Social Icons

Pages

Wednesday 27 February 2013

PERLU BEZA ANTARA IDENTITI BANGSA DAN PERJUANGAN POLITIK


PROMOSI BAJU DISALAH SATU LAMAN FB BLOGGER POLITIK ( cari lah sendiri sapa punya FB ni)



Sultan adalah IDENTITI BANGSA. Tak dapat tidak kita amat perlukan sultan untuk terus berkuasa dimuka bumi Malaysia. Mungkin Kesultanan Melayu yang ada pada hari ini banyak dihimpit pelbagai kontroversi yang menyesakkan dada kita sebagai orang Melayu dan rakyat Malaysia. Tapi suka ataupun tidak, sistem beraja ini merupakan benteng terakhir orang Melayu yang dilihat sekarang ini sudah tipis dari segi kuasa politiknya.SEBARANG CUBAAN UNTUK MENGHASUT RAKYAT MEMBENCI DAN MENENTANG SISTEM BERAJA PERLU KITA PATAHKAN. Tidak kiralah samada PAS, Pakatan Rakyat mahupun UMNO dan Barisan Nasional,kena bezakan diantara perjuangan menukar kerajaan dan mengekalkan identiti bangsa


Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Malaysia. Perkara ini secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia biasa dianggap sebagai sebahagian daripada kontrak sosial.


JADI dalam keghairahan kita melancarkan perang saraf, perang siber dan perang apepun menghadapi PRU 13 ni,kita jangan lupa identiti bangsa kita. Asimilasi untuk mewujudkan satu bangsa Melayu itu bagus. Tapi Asimilasi untuk menghilangkan identiti bangsa dan mewujudkan satu bangsa yang liberal perlu ditolak.

3 comments: