhar Mesir (1993) Beliau seterusnya menyambung pelajaran di University of Queensland, Australia (1998) dan memperolehi Ijazah Kejuruteraan, seterusnya bekerja di Queensland Harbours & Marine Department (QHM) dan Queensland Electricity Comission (QEC). Beliau aktif dalam aktiviti kemanusiaan dalam dan luar negara terutama di Palestine, Arakan dan lain-lain negara.Sudah berkahwin dan mempunyai 14 orang anak.

Apa yang hendak dibangkitkan disini adalah tentang penglibatan BERJASA dalam PRU-13 terutama di Negeri Sembilan. BERJASA dianggap sebagai parti serpihan PAS yang mana ahlinya kecewa dengan dasar perjuangan PAS yang kononya dikatakan telah menyimpang jauh lalu menubuhkan BERJASA.Berkenaan hal tersebut saya tidak berhasrat hendak perjelaskan dengan lebih lanjut.Pembaca boleh mencari maklumat yang lebih tepat dalam hal yang diperkatakan itu. Teruja untuk diperkatakan adalah peluang BERJASA dalam membuat kejutan memenangi kerusi Parlimen Seremban pada PRU kali ini. Boleh dikatakan parti ini datang pada masa yang tepat di tempat yang tepat. Tepat disini bermaksud ketika isu-isu agama dan Melayu hangat diperkatakan seperti kalimah Allah dan Hak-hak kaum Melayu, manakala tepat dari segi tempat adalah kawasan Parlimen Seremban kini mempunyai jumlah pengundi Melayu yang lebih besar berbanding PRU lepas.Berdasarkan rekod SPR, pengundi Melayu yang layak mengundi di kawasan ini adalah sebanyak 44,767 pengundi manakala pengundi Cina 42,115 dan India 14,038 pengundi. Dikira mengikut peratusan, Melayu sebanyak 43%, Cina 41% dan India 13. Berdasarkan kajiaan pelbagai pihak, kehadiran BERJASA yang berciri parti Islam dan diwakili oleh calon dari golongan ahli agama dikatakan mampu menarik peratusan yang tinggi dari pengundi Melayu di kawasan Seremban yang sudah lama menginginkan calon Melayu Islam mewakili mereka di dewanb rakyat. Undi daripada kaum cina besar kemungkinan akan berpecah dua yang mana akan pergi ke Anthony Loke dari DAP dan Dato Yeow Chai Tiam dari MCA. Manakala penyandang kerusi Parlimen Seremban, John Fernandez yang berada dibawah bumbung BEBAS pada kali ini dijangka mempunyai peluang tipis berikutan rata-rata rakyat Seremban menolak beliau berikutan khidmat yang kurang memuaskan sepanjang berkhidmat  selama 5 tahun sebagai Ahli Parlimen. Seorang lagi calon BEBAS , Ujang Bin Abu yang tidak dikenali berkemungkinan bakal hilang wang pertaruhan.

Kempen pertama BERJASA di Flat Sri Uda, Ampangan pada 21 April 2013

Tidak mustahil BERJASA bakal membuat kejutan dalam keputusan pengundiaan pada 5 Mei nanti. Kehadiran parti ini tidak boleh dianggap enteng dan direndah-rendahkan penyertaanya. Apa pun boleh berlaku dalam masa 15 hari menuju ke hari pengundiaan. Perlu ingat BERJASA merupakan parti yang bersih dan tidak terpalit lagi dengan sebarang isu berbanding parti-parti lain. Mungkin akan ada sikap keterbukaan para pengundi Seremban yang muak dengan pelbagai isu, kontroversi dan skandal parti-parti politik yang bertanding lalu menterjemahkan sokongan mereka ke BERJASA?Apapun tunggu dan lihat samada penilian ini betul. Yang nyata kerusi P128 Seremban menjanjikan pertarungan paling sengit di Negeri Sembilan.


