Social Icons

Pages

Monday 30 December 2013

KENAIKAN KOS HIDUP.SALAH SIAPA?


Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz
“Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?”
Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).”
Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?”
Anaknya menjawab “ 4 dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”


Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor.
Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab
Fatimah “Aku basuh insyaAllah.”
Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata
“Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin.
Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada
satu.”

Situasi di atas adalah gaya hidup dan corak pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Pemerintahan beliau pada masa tersebut amat disenangi dan menjadi tauladan oleh rakyat di bawahnya.


Sementara itu...






Ketika rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup, disuruh berjimat, disuruh itu ini, lain pula halnya dengan situiasi-situasi diatas.Ya benar, elaun-elaun exco dan wakil rakyat sudah lama tidak dikaji. Ada yang tidak mengalami kenaikan sejak tahun 2006 lagi. Tapi kenaikan pada kali ini mengundang rasa marah rakyat kepada kerajaan. Kerajaan dilihat memewahkan para pemimpin dikala rakyat terus dicengkam dengan kegelisahan dek himpitan beban meneruskan kelangsungan hidup.

Kerajaan sering membandingkan situasi Malaysia dengan negara luar khususnya di Asia Tenggara setiap kali kenaikan harga barang berlaku di negara ini. Untuk makluman, harga barangan di Malaysia masih murah dibandingkan dengan Singapura, tetapi perlu dibandingkan juga jurang perbezaan pendapatan bulanan rakyat negara kita berbanding dengan rakyat negara jiran di selatan kita dengan contoh, gaji seorang guru secara puratanya mencecah 6,000 SGD (RM24,000) sebulan! Gaji pokok seorang kerani biasa di Singapura mencecah 1,000 SGD (RM2,400) sebulan belum lagi dicampur elaunnya, berbanding gaji pokok seorang kerani biasa di Malaysia sekitar RM900 sebulan. Dicampur pelbagai elaun, dapatlah sekitar RM1,400 sebulan. Itu belum lagi kalau dikemukakan hujah bahawa negara kita adalah negara pengeluar yang kaya dengan pelbagai hasil bumi dan sumber asli

Berbalik mengenai situasi kenaikan elaun wakil rakyat..Adakah rakyat disini boleh dikendurkan amarahnya saat mengetahui pemimpin atasan tidak sepeka mana dalam memahami denyut nadi rakyat? Bolehkan rakyat yang ada di Malaysia ini setenang rakyat di zaman Kahalifah Umar Abdul Aziz?

Rakyat disuruh sabar dan menerima apa sahaja momokan daripada kerajaan sehinggakan ada pihak yang mengatakan kalau tidak suka dengan kerajaan, boleh keluar dari Malaysia. Apakah perkara ini buat rakyat makin tenang?


Cuma usaha terakhir yang rakyat boleh lakukan adalah berdoa dan berserah kepada Allah S.W.T moga dipermudahkan segalanya..

sebagaimana firman Allah SWT, “Dan pasti Kami menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan, dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 155)

Monday 23 December 2013

BAHAYA BUDAYA IKUT IKUTAN

Proses perkembangan tamadun manusia pada zaman ini berlangsung begitu pesat sekali. Berbanding 10 tahun yang lepas, pembangunan manusia dari pelbagai sudut amat membanggakan dan menggerunkan dari segi implikasinya. Fesyen, gaya hidup dan teknologi adalah tiga perkara utama yang menjadi tunjang kepada ketamadunan sesebuah zaman itu diukur. Perkembangan ataupun evolusi fesyen umpamanya berkembang pesat ke serata dunia. Setiap hari, sesetengah orang tertentu berlumba-lumba untuk menjadi trend-setter ( pencipta trend) agar menjadi ikutan kepada orang ramai. Namun begitu, sikap ikut-ikutan ini sangat bahaya yang mana sikap ini jika tidak diuruskan secara baik dan berlandaskan pegangan akidah islam akan mengakibatkan seseorang itu mengikut sikap ahli neraka yang mana bakal terjerumus sekali kedalamnnya. 
Firman Allah S.W.T:
Ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas daripada orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa. Pada hari itu, segala hubungan terputus antara mereka. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti, 'Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan melepaskan diri daripada mereka, sebagaimana mereka melepaskan diri daripada kami.'

"Demikianlah Allah SWT memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi sesalan bagi mereka. Dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api Neraka." (Surah al-Baqarah 2: 166-167)

Amalan bertindik merupakan satu amalan yang mula menjadi trend remaja masakini. Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dahulu mengenali amalan bertindik ini hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai yang bertindik di bahagian selain dari telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ianya sudah mula melarat kepada golongan lelaki. Cuba lihat gambar diatas..Apa bezanya di antara lelaki muslim ini dengan pemuda dari negara barat? lelaki tersebut menggayakan suatu bentuk fesyen yang tidak luput ditelan zaman yakni mencucuk anggota badan dengan niat untuk mencantikkan wajah dan menggamit perhatiaan ramai walhal terang terangan islam menyatakan bahawa hukum bertindik bagi  lelaki adalah HARAM.

Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW riwayat al-Bukhari dari Ibnu Abbas mengatakan:“Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. “Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitab karangan beliau Tuhfatul Muhtaj yang mana beliau mengharuskan tindik itu bagi perempuan dan haram bagi lelaki . Kononnya atas alasan fesyen..cuba la buat macam gambar di bawah ni..baru la fesyen habis..berani atau tidak wahai lelaki yang bertindik?
alang-alang berfesyen..ambik...


