Social Icons

Pages

Featured Posts

Sunday 18 October 2015

TOL NAIK: KE MANA PERGINYA DUIT GST?

Aku ada seorang kawan aku yang menetap di Putrajaya dan sering melawat ibu bapanya yang tinggal di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kawan aku ni menggunakan lebuhraya Kajang-Seremban( LEKAS) untuk pulang ke kampung halamannya. Kawan aku ni mengadu dekat aku akan perihal kenaikan kadar tol yang bermula pada 15 oktober 2015.

"Gila babi betul la tol ni. Sebelum ni aku lalu Lekas RM 8.80 sehala. Sekarang ni dah jadi RM 11.90. Naik dlm Rm 3 lebih. Ape nasib orang yang lalu jalan ni hari-hari. Lahanat betul la  kerajaan ni".

Selalunya aku akan defend bila orang kutuk kerajaan. Kali ni aku surrender. MEMANG DAH GILA BABI pemimpin tertinggi Malaysia ni. Tak sampai setahun macam-macam jadi. Alasan kerajaan dalam hal ini adalah tidak mampu untuk membayar pampasan yang tinggi kepada syarikat konsesi.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/tangguh-naik-tol-kerajaan-kena-bayar-rm1-08b-1.407078


Tapi yang aku hairan, mana perginya duit hasil kutipan GST yang matlamatnya untuk membantu rakyat dikemudian hari? DULU ADA SATU KENYATAAN YANG PENUH BANGGA DIBUAT OLEH MENTERI DAN JABATAN KERAJAAN yang aku masih ingat lagi.


RM 6 Billion bai..Mana la pergi semua duit GST yang berbillion dikutip setiap bulan. Bukanakah kerajaan berjanji untuk memulangkannya kepada rakyat?. Kenaikan tol ni membebankan lagi rakyat di bandar yang telahpun terbeban dengan kenaikan harga barang selepas pelaksanaan GST. Tolong cerdik pandai, pakar ekonomi, bloger-bloger kerajaan atau sesiapa pun lah terangkan kat aku kutipan GST tu sebenarnya untuk apa..


Thursday 5 March 2015

UNIT BARU , ORANG BARU, PENGALAMAN ZERO!! SEBUAH LANGKAH SUMBANG !!

Sebaran Whatsapp yang tersebar yang menyatakan untuk merekrut Pegawai-pegawai yang baru UNTUK menganggotai Unit Pemulihan Pasca BANJIR , ianya JIKA BENAR, adalah sangat KELAKAR dan mengkelakarkan. 

Yang dihentam tidak cekap adalah Pengurusan Bencana , tetapi yang ditubuh jabatan baru  adalah Unit Pemulihan Pasca Banjir !! (jika benar bagai diwar-warkan). Menampakkan ketidak logikan pegawai-pegawai di jabatan merangka unit tersebut. (jika perkara ini benar) 

Jika baru ura-ura sekalipun , tolong lah jabatan yang merangka unit tersebut jangan buat kerja gila, " create post " untuk rakan-rakan naik pangkat!? Tolonglah tarik balik cadangan tersebut. 

Jika mahu diwujudkan sekalipun, Unit Berkenaan perlulah berfungsi lebih baik BERBANDING jabatan - jabatan yang sedia ada, boleh melaksanakan perubahan dan lebih efisien terutamanya dalam aspek PENGURUSAN BENCANA sama ada SEBELUM berlaku Bencana, SEMASA berlaku bencana dan SESUDAH (pasca) berlaku bencana. Bukan hanya fokus kepada ASPEK SESUDAH (PASCA) semata-mata. 

Untuk mewujudkan jabatan baru, jabatan tersebut perlulah mempunyai pegawai-pegawai yang mempunyai PENGETAHUAN PENGURUSAN BENCANA lebih LUAS berbanding PEGAWAI-PEGAWAI jabatan lama yang mengurus bencana selama ini. Maksudnya, jabatan tersebut perlulah mempunyai EXPERT-EXPERT dalam hal ehwal PENGURUSAN BENCANA. 

Jika tiada pegawai-pegawai EXPERT sebegini, LEBIH BAIK PERKASAKAN JABATAN-JABATAN YANG SEDIA ADA DENGAN ASET DAN EXPERT / TENAGA KERJA  yang lebih DAN PENUBUHAN JABATAN BARU adalah TIDAK SIGNIFIKAN! 