Saturday 20 April 2013

JAWAPAN PENGUNDI MUDA DI NEGERI SEMBILAN TERHADAP PAS


Berlalulah sudah proses penamaan calon Pilihanraya Umum Ke-13 semalam ( Sabtu, 20 April 2013).Berlalu tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak PDRM kerana berjaya mengawal kelancaran program. Sedikit provokasi daripada penyokong biasalah. Tiada penyokong tiada seri, tiada lengkap ibarat tukang masak lupa memasukkan asam keping dalam asam pedasnya.Namun yang lebih teruja untuk dibincangkan disini adalah tentang reaksi dan respon golongan muda yang hadir dipusat-pusat penamaan calon di beberapa tempat di Negeri Sembilan. Mari kita lihat satu persatu respon mereka yang sempat direkodkan oleh ajen-ajen WW di beberapa pusat penamaan calon di sekitar Negeri Sembilan. Golongan muda yang sempat ditanya adalah dari kedua-dua pihak (PR & BN) berkenaan " MENGAPA SOKONG PR"? DAN " MENGAPA SOKONG BN"?

  1. DI JELEBU



dari Pakatan Rakyat 

"gilo orang BN ni..Orang nak bagi air percumo tak mau.nak bayar juga.gasak la ekau sokong BN"

"U saya tengah study week ni bang..Saja balik kampung nak tengok penamaan calon.First time tengok ni. Kena sokong Pakatan Rakyat la bang. Diorang perjuangkan PTPTN.Mana tau PTPTN mansuh. tak payah susah-susah bayar"

" kita bagi BN hancur..Hidup-Hidup..Hidup Pakatan..Hancur-Hancur..Hancur BN"

" kalau betul UMNO parti islam..kenapa tak mahu sokong hudud? "Kita nak hukum islam ditegakkan" ( jawapan siswi memakai tudung labuh")

" abang ni polis ke? kenapa tanya macam tu bang?" (jawapan seorang pemuda memakai baju kuning yang macam takut pabila ditanya soalan)

dari Barisan Nasional

" mestilah sokong BN  bang..boleh dapat BRIM lagi..saya baru dapat RM 500 ari tu"

" saya datang sebab dapat 30 ringgit bang. isi minyak moto ikut diorang konvoi bawak bendera"

" kek Jolobu ni bang tak kisah air free ke tak. BN ke PR ke sama je..Selama ni pun bil rumah saya sikit je"

"sokong Najib la bang..Dah lama BN perintah Malaysia.Tak do masalah pun"

" saya sokong BN je bang.Pemimpin lantak pi lah..ikutkan hati banyak yang penyamun je saya tengok"



    2.  DI JEMPOL


dari Pakatan Rakyat 

" seh sokong PAS..tapi Aishah pulak calon.mano den nak pilih ni"

" abislah BN..letak Isa pendek..kita ganyang abis-abisan"

"menang PR dapatlah kita anak-anak Felda tanah 10 ekar"

" harap-harap PR menang la..maghin den sign borang rumah generasi kedua Felda yang Pakatan uruskan"

"Jompul isa pendek tanding..Palong pulak Lillah yasin. Duo-duo penyamun. Kompom seh pangkah PAS.

dari Barisan Nasional

" Ha.ha Aishah yang diorang bawak..baik seh nyanyi " hati membeku mengingatkan kata janji manis mu.." kih.kih"

" gilo baik den pangkah BN..nak pangkah Aishah buek apo..rosak FELDA nanti"

"seh ok je ngan BN ni..tak do masalah pun..nak motong gotah pun sonang"

"BN tak de masalah kat sini bang.sini ramai orang FELDA. mak ayah saya pun orang Felda..BN banyak dah tolong Felda ni..


Inilah serba sedikit yang sempat direkodkan warna-warna hari penamaan calon di sekitar Negeri Sembilan. Seronok melihat rakyat Malaysia segenap lapisan masyarakat turun memberi sokongan kepada parti masing-masing.PRU kali ini dikatakan sebagai ibu segala Pilihanraya. Pengundi muda menjadi penentu berbanding tahun 2008 yang menyaksikan banyak pertambahan jumlah pemuda pemudi yang boleh mengundi pada kali ini.Setiap parti bertanding sedia paham akan situasi ini dah sejak tahun lepas aktiviti menarik perhatian anak muda giat dijalankan.