Tidak sah andai tidak menyebut mengenai gaya bertudung yang menjadi suatu fenomena pada hari ini. Tudung Bawal, Tudung Mawi, Tudung Fareeda, Tundung Waheeda, Tudung Noorjuma antara jenama yang mencuri perhatiaan khususnya di Malaysia. Bagus bila ada gaya tudung macam ni. Disamping cantik, boleh menarik wanita-wanita diluar sana untuk menutu aurat. Namun begitu, bertudung biarlah berpada. tidak mahu digayakan seperti ini..
Jenama tudung Bonggol Unta

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 

"Dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitu kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lemmbu memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah. Kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka (dua golongan) ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya, sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."
[HR Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat]

dan

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."
[HR Ahmad, jil. 2, ms 223]

serta

"Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti ekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti telanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol do kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini."
[HR Muslim. Hadith no. 212]

Jelas dan nyata hadis diatas..sebenarnya gaya tudung seumpama ini mempunyai masa depan yang cerah untuk diangkat ke industri perfileman yang boleh melangkaui sempadan filem Hollywood dalam kategori filem sains fiksyen.umpamanya seperti ini....

Gaya hidup atau kaedah bersosial juga perlu diberi perhatiaan dikalangan muda mudi khususnya muslim pada hari ini. Budaya ikut-ikutan dalam merencana aktiviti sosial turut melanda umat islam masa kini tanpa ada usaha untuk mencari fakta sebenar di sebalik apa yang dilaksanakannya..Sebagai contoh..semangat berpersatuan dan memperjuangkan ideologi politik yang menjadi kegemaran golongan muda mudi hari ini.

Semangat pemuda ini tanpa mengetahui apa yang dipakainya..

Topeng ’Guy Fawkes’ 

Guy Fawkes (13 April 1570 – 31 January 1606), also known as Guido Fawkes, the name he adopted while fighting for the Spanish in the Low Countries, was a member of a group of provincial English Catholics who planned the failed Gunpowder Plot of 1605.Fawkes was born and educated in York. His father died when Fawkes was eight years old, after which his mother married a recusant Catholic. Fawkes later converted to Catholicism and left for the continent, where he fought in the Eighty Years' War on the side of Catholic Spain against Protestant Dutch reformers.

Topeng ’Guy Fawkes’ yang sering dipakai di Malaysia ketika ini bermaksud seperti membawa /menyebarkan ideolagi kristianisasi barat. ‘Guy Fawkes’ merupakan seorang revolusioner Kristian yang menentang Raja James 1 untuk memastikan pemerintahan Monarki Kristian dan penguasaan gereja semula dalam masyarakat Eropah.  ‘Guy Fawkes’ juga merupakan seorang misionari Kristian yang membantu penyebaran agama itu (2013, Jejarikami) 

*Umat ISLAM perlu berhati-hati dalam pemakaian topeng ini. Dikhuatiri secara halus umat Islam sendiri menyanjung penyebar-penyebar Agama Lain selain Agama ISLAM .  Lebih baik kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. ( myhomesoil 2013)
Tidak salah menyuarakan pandangan peribadi. Tidak salah berpesatuan dan melontarkan pegangan ideologi persatuaan yang digemari. Yang SALAH adalah menggayakan ideologi songsang tanpa usul periksa. Kalau betul pun tidak mahu wajah dikenali, mengapa tidak memakai topeng atau tutup muka seperti ini..
Siap ada kuasa superpower lagi..

Semoga Allah menjauhkan kita dan ahli keluarga kita daripada budaya ikut-ikutan yang hanya akan membawa kita ke neraka jahannam.Amin ya Rabbal  alamin...

LAMBANG DAN SIMBOL YANG MEROSAKKAN AKIDAH

Ibnu Taimiyah berkata bahawa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadis hassan dari Ibnu "Umar" berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka"
bertindik bagi lelaki merupakan perkara yang diharamkan dalam islam
Hadis di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara zahir menunjukkan bahwa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana disebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:
Barangsiapa di antara kamu yang berteman dengan mereka,maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka.”
Umat islam ditegah dengan secara membuta tuli meniru dan mengikut setiap perbuatan sesuatu kaum yang bertentangan dengan norma-norma ajaran islam. Dengan dunia tanpa sempadan yang semakin canggih dari sudut teknologinya, segala maklumat boleh diperolehi dihujung jari dengan begitu mudah. Oleh yang demikiaan umat islam khususnya harus menyelidik terlebih dahulu setiap perkara yang ingin diikuti agar tidak menyimpang dengan ajaran islam.
Kebencian dan dendam Yahudi dan Nasrani kepada Islam telah termaktub di 
dalam Al Quran. Allah berfirman:
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Rasa permusuhan orang-orang Barat dan azam mereka untuk menjahanamkan Islam 
janganlah dipandang ringan dan kecil. Memang Islam tidak mengajar kita 
mencari musuh. tetapi Allah melalui Al Quran dan Hadis telah memberitahu 
kita siapa musuh umat Islam; iaitu:

1. Nafsu
2. Syaitan
3. Orang munafiq
4. Yahudi dan Nasrani serta orang kafir lainnya
5. Orang Islam yang hasad dengki.



Masyarakat Islam di Malaysia perlu mengetahui terdapat gerakan-gerakan tertentu yang kini sedang giat mempromosi simbol-simbol songsang yang bukan sahaja menggugat akidah malah ianya boleh mengelirukan generasi akan datang sekaligus menggugurkan akidah umat Islam (Nauzubillahi min zalik). 

1. Topeng ’Guy Fawkes’ 


Guy Fawkes (13 April 1570 – 31 January 1606), also known as Guido Fawkes, the name he adopted while fighting for the Spanish in the Low Countries, was a member of a group of provincial English Catholics who planned the failed Gunpowder Plot of 1605.Fawkes was born and educated in York. His father died when Fawkes was eight years old, after which his mother married a recusant Catholic. Fawkes later converted to Catholicism and left for the continent, where he fought in the Eighty Years' War on the side of Catholic Spain against Protestant Dutch reformers.

Topeng ’Guy Fawkes’ yang sering dipakai di Malaysia ketika ini bermaksud seperti membawa /menyebarkan ideolagi kristianisasi barat. ‘Guy Fawkes’ merupakan seorang revolusioner Kristian yang menentang Raja James 1 untuk memastikan pemerintahan Monarki Kristian dan penguasaan gereja semula dalam masyarakat Eropah.  ‘Guy Fawkes’ juga merupakan seorang misionari Kristian yang membantu penyebaran agama itu (2013, Jejarikami) 

*Umat ISLAM perlu berhati-hati dalam pemakaian topeng ini. Dikhuatiri secara halus umat Islam sendiri menyanjung penyebar-penyebar Agama Lain selain Agama ISLAM .  Lebih baik kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 

2. Simbol Jari Menyilang 

Perlu diselidiki dan di perhalusi bahawa 2 jari yang menyilang juga adalah Sign of the Cross . Ini adalah perbezaan di antara mazhab Orthodox dan Katolik dalam ajaran Kristian.

Selain itu juga ritual menyilangkan 2 jari telunjuk dengan hantu ini juga adalah termasuk dalam amalan ritual Kristian semasa tibanya hari yang di namakan 13 Friday kerana mengikut kepercayaan dalam Kristian simbol Sign of the Cross ini dapat menghindarkan diri daripada kejahatan syaitan. Ini menunjukkan bahawa simbol jari menyilang ini amat di percayai oleh mereka yang menganut ajaran Kristian bila tibanya hari yang di namalan 13 Friday. 



Ingatlah Firman Allah: 
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Sunday 22 December 2013

PESAN LUKMANUL HAKIM KEPADA ANAKNYA



1.  “Wahai anak kesayanganku! Allah SWT memerhatikan dirimu dalam kepekatan malam, semasa engkau bersolat atau tidur lena di belakang tabir di dalam istana. Dirikan solat dan jangan engkau berasa ragu untuk melakukan perkara makruh dan melempar jauh segala kejahatan dan kekejian.”
2.  “Wahai anakku! Selalulah berharap kepada Allah SWT tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah SWT. Takutlah kepada  Allah SWT dengan sebenar-benar takut (takwa), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah SWT.”
3.  “Wahai anak! janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar.”
4.  “Wahai anakku, Bersyukurlah kepada Tuhanmu kerana kurniaan-Nya. Orang yang mulia tidak mengingkari Penciptanya kecuali orang yang kufur.”
5. “Wahai anakku! Bukanlah satu kebaikan namanya bilamana engkau selalu mencari ilmu tetapi engkau tidak pernah mengamalkannya. Hal itu tidak ubah seperti orang yang mencari kayu api, maka setelah banyak ia tidak mampu memikulnya, padahal ia masih mahu menambahkannya.”
 6.  “Wahai anakku! Ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Jika engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan sampan yang bernama TAKWA, isinya ialah IMAN dan Layarnya adalah TAWAKKAL kepada Allah SWT.”
7. “Wahai anakku! Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah SWT. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, maka dia akan sentiasa menerima kemulian dari Allah SWT juga.”
8.  “Wahai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tingkahlaku sebagai orang yang tidak ingin menerima pujian atau mengharap sanjungan orang lain kerana itu adalah sifat riya’ yang akan mendatangkan cela pada dirimu.”
9.   “Wahai anakku! Jangan engkau berjalan sombong serta takbur, Allah SWT tidak meredai orang yang sombong dan takbur.”
10. “Wahai anakku! Selalulah baik tutur kata dan halus budi bahasamu serta manis wajahmu, dengan demikian engkau akan disukai orang melebihi sukanya seseorang terhadap orang lain yang pernah memberikan barang yang berharga.”
11.  “Wahai anakku! Bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah dia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu, maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati-hatilah.”
12.  “Wahai anakku! Apabila engkau berteman, tempatkanlah dirimu padanya sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya. Namun biarkanlah dia yang mengharapkan sesuatu darimu.”
13.  “Wahai anakku! Sesesiapa yang penyayang tentu akan disayangi, sesiapa yang pendiam akan selamat daripada berkata yang mengandungi racun dan sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari berkata kotor tentu akan menyesal.”
14.  “Wahai anakku! Bergaul rapatlah dengan orang yang alim lagi berilmu. Perhatikanlah kata nasihatnya kerana sesungguhnya sejuklah hati ini mendengarkan nasihatnya, hiduplah hati ini dengan cahaya hikmah dari mutiara kata-katanya bagaikan tanah yang subur lalu disirami air hujan.”
15.  “Wahai anakku! Janganlah engkau mudah ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang menggelikan hati, janganlah engkau berjalan tanpa tujuan yang pasti, janganlah engkau bertanya sesuatu yang tidak ada guna bagimu, dan janganlah mensia-siakanhartamu.”
16.  “Wahai anakku! Sekiranya kamu di dalam solat, jagalah hatimu, sekiranya kamu makan, jagalah kerongkongmu, sekiranya kamu berada di rumah orang lain, jagalah kedua matamu dan sekiranya kamu berada di kalangan manusia, jagalah lidahmu.”
17.  “Wahai anakku! Usahakanlah agar mulutmu jangan mengeluarkan kata-kata yang busuk dan kotor serta kasar, kerana engkau akan lebih selamat bila berdiam diri. Kalau berbicara, berusahalah agar bicaramu mendatangkan manfaat bagi orang lain.”
18.  “Wahai anakku! Berdiam diri itu adalah hikmah (perbuatan yang bijak) sedangkan amat sedikit orang yang melakukannya.”
19.  “Wahai anakku! Janganlah engkau menghantarkan orang yang tidak cerdik sebagai utusan. Maka bila tidak ada orang yang cerdik, sebaiknya dirimulah saja yang layak menjadi utusan.”
20. “Wahai anakku! Janganlah engkau bertemankan dengan orang yang bersifat talam dua muka, kelak akan membinasakan dirimu.”
21.  “Wahai anakku! Sesungguhnya orang bertalam dua muka bukan seorang yang jujur di sisi Allah SWT.”
22.  “Wahai anakku! Jauhilah bersifat dusta, sebab berbohong itu mudah dilakukan, bagaikan memakan daging burung, padahal sedikit sahaja berdusta itu telah memberikan akibat yang berbahaya.”
23. “Wahai anakku! Sesiapa yang berbohong hilanglah air mukanya dan sesiapa yang buruk akhlaknya banyaklah dukacitanya.”
24. “Wahai anakku! Bersabarlah di atas apa yang menimpa dirimu kerana yang demikian itu menuntut kepastian kukuh daripadamu dalam setiap kejadian dan urusan.”
25.  “Wahai anakku! Apabila engkau mempunyai dua pilihan di antara takziah orang mati atau hadir majlis perkahwinan, pilihlah untuk menziarahi orang mati, sebab ianya akan mengingatkanmu kepada kampung akhirat sedangkan menghadiri pesta perkahwinan hanya mengingatkan dirimu kepada kesenangan duniawi sahaja.”
26. “Wahai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebihan, kerana sesungguhnya makan yang terlalu kenyang itu adalah lebih baiknya bila makanan itu diberikan kepada  anjing sahaja.”
27.  “Wahai anakku! Janganlah engkau terus menelan sahaja kerana manisnya barang dan janganlah terus memuntahkan saja pahitnya sesuatu barang itu, kerana manis belum tentu menimbulkan kesegaran dan pahit itu belum tentu menimbulkan kesengsaraan.”
28. “Wahai anakku! Aku pernah makan makanan yang baik dan memeluk yang terbaik tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih lazat daripada kesihatan.”
29. “Wahai anakku! Seandainya perut dipenuhi makanan, akan tidurlah akal fikiran, tergendala segala hikmah dan lumpuhlah anggota badan untuk beribadat.”
30. “Wahai anakku! Apabila perutmu telah penuh sesak dengan makanan, maka akan tidurlah fikiranmu, menjadi lemah hikmahmu dan berhentilah (malas) seluruh anggota tubuhmu daripada beribadat kepada Allah SWT dan hilanglah kebersihan hati (jiwa) dan kehalusan pengertian, yang dengan sebab keduanyalah dapat diperoleh lazatnya munajat dan berkesannya zikir pada jiwa.”
31.  “Wahai anakku! Makanlah makananmu bersama sama dengan orang orang yang takwa dan musyawarahlah urusanmu dengan para alim ulamak dengan cara meminta nasihat dari mereka.”
32. “Wahai anakku! Jangan engkau berlaku derhaka terhadap ibu dan ayahmu dengan apa jua sekalipun, melainkan apabila mereka menyuruhmu derhaka kepada Yang Maha Berkuasa.”
33. “Wahai anakku! Allah mewasiatkan dirimu; berbuat baiklah dengan ibu dan ayahmu. Justeru, jangan engkau mengherdik mereka dengan perkataan mahupun perbuatan dibenci.”
34. “Wahai anakku! Seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang kamu lakukan, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam-tanaman.”
35. “Wahai anakku! Orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada Allah SWT, maka dia tawadduk kepada Allah SWT, dia akan lebih dekat kepada Allah SWT dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada Allah SWT.”
36. “Wahai anakku! Seorang pendusta akan lekas hilang air mukanya kerana tidak dipercayai orang dan seorang yang telah rosak akhlaknya akan sentiasa banyak mengelamunkan hal-hal yang tidak benar.”
37.  “Wahai anakku! Andainya ada sebutir biji sawi terpendam di dalam batu, pasti ketahuan jua oleh Tuhanmu Yang Maha Melihat, Allah Amat Mengetahui segala sesuatu, zahir mahupun batin atau apa yang engkau sembunyikan di dalam dadamu.”
38. “Wahai anakku! Ketahuilah, memindahkan batu besar dari tempatnya semula itu lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.”
39. “Wahai anakku! Engkau telah merasakan betapa beratnya mengangkat batu besar dan besi yang amat berat, tetapi akan lebih lagi daripada semua itu adalah bilamana engkau mempunyai jiran yang jahat.”
40. “Wahai anakku! Aku pernah memindahkan batu-bata dan memikul besi, tetapi aku tidak pernah melihat sesuatu yang lebih berat daripada hutang.”
41.  “Wahai anakku! Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.”
42. “Wahai anakku! Apakah tidak engkau perhatikan, apa yang Allah bentangkan bagimu apa-apa yang ada di langit dan di bumi daripada kebaikan yang amat banyak?
43. “Wahai anakku! Apa yang engkau menikmati di kehidupan ini lantaran kurniaan-Nya yang penuh keamanan, keimanan dan kebaikan yang melimpah ruah, di taman dunia yang subur mekar dengan bunga-bungaan serta tumbuhan yang berseri-seri.”
44. “Wahai anakku! Ambillah harta dunia sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk bekalan akhiratmu.”
45. “Wahai anakku! Janganlah engkau condong kepada urusan dunia dan hatimu selalu disusahkan oleh dunia saja kerana engkau diciptakan Allah SWT bukanlah untuk dunia sahaja. Sesungguhnya tiada makhluk yang lebih hina daripada orang yang terpedaya dengan dunianya.”
46. “Wahai anakku! Jangan engkau buang dunia ini ke bakul sampah kerana nanti engkau akan menjadi pengemis yang membuat beban orang lain. Sebaliknya janganlah engkau peluk dunia ini serta meneguk habis airnya kerana sesungguhnya yang engkau makan dan pakai itu adalah tanah belaka.”
47.  “Wahai anakku! Tidak ada kebaikan bagimu untuk mempelajari apa yang belum kamu tahu sedangkan kamu belum beramal dengan apa yang kamu tahu.”
48. “Wahai anakku! Ingatlah dua perkara iaitu Allah SWT dan mati, lupakan dua perkara lain iaitu kebaikanmu terhadap hak dirimu dan kebaikanmu terhadap orang lain.”
49. “Wahai anakku! Kehinaan dalam melakukan ketaatan kepada Allah SWTlebih mendekatkan diri daripada mulia dengan maksiat (perkara menyebabkan dosa) kepada-Nya. Janganlah anakku undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu.
50. “Wahai anakku! Sesungguhnya lama bersendirian itu dapat memahami untuk berfikirdan lama berfikir itu adalah petunjuk jalan ke syurga.”