APA - APA pun , ini adalah pandangan saya rakyat marhain. Sila lah semak balik cadangan tersebut. Bukan merekrut serkap jarang sehingga saya sebagai orang luar pun boleh dapat Whatsapp Info berkenaan. 






Sunday 1 March 2015

AMAT MENDALAM KECINTAAN NABI MUHAMMAD S.A.W TERHADAP KITA UMATNYA! ALHAMDULILLAH!

Nabi Muhammad  SAW mengambil berat tentang keadaan umatnya dan sentiasa mendoakan kita. 
Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata: Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.”

ALLAHUAKBAR! Maka benarlah, Oleh kerana sifat baginda yang terpuji ini, Allah S.W.T ,Tuhan Sekalian Alam, Raja kepada Keseluruhan Raja telah memuji Nabi Muhammad S.AW di dalam KitabNya AlQuranul Qarim. 

Allahuakbar!    

Friday 27 February 2015

POST MORTEM PASCA BANJIR BUKAN SETAKAT TUBUH AGENSI BARU. IKUT OTAK MAHATHIR, JANGAN IKUT OTAK MENTERI AYAQ LIUK!!


POST MORTEM PASCA BANJIR BUKAN SETAKAT TUBUH AGENSI BARU. IKUT OTAK MAHATHIR, JANGAN IKUT OTAK MENTERI AYAQ LIUK!!


Post Mortem Pasca Banjir yang menyatakan sebuah agensi baru patut ditubuh oleh Kerajaan untuk menangani masalah pengurusan bencana banjir seperti dicadang Menteri Komunikasi Shabery Chik merupakan satu cadangan lapuk dan kebelakang, tidak kreatif dan mahu melepas batuk di tangga!

Melalui pengamatan dan pembacaan saya sebagai seorang rakyat marhain (pernah membuat kajian dalam Pengurusan Bencana Negara yang diselaraskan oleh Majlis Keselamatan Negara)  pada tahun 2000 sewaktu bergelar Mahasiswa, Pengurusan Bencana  Negara adalah berdasarkan JAWATANKUASA PELBAGAI AGENSI dan ianya tercatat di dalam sebuah buku Arahan setiap peranan agensi tersebut SEBELUM, SEWAKTU DAN SELEPAS BERLAKUNYA BENCANA (Peninggalan Tun Mahathir Selepas kejadian Highland Tower 1992)

Untuk rekod  UNITED STATE (US) DEPARTMENT OF HOMELAND SECURITY telah mencedok Idea penubuhan Jawatankuasa Pelbagai Agensi yang dilaksanakan Tun Mahathir (Arahan MKN 20) ini dengan menubuhkan “NATIONAL INCIDENT COMMAND” pada tahun 2003 selepas PERISTIWA 9/11 !! Agensi Induk Pengurusan Bencana Amerika Syarikat tidak mampu melaksanakan tugasan urus bencana sendirian! Malaysia telah amalkan perkara ini sejak selepas tahun 1992!!

POST MORTEM seharusnya melihat dari keseluruhan aspek berkenaan, Agensi mana yang tidak berfungsi sepenuhnya di peringkat mana ia tersangkut dan bermasalah dan jabatan mana yang culas untuk melaksanakan kerjasama JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA bermula Peringkat Daerah, Negeri dan Pusat!

POST MORTEM perlu melihat berapa BANYAK Mesyuarat Persediaan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh SEMUA PEGAWAI DAERAH Seluruh Negara, Perlu Melihat berapa banyak SETIAP SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Peringkat Negeri bagi persediaan menghadapi Bencana. Apa yang lebih penting  berapa peratuskan KEPUTUSAN MESYUARAT tersebut DILAKSANA? 

Perlu dilihat juga KEFAHAMAN PULUHAN Agensi yang menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan terhadap PERANAN mereka di dalam ARAHAN MKN 20 PENGURUSAN BENCANA tersebut!

Kemudian perlu dilihat berapa banyak LATIHAN BERSAMA agensi – agensi penyelamat peringkat daerah dan negeri melaksanakan latihan bersama.