BUAT PENGUNDI MUDA..GENDANG PRU SUDAH DIPALU..SEKARANG KUASA DITANGAN ANDA!!

HARI PENAMAAN CALON DI JELEBU

Hari ini berlangsung penamaan calon Pilihanraya Umum ke 13 seperti mana yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) . Bagi  daerah Jelebu, tempat bagi proses penamaan calon telah berlangsung di Dewan Majlis Daerah Jelebu.Keadaan semasa pengumuman calon tidak menunjukkan sebarang permasalahan dan kekecohan. Penamaan calon telah berlangsung bermula dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi. Kesemua pencalonan calon dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah diterima tanpa sebarang masalah teknikal. Pengumuman pencalonan calon bagi daerah Jelebu telah diumumkan oleh Pegawai Daerah Jelebu, Zaidi Bin Johari selaku pengurus Pilihanraya Daerah Jelebu.Berikut adalah senarai calon-calon yang bertanding bagi daerah Jelebu:

P126 Jelebu
  1. Aiman Athirah AlJundi-  PAS
  2. Hj Zainuddin Bin Hj IsmailBN
N01 Chennah
  1. Anthony Loke Siew Fook- DAP
  2. Siow Fook Voon- BN
N02 Pertang
  1. Mohammed Syamwil Bin Mertadza-PKR
  2. Datuk Jalaludin Bin Alias-BN
N03 Sungai Lui
  1. Hanif Bin Selamat-PAS
  2. Mohammad Radzi Bin Ali-BN
N04 Klawang
  1. Dr Rosli Bin Yaakop-PAS
  2. Dato Yunus Bin Rahmat-BN

Calon Pakatan Rakyat menuju ke pusat penamaan calon


Calon BN menuju ke pusat penamaan calon



Calon PR  dua dari kiri (berdiri) Anthony Loke, Aiman Athirah, Syamwil dan 
Rosli Yaakop


Calon BN daerah Jelebu. Dua dari kiri Radzi, Jalaludin, Hj Zainduddin, 
Yunus Rahmat dan Siow Fook Voon



Friday 19 April 2013

AISHAH MULA BERKEMPEN DI JEMPOL


Calon PAS P127 Jempol, Negeri Sdikembilan, Wan Aishah Wan Ariffin mula melancarkan gerak kerja beliau di kawasan yang bakal ditandingi beliau. Terbaru pada pagi tadi ( 19 April 2013) Aishah dilihat melawat Pasar Tani Jempol bagi beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung. Pengalaman beliau sebagai anak setia bertahun lamanya digunakan dengan begitu baik dalam mendekati hati pengundi. Suasana kekok tidak kelihatan meskipun beliau baru pertama kali terjun kedunia politik dan seterusnya menjadi calon PRU-13.Aishah akan bertanding melawan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad di Jempol. APEPUN GUD LUCK UNTUK SEMUA CALON KHUSUSNYA DI JEMPOL INI PADA PENAMAAN CALON ESOK. SAMA-SAMA KITA DOAKAN AGAR HARI ESOK BERLALU TANPA SEBARANG TIDAK DIINGINI..



Wednesday 17 April 2013

MENGAPA PAS PILIH AISHAH SEBAGAI CALON?



Umum sudah mengetahui bahawa PAS telah memperkenalkan pembaharuan dalam aspek pencalonan calon-calon yang bakal bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU). Terdapat personaliti-personaliti yang popular dalam pelbagai bidang dari kluster pertahanan hinggalah hiburan. Pencalonan  PAS melangkaui batas sempadan. Soal isu anak tempatan tidak timbul dalam hal ini kerana PAS merupakan parti yang terbuka yang mana sesiapa sahaja yang boleh menjadi calon hatta professional sekalipun. PAS tidak pernah rigid dalam hal ini. Menarik perhatian kali ini adalah pencalonan calon PAS bagi kerusi P127 Jempol Negeri Sembilan iaitu Ikon anak seni iaitu penyanyi Aishah  atau nama sebenarnya Wan Aishah Binti Wan Ariffin. Saya tidak berhasrat untuk menerangkan tentang latar belakang Aishah berikutan saya percaya ramai sudah mengetahui tentang latar belakang beliau sebagai anak seni negara. Saya teruja untuk mendengar serta mendapatkan reaksi masyarakat terutama di Jempol tentang pencalonan beliau sebagai Ahli Parlimen Jempol pada PRU-13. Di sini antara respon-respon daripada masyarakat yang sempat dicapture semasa turun ke daerah Jempol selepas pencalonan Aishah pada 10 April 2013 yang lalu.Antaranya:..

ok lah pilih Aishah..dia belajar sains politik. PAS buat keputusan betul.Bila kita belajar sains politik, kita dapat fikir politik dengan lebih meluas. 

Ustaz Fairuz ( calon kedua PAS) lulusan Al-Azhar je. Susah dia nak memahami politik seperti Aishah faham. Lulusan agama elok jangan masuk politik.

Glamer sikitlah kali ni. Jompul pas ni top la kalau Aishah monang. Maghin Pak Ngah memang goma kek Aishah ni sejak dio mulo nyanyi..

Tak de calon lain ke Jempol ni. Apa yang Aishah boleh buat? ingat orang Felda kat sini giler menyanyi ke..Punah la macam ni PAS

Giler la..Aishah nak lawan dengan Isa pendek..Boleh menang ke? 

PAS merentap semangat jentera PAS Jempol bila letakkan Aishah sebagai calon. Ustaz Fairuz lebih layak dan lebih lama menanti untuk jadi calon.

Daripada kita pilih pemimpin rasuah baik pilih bekas penyanyi yang jujur. Lama-lama pandai la si Aishah ni bila lama jadi YB.

Jompul ni tak do orang lain ko gamaknye.. UMNO pilih Isa pendek yang songlap duit. PAS pilih penyanyi. Sah duo-duo BODO.

Ini antara reaksi masyarakat, pandangan mereka serta hasrat mereka mengenai calon baru PAS. Ada yang suka dan ada yang duka serta ada yang termangu-mangu tentang pencalonan PAS ini.Apepun PAS mengambil pendekatan berani dalam mengetengahkan calon yang akan bertanding masa PRU nanti. Sudah jadi adat sukar untuk memuaskan hati semua orang seperti  situasi dibawah:


PTD VS TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA. .PENGUNDI PUNYAI PILIHAN..


Umum telah mengetahui tentang nama-nama calon yang bertanding pada Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13) baik dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Calon kali ini sangat menarik perhatian berikutan penyenaraian personaliti-personaliti daripada pelbagai bidang. Negeri Sembilan tentunya menjadi perhatian berikutan disebut-sebut bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Menang di Negeri Sembilan bermaksud berpeluang cerah untuk mengapai Putrajaya. Daerah Jelebu antara kawasan panas yang menjadi harapan kepada Pakatan Rakyat untuk merampas Negeri Sembilan dari Barisan Nasional. PAS Jelebu telah mengumumkan calon yang bertanding untuk Daerah Jelebu. Antaranya: 

P126 JELEBU-Aiman Athirah Al-Jundi 
N03 SUNGAI LUI- Hanif Selamat
N04  KLAWANG- Dr Rosli Yaakop

Di DUN N04 Klawang paling menarik perhatian. PAS telah menampilkan Dr Rosli Yaakop, bekas Timbalan Gabenor Bank Negara bagi menentang penyandang DUN, Datuk Yunus Bin Rahmat. Apa yang hendak dibangkitkan disini adalah tentang latar belakang calon. Pas dilihat begitu agresif kali ini dalam usaha untuk memenangui kerusi di kawasan tersebut. Dr Rosli dilihat sebagai seorang anak Negeri Sembilan (dari Kampung Kundur Rembau) yang professional dan menjawat pelbagai jawatan tertinggi dalam sektor perbankan negara. Jawatan terakhir beliau adalah CEO of Ahsania-Malaysia Hajj Investment and Finance Company Limited, Dhaka, Bangladesh  .Sementara Datuk Yunus Bin Rahmat merupakan bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik yang pernah berkhidmat dipelbagai kementerian dan mempunyai pengalaman dalam pentadbiran daerah sebagai Penolong Pegawai Daerah (ADO) di Pahang