Sunday 15 December 2013

PENGURUSAN BANJIR DI MALAYSIA

Awal disember 2013 menyaksikan negara kita di sebelah pantai timur di landa banjir teruk. Terengganu dan Pahang yang paling terjejas. Daerah Kemaman di Terengganu dan Kuantan di Pahang terjejas teruk sepanjang banjir yang berlaku bermula pada 1 Disember 2013. Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah tahap pengurusan bencana khususnya banjir di Malaysia. Tahap ketersediaan agensi-agensi penyelamat dalam menangani bencana semakin dipertikaikan oleh masyarakat ekoran beberapa siri tuduhan dan aduan yang dibuat oleh masyarakat. Ada yang mengatakan Majlis Keselamatan Negara, Bomba dan Polis lambat bertindak sehingga membiarkan mangsa-mangsa di pusat pemindahan kelaparan.. Apepun mari kita beberapa penerangan oleh agnesi kerajaan yang terlibat mengenai tahap pengurusan banjir di negara kita... 

Banjir Punya HAL : Ketua Pengarah MKN Sekolahkan Ahli Politik dan Keyboard Warrior

Sejak kebelakangan ini, Majlis Keselamatan Negara (MKN) mendapati banyak pihak mengambil peluang untuk memberikan pandangan dan tidak kurang juga kritikan berhubung pelaksanaan operasi pengurusan banjir terutama di Pahang dan Terengganu. Justeru, MKN terpanggil untuk memberikan respon terhadap surat terbuka daripada Nur Adilla Abd Rahim bertajuk Surat terbuka kepada Majlis Keselamatan Negara bagi menjelaskan keadaan sebenar serta menangkis persepsi negatif terhadap jentera pengurusan bencana negara yang dicanang pihak tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu.


Penulis menyatakan kehairanan beliau terhadap tahap ketidaksiagaan badan-badan kerajaan tertentu sedangkan Malaysia menghadapi situasi banjir saban tahun. Luahan beliau, hanya apabila Ahli Parlimen Kuantan membawa perkara mengenai banjir di Kuantan ke Dewan Rakyat barulah ia mendapat perhatian pemimpin tertinggi negara. Hal ini memperlihatkan bahawasanya kedua-dua penulis dan Ahli Parlimen Kuantan tidak mengikuti perkembangan semasa.