Tidak dapat dinafikan kekurangan kefahaman mangsa bencana menjadi FAKTOR UTAMA ketidakcekapan pengurusan bencana apabila ramai mangsa enggan berpindah ketika air mula naik di peringkat awal. Maka Kesedaran Bencana perlu dipupuk lebih AGRESIF bukannya hanya tahu menubuh Agensi yang baru! !


Perlu dilihat  juga berapa ramai Pengerusi JK Pengurusan Bencana Daerah dan Negeri yang berada di dalam kawasan masing-masing tatkala Bencana Berlaku. Saya yakin, jika Majlis Keselamatan Negara melaksanakan audit berkenaan lebih 50% Pengerusi JK Bencana Daerah dan Negeri berCUTI memandangkan musim TENGKUJUH berlaku di setiap hujung tahun!  Perkara ini harus diubah, tetapkan SYARAT musim bencana tiada percutian diluluskan. Mana mungkin mahukan kecekapan 100% jikalau PENGERUSI JK PENGURUSAN BENCANA Setiap Peringkat tiada di kawasan??! Untuk Makluman Pengerusi JK Pengurusan Bencana Negeri adalah Setiausaha Kerajaan Negeri setiap Negeri! Amat tidak adil.

POST MORTEM terhadap KEGAGALAN KOMUNIKASI perlu ditekan dan diberi PERHATIAN SERIUS oleh KEMENTERIAN KOMUNIKASI. Antara MASALAH paling serius ADALAH KEGAGALAN SISTEM KOMUNIKASI RAKYAT DAN AGENSI (TOTAL COLLAPSE) yang perlu DIFIKIRKAN pak MENTERInya. Bukan memberi cadangan yang Lapuk , menongkah arah! 

Ada rakan - rakan memberitahu bahawa Kawasan Cemerlang Urus Banjir, Kawasan   tersebut adalah USAHA STRUKTUR JAWATANKUASA YANG SAMA !!  

Rakyat mahukan Post Mortem Menyeluruh termasuk pemilikan Aset-aset baru, penambahan pegawai di MKN Selaku Urusetia JK Bencana Peringkat Negeri , bukannya Penubuhan Satu Agensi yang baru (TOTAL REVAMP)! 

 Saya percaya sekiranya Kerajaan meluluskan Penubuhan satu agensi yang baru, ianya mungkin lebih teruk kerana ketiadaan pengalaman pengurusan selain Pengurusan Bencana melalui Jawatankuasa-jawatankuasa Pelbagai Agensi adalah mekanisme yang paling baik dipraktikkan bagi urusan bencana namun kesiapsiagaan dan KEUPAYAAN mereka perlu DIPERTINGKATKAN!

Cadangan mewujudkan Jabatan Baru adalah KAEDAH LAPUK KERAJAAN , ada masalah saja , TUBUH AGENSI BARU! 


PENUBUHAN sebuah agensi baru untuk menangani masalah pengurusan bencana banjir seperti dicadang Menteri Komunikasi Shabery Chik merupakan satu cadangan lapuk dan kebelakang, tidak kreatif dan mahu melepas batuk di tangga!




Sunday 8 June 2014

HENTIKANLAH KEMPEN -ASAL BUKAN UMNO ( ABU)




Kempen Asal Bukan UMNO ( ABU ) TIDAK PERNAH lapuk meniti di bibir penyokong Pakatan Rakyat Samada PAS, PKR mahupun DAP. Di setiap kali sesi ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di hujungnya akan munculnya perkataan keramat ASAL BUKAN UMNO oleh para penceramah yang begitu ghairah memujuk..membawa..menarik perhatian para penyokong yang setia mendengar.



Tapi bila aku kenangkan balik..fikir-fikir sejenak..slogan tu aku rasa terlalu kejam untuk aku sokong..untuk aku ikut. Bukan maksudnya aku sokong UMNO 100%..Tapi akal rasional aku ni tak dapat untuk menerima benda yang aku rasa berlawanan dengan prinsip aku berfikir.Betul tak pandangan aku ni..Cuba korang fikirkan.Takkan la tak ade satu pun benda yang UMNO buat ni betul. memanjang salah je setiap masa. Asal UMNO je salah tapi selain UMNO KOMPOM betul. Mcam pelik je. Tidak adil untuk cop parti tersebut berterusan begitu.

