POST MORTEM PASCA
BANJIR BUKAN SETAKAT TUBUH AGENSI BARU. IKUT OTAK MAHATHIR, JANGAN IKUT OTAK
MENTERI AYAQ LIUK!!
Post
Mortem Pasca Banjir yang menyatakan sebuah agensi baru patut ditubuh oleh
Kerajaan untuk menangani masalah pengurusan bencana banjir seperti dicadang
Menteri Komunikasi Shabery Chik merupakan satu cadangan lapuk dan kebelakang,
tidak kreatif dan mahu melepas batuk di tangga!
Melalui
pengamatan dan pembacaan saya sebagai seorang rakyat marhain (pernah membuat
kajian dalam Pengurusan Bencana Negara yang diselaraskan oleh Majlis
Keselamatan Negara) pada tahun 2000
sewaktu bergelar Mahasiswa, Pengurusan Bencana
Negara adalah berdasarkan JAWATANKUASA PELBAGAI AGENSI dan ianya
tercatat di dalam sebuah buku Arahan setiap peranan agensi tersebut SEBELUM,
SEWAKTU DAN SELEPAS BERLAKUNYA BENCANA (Peninggalan Tun Mahathir Selepas
kejadian Highland Tower 1992)
Untuk
rekod UNITED STATE (US) DEPARTMENT OF
HOMELAND SECURITY telah mencedok Idea penubuhan Jawatankuasa Pelbagai Agensi
yang dilaksanakan Tun Mahathir (Arahan MKN 20) ini dengan menubuhkan “NATIONAL INCIDENT
COMMAND” pada tahun 2003 selepas PERISTIWA 9/11 !! Agensi Induk Pengurusan
Bencana Amerika Syarikat tidak mampu melaksanakan tugasan urus bencana
sendirian! Malaysia telah amalkan perkara ini sejak selepas tahun 1992!!
POST
MORTEM seharusnya melihat dari keseluruhan aspek berkenaan, Agensi mana yang
tidak berfungsi sepenuhnya di peringkat mana ia tersangkut dan bermasalah dan
jabatan mana yang culas untuk melaksanakan kerjasama JAWATANKUASA PENGURUSAN
BENCANA bermula Peringkat Daerah, Negeri dan Pusat!
POST
MORTEM perlu melihat berapa BANYAK Mesyuarat Persediaan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh SEMUA
PEGAWAI DAERAH Seluruh Negara, Perlu Melihat berapa banyak SETIAP SETIAUSAHA
KERAJAAN NEGERI mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Peringkat Negeri bagi persediaan menghadapi Bencana. Apa yang lebih
penting berapa peratuskan KEPUTUSAN
MESYUARAT tersebut DILAKSANA?
Perlu
dilihat juga KEFAHAMAN PULUHAN Agensi yang menganggotai
Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan terhadap PERANAN mereka di dalam ARAHAN MKN
20 PENGURUSAN BENCANA tersebut!
Kemudian
perlu dilihat berapa banyak LATIHAN BERSAMA agensi – agensi penyelamat
peringkat daerah dan negeri melaksanakan latihan bersama.
Tidak
dapat dinafikan kekurangan kefahaman mangsa bencana menjadi FAKTOR UTAMA
ketidakcekapan pengurusan bencana apabila ramai mangsa enggan berpindah ketika
air mula naik di peringkat awal. Maka Kesedaran Bencana perlu dipupuk lebih
AGRESIF bukannya hanya tahu menubuh Agensi yang baru! !
Perlu
dilihat juga berapa ramai Pengerusi JK
Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri yang berada di dalam kawasan masing-masing
tatkala Bencana Berlaku. Saya yakin, jika Majlis Keselamatan Negara
melaksanakan audit berkenaan lebih 50% Pengerusi JK Bencana Daerah dan Negeri
berCUTI memandangkan musim TENGKUJUH berlaku di setiap hujung tahun! Perkara ini harus diubah, tetapkan SYARAT
musim bencana tiada percutian diluluskan. Mana mungkin mahukan kecekapan 100%
jikalau PENGERUSI JK PENGURUSAN BENCANA Setiap Peringkat tiada di kawasan??!
Untuk Makluman Pengerusi JK Pengurusan Bencana Negeri adalah Setiausaha
Kerajaan Negeri setiap Negeri! Amat tidak adil.
POST MORTEM terhadap KEGAGALAN KOMUNIKASI perlu ditekan dan diberi PERHATIAN SERIUS oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI. Antara MASALAH paling serius ADALAH KEGAGALAN SISTEM KOMUNIKASI RAKYAT DAN AGENSI (TOTAL COLLAPSE) yang perlu DIFIKIRKAN pak MENTERInya. Bukan memberi cadangan yang Lapuk , menongkah arah!
Ada rakan - rakan memberitahu bahawa Kawasan Cemerlang Urus Banjir, Kawasan tersebut adalah USAHA STRUKTUR JAWATANKUASA YANG SAMA !!
Rakyat
mahukan Post Mortem Menyeluruh termasuk pemilikan Aset-aset baru, penambahan pegawai di MKN Selaku Urusetia JK Bencana Peringkat Negeri , bukannya Penubuhan Satu Agensi yang baru (TOTAL REVAMP)!
Saya
percaya sekiranya Kerajaan meluluskan Penubuhan satu agensi yang baru, ianya
mungkin lebih teruk kerana ketiadaan pengalaman pengurusan selain Pengurusan
Bencana melalui Jawatankuasa-jawatankuasa Pelbagai Agensi adalah mekanisme yang
paling baik dipraktikkan bagi urusan bencana namun kesiapsiagaan dan KEUPAYAAN
mereka perlu DIPERTINGKATKAN!
Cadangan mewujudkan Jabatan Baru adalah KAEDAH LAPUK KERAJAAN , ada masalah saja , TUBUH AGENSI BARU!