Banjir yang berlaku di Kuantan bermula pada 2 Disember 2013 dan Ahli Parlimen Kuantan hanya membawa perkara ini ke Dewan Rakyat pada 4 Disember 2013. Pada waktu YB Fuziah Salleh mengutarakan usul berkenaan, anggota tindak balas sudah pun beroperasi selama dua hari bagi mengeluarkan mangsa untuk dipindahkan ke pusat pemindahan dan mangsa yang berjaya diselamatkan adalah seramai 13,460 orang di Kuantan sahaja. Pemindahan seluruh negara setakat jam 12.00 malam 4 Disember 2013 melibatkan 21, 253 mangsa. Sebenarnya, Puan Nur Adilla dalam tulisan ini memberi gambaran bahawa YB Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan tidak turun ke padang sewaktu banjir mula berlaku serta tidak mengikuti perkembangan banjir di kawasan Parlimen Kuantan yang beliau wakili.

Adalah tidak adil bagi penulis untuk menyimpulkan bahawa operasi menyelamat, memindah, dan pengagihan keperluan kepada mangsa banjir hanya dilakukan oleh MKN setelah ditekan dan didesak oleh ahli politik. Perlu dijelaskan di sini bahawa MKN menguruskan bencana tanpa dipengaruhi sebarang fahaman politik mahupun individu berkepentingan. Prioriti utama adalah menyelamatkan nyawa tanpa mengira latar belakang, kaum, agama, serta fahaman politik seseorang.

Dakwaan penulis dan juga Ahli parlimen Kuantan turut memperlihatkan ketidakfahaman mereka tentang sistem pengurusan bencana negara yang setaraf dengan sistem antarabangsa seperti badan-badan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations) yang meliputi aktiviti sebelum, semasa dan selepas berlakunya sesuatu bencana.

Walhalnya, sebelum dicadangkan oleh penulis sekali pun, MKN saban tahun mengambil langkah  melakukan persiapan sebelum berlakunya bencana banjir. Hasil daripada post-mortem pengurusan banjir bagi musim tengkujuh lalu digunakan bagi memperbaiki kelemahan yang dikenal pasti supaya jentera pengurusan banjir akan datang lebih berkesan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. 

Sejurus negara menghampiri musim tengkujuh atau Monsun Timur Laut 2013/2014, MKN mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) pada 24 September 2013 sebagai langkah persediaan awal.  Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menjangkakan sebanyak 4 hingga 5 episod hujan lebat akan berlaku dalam tempoh sehingga Mac 2014.  Episod hujan lebat yang menyeluruh selama 3 hingga 7 hari akan menyebabkan risiko berlakunya banjir. Melihatkan keadaan ini, MKN mengarahkan supaya agensi serta aset pengurusan banjir diletakkan dalam keadaan bersiap sedia. Untuk makluman, wakil kerajaan Negeri turut dijemput untuk menghadiri Mesyuarat JPBP bagi berkongsi maklumat mengenai persediaan jentera pengurusan banjir serta ramalan keadaan cuaca. MKN negeri juga mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di negeri masing-masing bagi menyelaraskan persediaan di peringkat negeri dan daerah.

Pendek kata, kerajaan melalui pelbagai agensi pengurusan bencana termasuk MKN melakukan semua persediaan yang perlu bagi memastikan operasi menyelamat dan perpindahan dilakukan sepantas mungkin bagi mengelak kejadian tidak diingini serta memastikan bekalan dan keperluan di pusat pemindahan adalah mencukupi.

Untuk makluman penulis, seramai 56,997 anggota daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, serta Jabatan Pertahanan Awam di seluruh negara diletakkan dalam keadaan bersiap sedia untuk memberikan bantuan. Selain itu, aset kerajaan yang boleh dikerahkan untuk operasi banjir di seluruh negara ditempatkan mengikut zon. Melihat kepada keadaan banjir semasa di pantai timur, MKN dan agensi-agensi tindak balas berkaitan mengambil tindakan untuk menggerakkan kekuatan dan aset di negeri-negeri yang tidak dilanda banjir bagi meningkatkan keupayaan agensi tindak balas dalam operasi banjir di kawasan yang terjejas banjir.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selaku agensi yang bertanggungjawab dalam pengurusan di pusat-pusat pemindahan mewartakan sebanyak 4,696 pusat pemindahan di seluruh negara yang boleh menempatkan seramai 1.3 juta mangsa. 54% daripada pusat pemindahan yang dikenal pasti adalah Kompleks Penghulu, Dewan Orang Ramai, Pusat Komuniti, dan lain-lain. Selebihnya adalah sekolah. Selain itu, JKM juga menubuhkan Depot Simpanan Keperluan Bencana dan Stor Bencana Negeri di beberapa lokasi strategik di Pengkalan Chepa, Kemaman, Bedong, Sungai Buloh, dan Muar. Selain itu, terdapat 513 Pangkalan Hadapan bagi menyimpan stok barangan makanan dan barangan bantuan bencana ke kawasan yang berisiko terputus hubungan atau terputus bekalan.

Namun, manusia hanya mampu merancang dan Allah yang menentukan segalanya. Perancangan dan persediaan tidak selalunya berjalan lancar terutama dalam keadaan dunia yang mengalami perubahan iklim. Penulis seharusnya sedar cabaran yang dihadapi oleh agensi pengurusan bencana apabila terpaksa berdepan dengan cuaca ekstrem yang membawa kepada bencana. Dalam kes di Kuantan, rekod cerapan hujan dari 1 hingga 3 Disember adalah sebanyak 900 mililiter. Cerapan ini adalah tiga kali ganda daripada jumlah cerapan sepanjang  Disember bagi 2012 iaitu 330 mililiter sebulan. Faktor ini, ditambahkan dengan fenomena air pasang besar menyebabkan air naik dengan mendadak sekali.

Sistem ramalan awal Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) setaraf dengan negara maju. Namun, apabila melakukan ramalan bagi cuaca tropika seperti di Malaysia, ia ternyata agak sukar dan ini turut diperakui oleh pakar-pakar meteorologi dunia. Ramalan berlakunya episod hujan walaupun dapat dilakukan 7 hari ke hadapan namun ia tidak dapat menentukan lokasi tepat kejadian hujan, sebaliknya hanya secara umum. Lanjutan daripada ramalan JMM, amaran awal disebarkan melalui media termasuk media elektronik dan bantuan polis supaya penduduk di kawasan berisiko berjaga-jaga. Sejurus air mula naik, agensi penyelamat melakukan operasi pemindahan.

Mengenai dakwaan tentang bantuan yang  lambat tiba serta keadaan yang teruk di pusat pemindahan, ia harus dicerna dengan minda yang rasional. Harus difahami bahawa kerja pemindahan memerlukan masa berikutan keadaan cuaca, jumlah mangsa, serta faktor yang tidak dapat dielakkan. Terdapat mangsa yang enggan berpindah meskipun dipujuk dan akhirnya terkandas berikutan air naik terlalu dalam.

Peningkatan mendadak jumlah mangsa banjir melebihi jangkaan awal menyebabkan keadaan agak tidak tersusun di pusat-pusat pemindahan pada peringkat awal. Ekoran daripada kenaikan aras air yang tinggi akibat hujan ekstrem dan air pasang besar, terdapat beberapa pusat pemindahan turut dibanjiri. Mangsa di pusat pemindahan berkenaan terpaksa ditempatkan di pusat pemindahan lain yang menyebabkan sedikit kesesakan.

Berikutan situasi ini, JKM juga terpaksa mengambil langkah menyusun semula pengagihan bekalan makanan dan bahan mentah bagi memastikan keperluan mencukupi. Selain itu, pihak berkuasa turut mengalami cabaran daripada segi logistik bagi menghantar bekalan berikutan keadaan cuaca yang buruk serta jalan raya ditenggelami air. Namun, ini hanya berlaku pada peringkat awal pembukaan pusat pemindahan sahaja dan keadaan kini lebih stabil dan bertambah baik serta bekalan keperluan adalah mencukupi. Bagi kawasan yang terputus hubungan, bantuan dihantar melalui helikopter.

Melihatkan keadaan semasa banjir yang melanda negara, MKN perhatikan ramai yang cuba membandingkan Malaysia dengan negara Jepun yang dikatakan lebih unggul dalam menguruskan bencana. Walaupun ia adalah suatu perkara yang positif bertujuan penambahbaikan, namun adakah mereka ini sedar bahawa apabila negara Jepun dilanda bencana, semua pihak di segenap lapisan masyarakat meletakkan perbezaan fahaman politik dan ideologi mereka ketepi dan berganding bahu untuk menangani krisis yang dihadapi.

Kerajaan Jepun seperti lain-lain negara yang dilanda bencana yang diluar jangkaan atau berskala besar turut mengalami masalah untuk menguruskannya di peringkat awalan. Menyedari hakikat ini,  masyarakat setempat serta organisasi sukarelawan tempatan memainkan peranan mereka sebelum ketibaan pihak berkuasa. Mereka ini mempunyai kesedaran tinggi peranan dan tanggungjawab yang seharusnya mereka mainkan tanpa menuding jari menyalahkan mana-mana pihak. Ini membolehkan negara mereka untuk bangkit kembali dengan pantas selepas berlakunya musibah. Masyarakat Jepun sama ada orang awam atau parti politik tidak memijak di atas kepala agensi dan anggota penyelamat untuk mendabik dada sendiri.

Dalam keghairahan kita untuk membandingkan situasi dalam negara dengan negara luar yang dirasakan lebih ke hadapan, seharusnya kesediaan masyarakat untuk turut sama menggalas perubahan juga harus diambil kira.Tahap kesedaran rakyat Jepun terhadap pentingnya untuk bersedia menghadapi bencana adalah amat tinggi. Menyedari bahawa mereka tinggal di kawasan yang berisiko menghadapi bencana alam, mereka memberikan kerjasama dalam melaksanakan langkah persediaan termasuk mengambil insurans bagi melindungi harta benda mereka.

Mengenai bantuan berupa wang berjumlah RM500 yang didakwa penulis sebagai terlalu sedikit, ingin diperbetulkan di sini bahawa ia bukanlah sebagai pampasan atau ganti rugi kepada kerugian yang dialami mangsa. Terma yang sebetulnya bagi pemberian wang kepada mangsa ini adalah sumbangan Bantuan Wang Ihsan kerana ia hanya bagi meringankan beban kepada mangsa atas dasar keprihatinan kerajaan bagi membolehkan mereka ini memulakan kehidupan sejurus selepas berakhirnya banjir.