Soal siapa menang ataupun kalah belakang kira. Tapi berdasarkan tinjauan ke akar umbi dan masyarakat di DUN Klawang, mereka berasa bertuah kerana kerusi DUN Klawang menjadi pilihan seseorang yang berlatarbelakangkan kelulusan tinggi dan berpengalaman untuk menjadi wakil rakyat kawasan tersebut. Mereka mempunyai banyak pilihan untuk memilih pemimpin yang bakal mereka wakili. Berbeza di lain-lain kawasan calon yang dikemukakan samada dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat tidak sekufu diantara satu sama lain.Buat pengundi DUN Klawang..pilihlah sebijak-bijaknya yang mana berkenan dihati.Hak ditangan anda.

Friday 12 April 2013

HUSAM MENANG SAMAN KEATAS NST






KEMPEN PRU SEMAKIN MENAKUTKAN



Dari hari ke sehari corak berkempen parti politik semakin menakutkan. Isu yang paling mendapat tempat dalam kaedah berkempen adalah menyerang keperibadian tokoh politik. Tidak kiralah samada dari UMNO, PAS, PKR ataupun mana-mana parti yang bertanding. Sekiranya isu tersebut mampu memberi milleage kepada parti mereka, isu tersebut pasti akan diangkat habis-habisan bagai tiada hari esok. Samada penyebaran risalah ataupun gerak kerja alam siber, isu keperibadian menjadi senjata utama menyerang musuh. Pasukan-pasukan siber samada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat masing-masing berlumba mendedahkan video sana, video sini dengan perkataan kegemaran "VIDEO INI DIPERCAYAI DILAKUKAN OLEH...." . Tag line seperti ini menjadi kegemaran terutama para bloggers dalam menarik seberapa ramai pengunjung membaca setiap entri di dalam blog mereka. Dari sekecil-kecil bloggers sampailah ke Bloggers Jerung raksasa semuanya memberi tumpuan kepada isu yang mampu memberi keuntungan dalam perjuangan. Suka atau tidak itulah perang PRU 13 di alam siber.

Namun yang hendak dihighlightkan disini adalah tentang keghairahan para bloggers mendedahkan atau membogelkan satu persatu keburukan tokoh-tokoh parti yang bertanding. Kebanyakkannya berselindung disebalik  alasan tidak mahu mengundi pemimpin yang tidak bermoral ataupun tidak mahu masyarakat tersilap memilih pemimpin yang tidak mempunyai akhlak yang tinggi. Namun adakah semuanya mempunyai niat yang ikhlas?Berani untuk saya katakan TIDAK kepada sesetengah bloggers yang kononya mahu memperjuangkan alasan seperti yang saya sebutkan tadi walhal hakikatnya seronok melihat pasukan lawan terdiam terkunci seribu bahasa apabila diserang..Namun sekali lagi, itulah hakikatnya dunia bloggers politik menjelang PILIHAN RAYA UMUM -13 



Realitinya..yang haram tetap haram, yang halal harus diteruskan walau apa jua alasannya. Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti direkodkan dosa dan pahalanya walau sebesar zarah sekalipun seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT. Dalam menghadapi gendang PRU yang telahpun dipalu, baik petugas BN mahupun PR ketahuilah kita sekarang menghadapi saat-saat genting. Masa depan negara bergantung kepada  gerak kerja kita dalam menyakini pengundi. Namun biarlah dilakukan dengan cara yang diredhai oleh Allah. Lakukanlah demi mendapat keberkatan Allah walaupun sukar sekalipun kerana perancangan Allah lagi maha hebat dari segala perancangan manusia sekalian alam.

Thursday 11 April 2013

NIAT PAS SEMAKIN BERUBAH?



