Social Icons

Pages

Thursday 7 February 2013

PERUBAHAN UNTUK KAKITANGAN AWAM


KUALA LUMPUR: Kakitangan perkhidmatan awam, termasuk polis dan tentera yang bosan dengan  tekanan politik dalam kerja seharian mereka kini mempunyai jalan keluar daripada kemelut tersebut menuju kebebasan dan intergriti.

“PAS mengingatkan bahawa perkara ini boleh dihentikan dengan para kakitangan perkhidmatan awam, termasuk polis dan tentera membuat perubahan dalam pilihanraya ke-13,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, pelbagai tekanan dan paksaan yang dikenakan ke atas kakitangan-kakitangan bagi menyokong program dan agenda Umno dan pelbagai  surat tunjuk sebab dikeluarkan yang langsung tidak berkaitan dengan tugas rasmi.

“Campur tangan melampau Umno juga menyebabkan ramai kakitangan ditukar, diberi amaran dan ditahan kenaikan gaji dan pangkat, semata-mata dilihat tidak menyokong Umno,” tambahnya


Warisannwizurai melihat ada benarnya saranan dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang ni. Kadang kala sesuatu peraturan yang ingin dilaksanakan agak berat sebelah sepertimana kebebasan pada golongan guru untuk berpolitik tetapi hanya untuk menyokong UMNO. Sekiranya para guru dilihat cenderung kepada PAS atau selain daripada itu, tindakan tunjuk sebab malah yang paling sadis ada ditukarkan di sekolah-sekolah pedalaman yang menyebabkan terpaksa berpisah dengan anak bini..adilkah?




BATU PAHAT 20 Jan. - Kementerian Pelajaran mendedahkan hanya seramai enam orang daripada 290,457 guru siswazah memohon untuk terlibat dalam politik walaupun kerajaan telah membenarkan tenaga pengajar yang menepati syarat terlibat dalam politik.

Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, jumlah permohonan yang sedikit itu dipercayai berpunca kerana guru-guru masih bimbang mereka dikenakan tindakan akibat terlibat dalam politik.

Menurutnya, selain itu, para guru turut bimbang identiti mereka yang terlibat dalam politik dan parti didedahkan oleh kementerian dan boleh menjejaskan tugas mereka.

"Para guru dinasihatkan tidak perlu bimbang sekiranya ingin mengemukakan permohonan untuk terlibat dalam politik kerana kebenaran yang diberikan oleh kerajaan telah menjamin identiti mereka dirahsiakan dan tiada tindakan diambil.

"Cuma mereka perlu mengikut syarat yang ditetapkan iaitu guru yang mempunyai jawatan penting dalam sekolah seperti guru besar dan pengetua tidak dibenarkan terlibat dalam politik," katanya selepas merasmikan majlis penutup Forum Penyatuan Islam bersama pesara guru peringkat negeri Johor di Hotel Pine Tree, di sini hari ini. - UTUSAN 


Sebenarnya syarat yang ditetapkan hanya MENYOKONG UMNO JE YE....

No comments:

Post a Comment