MKN juga mengambil kesempatan ini untuk menjawab tohmahan kononnya Bantuan Wang Ihsan terlebih dahulu masuk ke dalam poket segelintir pihak yang tamak. Sebagai makluman, sumber kewangan bagi peruntukan Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa bencana adalah daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) yang tertakluk kepada tatacara kewangan kerajaan sedia ada dan proses pengauditan.

Proses penyerahan Bantuan Wang Ihsan juga tidak dilakukan sewenang-wenangnya, dan memerlukan dokumen pengenalan diri selain hanya empunya diri iaitu ketua keluarga yang disahkan dibenarkan untuk mengambilnya. Semua keluarga yang layak akan diberikan Bantuan Wang Ihsan tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik waima mereka mengenakan pakaian melambangkan parti yang disokong sekalipun semasa proses penyerahan. Hasilnya, akaun KWABBN bebas daripada sebarang komen audit yang negatif berikutan ia diuruskan dengan baik.

Sebagai makluman, negara pernah mengalami situasi banjir yang lebih buruk dan menyeluruh di seluruh negara melibatkan lebih daripada 230,000 mangsa yang berpindah pada 2010, selain daripada 140,000 mangsa pada 2006 dan 100,000 mangsa pada 2005.  Namun, situasi banjir semasa yang diperlihatkan adalah seolah-olah kerajaan tidak berdaya untuk menguruskannya, sedangkan mangsa yang terlibat pada ketika ini berjumlah sekitar 50,000 orang iaitu jauh lebih sedikit. Hakikatnya, realiti di peringkat lapangan, keadaan ini masih boleh dikawal dan ditangani dengan baik walaupun terdapat gangguan dan cabaran logistik pada peringkat awal.

Tujuan MKN mengemukakan respon bukan disebabkan tidak boleh menerima kritikan tetapi bagi memperbetulkan salah faham serta kesalahan fakta yang didakwa oleh banyak pihak termasuk penulis sendiri. MKN menghargai segala pandangan konstruktif yang diutarakan. MKN sentiasa berusaha untuk memantapkan dan memperbaiki sistem pengurusan bencana dalam keadaan perubahan iklim dan senario pembangunan negara yang rancak.  Namun, ia juga perlu mengambil kira keupayaan dan kapasiti negara selain melihat kepada kebolehmampanan kepada sesuatu usaha yang dilakukan.

Semua pihak dipohon untuk tidak melihat dari jauh dan mempolitikkan pengurusan bencana serta mengambil tindakan menyebarkan maklumat yang boleh menjejaskan kestabilan dan kelancaran operasi banjir yang boleh merendahkan moral petugas yang sedang bertungkus-lumus  memberi khidmat terbaik kepada masyarakat. Sebaliknya, semua pihak perlu berganding bahu bagi membantu jentera pengurusan bencana di peringkat tempatan. Nur Adilla Abd Rahim adalah seorang yang terpelajar. Justeru MKN yakin puan faham dengan maksud "Good deeds should be spotlighted and not laserred".  – 10 Disember, 2013.

Arahan MKN No. 20

Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan satu-satunya agensi yang secara rasminya merupakan badan kerajaan yang tertubuh untuk pengurusan bencana di Malaysia. Meskipun sejarah menintakan bahawa MKN didirikan pasca-13 Mei dan pembubaran Mageran, peranan MKN semakin mencapah luas sejak itu. Antara lain:

Khidmat keurusetiaan kepada jawatankuasa

Memantau amalan serta pelaksanaan dasar dan mekanisme pengurusan bencana berjalan lancar

Post-mortem bencana diadakan

Menggerakkan SMART untuk operasi mencari dan menyelamat

Menyelaras pengendalian latihamal pengurusan bencana dan mencari dan menyelamat

Mengawasi langkah pencegahan dan kawalan bencana dijalankan

Merancang dan menyelaras serta mengawasi strategi kependidikan, latihan dan pencegahan kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota Jabatan Kerajaan, masyarakat dan Badan-badan Bukan Kerajaan dalam menghadapi dan mencegah bencana

Memberi nasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana apabila diminta ke arah kelancaran pengendalian serta pengurusan suatu bencana

Definisi ‘bencana’ yang jelas tercatit dalam Arahan MKN No.20 yang turut terpampang di laman sesawang MKN, ialah;

"...sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan kepada harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat."

"melibatkan sumber, peralatan, kekerapan dan tenaga manusia yang ekstensif daripada banyak agensi serta penyelarasan yang berkesan..."

Arahan MKN No. 20: Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara berdiri atas tiga tujuan utama iaitu;

Untuk menggariskan satu Dasar Pengurusan Dan Bantuan Bencana di Darat mengikut tahap bencana dan mewujudkan satu mekanisme pengurusan yang menentukan peranan serta tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu bencana yang berlaku.

Tindakan menjadi lebih kemas, terselaras dan teratur

Mengelakkan pembaziran, kekeliruan, konflik dan percanggahan

Dalam rekod MKN, Arahan No. 20 ini merupakan arahan yang paling kerap diguna pakai  kerana bencana alam merupakan perkara yang umum dan selalu berlaku. Arahan ini tergubal sebagai respon padabeberapa kejadian alam lampau seperti kes Highland Towers pada Mei 1994.