Diterangkan di dalam kitab Ehyaaul-ulum karangan Imam Ghazali, ada seorang Abid (ahli ibadat) dikalangan bani Israel yang sentiasa sibuk dengan ibadat. Pada suatu hari datanglah satu rombongan menyampaikan perihal sebuah kaum yang menyembah pohon kayu.
Mendengar berita itu, Abid lantas marah semarah-marahnya. Lalu ia mengambil sebilah kapak dan keluar untuk menebang pokok tersebut. Dalam perjalanannya, dia telah bertemu dengan syaitan yang telah menyamarkan dirinya sebagai seorang tua. Syaitan pun bertanya,

S
Engkau hendak ke mana?
A
Aku hendak pergi menebang pokok yang disembah orang
S
Kenapa engkau hendak menebang pokok itu. Engkau tinggalkan ibadat engkau hanya kerana satu perbuatan yang sia-sia
A
Ini juga merupakan satu ibadat
S
Tidak sekali-kali aku akan membenarkan engkau menebang pokok itu
Akhirnya, satu perkelahian yang hebat pun berlaku di antara Abid dan syaitan. Abid telah berjaya mengalahkan syaitan lalu ia duduk di atas dada syaitan itu. Menyedari akan kekalahannya itu, syaitan pun cuba menggoda Abid,
S
Dengarlah kata-kataku. Perkara menebang pokok itu bukanlah Allah wajibkan ke atasmu. Pokok itu pun tidak mengganggu amal ibadat kamu dan kamu pun bukannya menyembah pokok itu. Tuhan telah mengutuskan para AnbiyaNya. Jika ia mengkehendaki, pasti Dia akan memerintahkan Nabi-nabi menebang pokok itu
A
Aku tak peduli. Aku mesti menebang pokok itu. Buatlah apa pun yang engkau suka
Lalu mereka pun berkelahi lagi. Sekali lagi Abid berjaya mengalahkan syaitan. Lalu syaitan pun berkata,
S
Dengarlah kata-kataku yang terakhir ini. Ia mungkin menguntungkan engkau. Engkau ini seorang miskin yang menjadi beban kepada masyarakat. Kau biarkanlah pokok itu dan ambil tiga dinar (wang emas) setiap hari dari bawah bantalmu. Dengan wang itu, kau akan memenuhi keperluan seharianmu, menunaikan hak keluargamu dan membantu fakir miskin. Kau boleh gunakan wang itu untuk mengerjakan amalan yang baik lagi menguntungkan dirimu. Jika kau tebang pokok ini, kau hanya mendapat satu pahala sahaja. Sedangkan penyembah2 pokok ini pasti akan mencari pokok lain untuk disembah
Malangnya kali ini, Abid telah terpengaruh dengan pujukan syaitan dan menerima tawaran tiga dinar itu. Dua pagi berturut-turut, Abid memperolehi 3 dinar dari bawah bantalnya, manakala pada hari ketiga, wang itu tidak pula diperolehinya.Merasakan dirinya tertipu, Abid lantas mencapai kapaknya lalu keluar untuk menebang pokok kayu itu. Dalam perjalanannya, sekali lagi Abid bersua dengan syaitan.
S
Engkau hendak ke mana?
A
Aku hendak menebang pokok itu
S
Kini kau tidak berdaya untuk menebang pokok itu lagi
Lalu mereka pun berkelahi. Kali ini syaitan pula yang menang dan duduk di atas dada Abid. Abid tercengang lalu bertanya,
A
Kenapa sekarang engkau dapat mengalahkan aku sedangkan dulu, aku telah mengalahkan engkau
S
Dahulu, engkau menang kerana engkau berjuang semata-mata kerana Allah. Kini, engkau kalah kerana engkau berjuang semata-mata kerana wang


Begitulah kisah yang berlaku kepada hamba Allah tersebut. Disini dapat kita lihat tentang kekuatan niat. Sekiranya niat yang dicetuskan sejak dari awal perjuangan adalah menegakkan hukum Allah dan demi kepentingan manusia sejagat, nescaya Allah akan membantu kita melapangkan dada dan menyenangkan apa yang sulit.

Begitu juga halnya dalam politik PAS. Mengapa pada tahun 1998 PAS beroleh kemenangan besar? Semuanya adalah disebabkan tentang niat untuk memperjuangakan agama Allah dengan melaungkan penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hudud. PAS ketika itu yang dipimpin oleh Almarhum Ustaz Fadzil Noor begitu tegap dan diyakini perjuangannya. Malah berjaya merampas Terengganu daripada Barisan Nasional.

