Social Icons

Pages

Thursday 7 February 2013

GILIRAN AZIZAN PULAK DAH...


ALOR SETAR - Kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis pelancaran program My Beautiful Malaysia peringkat Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, kelmarin mengundang pelbagai reaksi.

Difahamkan, terdapat segelintir pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Azizan yang dilihat ‘mesra’ dengan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) pada majlis itu.


Kemesraan Azizan dengan Chee Heung serta Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dipolitikkan pihak tertentu, sehingga wujud persepsi konon hayat politik Azizan akan menerima nasib sama seperti Nasharuddin.- Sinar-



Alamak..tang ni aku tak setuju langsung kalau PAS nak melatah.Tanam pokok je kot..Tidak perlu nak gaduh-gaduh. Kalau Ustaz Azizan tak pergi program tu siapa lagi nak pergi? sah-sah dia tu orang no 1 di Kedah. Tapi Warisanwizurai percaya, ni sekdar omongan kosong media yang berat sebelah dan nak dapatkan momentum selepas kes Nasharudin Mat Isa..Harap-harap tak betullah benda ni..sayang ooo kalau pisang berbuah dua kali..

No comments:

Post a Comment