Namun pada tahun 2004, pencapaian PAS dalam Pilihanraya Umum ke 11 mulai merosot. Tersingkir diTerengganu apabila rakyat di negeri tersebut yang mengharapkan manifesto PAS terengganu yang akan melaksanakan hudud dinegeri tersebut hanya mampu mengharap sedangkan tiada pelaksanaan dapat dilakukan dengan jitu. Selepas tahun 2004, PAS mula memasang gerak kerja memperkasakan parti, model negara Islam kembali menjadi wadah perjuangan. Kepimpinan PAS di perkasakan dengan Ulama dengan Nasharudin Mat Isa menjadi timbalan Presiden PAS. Beberapa post naib presiden diisi  dari  golongan ulama.

Pada tahun 2008 PAS berjaya mencatatkan kemenangan besar dalam PRU 12. Namun dalam tempoh tersebut kita menyaksikan PAS seperti bersingkap BERLAGAK dengan kuasa yang dimiliki. Berjaya merampas Kedah serta mengekalkan Kelantan dengan kemenangan yang besar. Bermula 2012 perpecahan dalaman PAS semakin ketara. Dalam pemilihan muktamar PAS, Kepimpinan ulama mula merosot dan digantikan dengan kumpulan profesional. Mat Sabu dipilih sebagai Timbalan Presiden PAS setelah menewaskan dua ulama iaitu Ustaz Nasharuddin dan Tuan Ibrahim Tuan Man.  Setelah itu, sedikit demi sedikit mula terasa kepincangan dalam PAS...Bermula dengan pemecatan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Hassan Ali yang disingkirkan dalam isu gereja DUMC . Kemudian yang terbaru pemecatan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura Ulama setelah beliau mengiringi Perdana Menteri dalam lawatan ke Palestin. Umum mengetahui, Ustaz Nasha merupakan anak didik Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Mantan Presiden PAS ke 6. Sisa perjuangan Fadzil Noor masih lagi berada dalam diri Ustaz Nasharuddin. Tapi pihak yang macam inilah tersingkir dalam arus Perjuangan PAS. 

Untuk PRU 13? tepuk dada tanya iman..apakah PAS akan tergolong dalam situasi ketiga pemuda yang tewas dengan syaitan tersebut?

Wednesday 10 April 2013

TEMPOH BERKEMPEN LEBIH LAMA KALI INI..






PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 April sebagai hari penamaan calon manakala pengundian akan diadakan pada 5 Mei.Dalam pada itu pengundian awal akan diadakan pada 30 April. Ketiga- tiga tarikh itu ditetapkan pada mesyuarat khas yang diadakan di sini sebentar tadi.Berdasarkan keputusan hari ini, tempoh berkempen selama 15 hari diperuntukkan. Tempoh berkempen pada pilihan raya umum 2008 ialah selama 13 hari.Ketika mengumumkan tarikh-tarikh itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, seramai 13,268,002 rakyat Malaysia layak mengundi kali ini, berdasarkan daftar pemilih yang digazetkan esok.Pilihan raya umum kali ini membabitkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi DUN.
- sinar harian-


Sunday 7 April 2013

NAK GUNA LOGO PAS TERIMA DULU PERJUANGAN PAS!



Dalam Perang Khaibar pula di mana sebuah ibu kota kaum Yahudi sukar dapat ditakluki oleh angkatan tentera Islam, Saiyidina Ali R.A. telah memainkan peranannya yang utama sekali. Pada mulanya pihak Islam gagal untuk menakluki kota tersebut sekalipun telah dilakukan pengepungan beberapa hari lamanya. Dalam detik-detik yang sukar itulah akhirnya Rasulullah S.A.W. bersabda "Saya akan menyerahkan panji-panji peperangan esok pada seorang lelaki yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai oleh Allah dan RasulNya".
Sekelian panglima pasukan masing-masing mengharapkan agar dirinya akan diserahkan panji-panji tersebut kerana setiap mereka bercita-cita hendak mendapatkan kemuliaan yang begitu besar sebagai seorang yang mencintai Allah dan RasulNya dan dicintai pula oleh Allah dan RasulNya. Pada  keesokan harinya, setelah selesai sembahyang subuh Rasulullah S.A.W. lantas mencari-cari Saiyidina Ali R.A. Nyatalah bahawa Saiyidina Ali R.A. tidak ada di situ kenana ketika itu Ali R.A. mengidap sakit mata. Kemudian bersabdalah Rasul "Panggillah Ali ke mari menjumpai saya, Saiyidina Ali R.A. yang sedang sakit kedua matanya itu lalu datang mengadap Rasulullah S.A.W. seraya baginda pun meludah kepada mata beliau yang sakit itu. Maka dengan serta merta sahaja sembuhlah mata beliau. Kemudian Rasul pun menyerahkan panji-panji kepada Saiyidina All R.A. Maka benteng yang sudah berhani-hari tidak dapat ditembus itu akhirnya dapat dikalahkan  di bawah pimpinan panglima Ali Bin Abu Talib R.


Peristiwa diatas mengambarkan akan peri pentingnya simbol atau panji-panji sesebuah pasukan dalam misi mencapai kemenangan sesuatu perjuangan. Pengunaan  Panji atau simbol dalam sesebuah pasukan bukan merupakan suatu perkara yang remeh. Panji diibaratkan sebagai satu alat yang mampu menaikkan semangat anggota pasukan. Justeru itu pembawa panji perjuangan mestilah seseorang yang berwibawa. Wibawa dalam konteks perjuangan islam adalah seseorang yang selari dengan perjuangan islam, mentaati segala perintah Allah yang maha Esa dan mempunyai ciri seorang pemimpin mengikut tuntutan Islam.

WW membangkitkan soal panji sesebuah pasukan ini adalah kerana isu yang terbaru menjelang Pilihanraya Umum ke 13 (PRU-13)  berkenaan dengan kepimpinan DAP yang menyatakan kesediaan DAP menggunakan simbol PAS pada PRU nanti. Pemimpin utama DAP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang heboh menyatakan bahawa DAP bersedia menggunakan Simbol Pas sekiranya Pendaftara Pertubuhan (ROS) menggantung pendaftaran DAP.

Beberapa pemimpin PAS juga dilaporkan menawarkan kepada DAP untuk menggunakan logo PAS sekiranya berlaku penggantungan pendaftran kepada DAP.

Namun begitu pengunaan logo PAS dilihat bukan suatu perkara remeh pabila bekas Timbalas Presiden PAS , Ustaz Nasharudin Mat Isa  menegaskan pengunaan logo PAS oleh DAP dilihat bakal menimbulkan kekeliruaan kepada ahli akar umbi PAS. Apakah dengan kesediaan menggunakan simbol PAS bermakna DAP menerima dasar dan keputusan PAS dalam isu Kalimah Allah, hudud dan penubuhan negara Islam?




" PENGUNAAN SIMBOL ATAU PANJI-PANJI BERKAITAN AKIDAH PERJUANGAN BUKAN PERKARA REMEH. SAHABAT RASULULLAH SAWFG BERJUANG BERMATI-MATIAN MENEGAKKAN PANJI-PANJI ISLAM"


Kita sudah mengetahui suatu ketika dahulu tentang betapa kerasnya Karpal Singh menentang pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS serta penubuhan negara Islam sekiranya Pakatan Rakyat memerintah dalam PRU akan datang. Jadi apakah pemimpin PAS masih lagi tegar dalam soal pengunaan logo PAS kepada pihak yang tidak mahu langsung berkompromi dan memahami perjuangan PAS?

SUDAH SAMPAI MASANYA BAGI PAS MELETAKKAN SYARAT YANG MANA SEKIRANYA DAP INGIN MENGGUNAKAN LOGO PAS DALAM PRU-13. DAP MESTI MENERIMA PERJUANGAN PAS IAITU HUDUD DAN PENUBUHAN NEGARA ISLAM. JIKA TIDAK...SAY NO TO DAP...