Ya..aku paham ade beberap kes yang Pemimpin UMNO yang terlibat dengan skandal mengkayakan kroni di sana sini..Tapi Pakatan Rakyat pun ade yang terlibat dengan salah laku baik dari segi moral peribadi mahupun pentadbiran parti. Dalam UMNO ade juga unit-unit yang banyak bantu masyarakat akar umbi dari segi sokongan sosial dan ekonomi. Kita tak boleh nafikan benda tu. Mengapa kita tak lihat dengan jelas kan..

ASAL UMNO je semua salah.Tapi bila DAP bersuara semua diam membisu. Kemuncak yang aku tak dapat terima bila DAP claim yang kekalahan calon mereka kat Parlimen Teluk Intan adalah sebab PAS. Hudud PAS..Tapi penyokong PAS diam je..Peh..Tak boleh terima beb...Kalau korang boleh terima terpulang kat korang la. Artikel aku ni bukan untuk sokong UMNO.Banyak jugak aku tak puas hati dengan UMNO ni sebenarnya. Tapi aku tak maulah berada dalam keadaan JUMUD pemikiran sepanjang masa. Dunia ni dah berevolusi dengan begitu pantas setiap hari. Begitu jugak dengan gaya pemikiran aku. Takkan lah nak sama sepanjang masa. Kalau sama perkara yang baik tak pe. Ni perkara yang boleh kita persoalkan dan perdebatkan unsur-unsur di dalamnya..Hu.hu.nasib la labu.

Sunday 9 February 2014

TEMPAT MENARIK DI JELEBU


Sempena Tahun Melawat Malaysia yang secara rasminya bermula pada 5 Januari 2014, WW akan menyenaraikan tempat yang menarik yang boleh di lawati di daerah Jelebu. Daerah Jelebu bukanlah satu daerah yang ekonominya tertumpu kepada industri tetapi lebih terarah kepada aktiviti pertanian. Oleh yang demikian konsep pelancongan yang boleh di temui di Jelebu adalah eko pelancongan iaitu pelancongan berasaskan alam semulajadi. Di bawah ini adalah tempat yang menarik boleh anda lawati sekiranya Jelebu menjadi pilihan anda.

1. Makam Moyang Salleh
    


Kurang lengkap lawatan anda ke Jelebu tanpa mengunjungi Makam Moyang Salleh. WW letakkan sebagai tempat pertama yang anda harus lawati kerna sekiranya anda berhasrat untuk mengetahui sejarah awal daerah Jelebu, maklumat di makam ini boleh dijadikan panduan. Sini adalah serba sedikit sejarah Moyang Salleh.

Moyang Salleh adalah Penghulu ke-3 bagi Jelebu, selepas To' Gombak (dari Pagarruyong) dan To' Mentunggang ketika di bawah pemerintahannyalah berlakunya pembunuhan Siamat, anak Orang Kaya Kechil Rembau. Siamat dibunuh dalam tahun 1957 atas arahan Sultan Johor, apabila Orang Kechil Rembau enggan mengahwinkan anaknya Sri Banun dengan baginda Sultan.

Untuk mengelakkan nasib yang sama, Moyang Salleh bersama-sama 4 orang kuatnya, telah datang ke Johor untuk menunjukkan protes terhadap pembunuhan itu. Ketibaan mereka tidak dipedulikan, dan kerana itu mereka telah memutuskan untuk menunjukkan kehebatan mereka bagi menarik perhatian Sultan.

Selama 7 hari 7 malam hujan turun tidak berhenti-henti namun kerana kuasa ajaib Moyang Salleh, tidak setitik pun dari air hujan itu gugur di atas tubuh kelima-lima sahabat ini. Selepas menyaksikan keajaiban itu, Sultan membenarkan mereka berkhemah di beranda istana, namun baginda masih tidak menghiraukan kewujudan mereka. Kelima-lima sahabat ini meneruskan demonstrasi kebolehan mereka, antaranya menggoyangkan pokok kelapa yang tinggi dan kukuh, menggoncang istana, dan mengeluarkan asap dan api dari mulut.

Kagum dengan kebolehan mereka ini, Sultan akhirnya mula memberi perhatian kepada mereka. Hasil perbincangan, akhirnya Moyang Salleh diberikan hak terhadap Jelebu dan membawa pangkat Dato' Mandulika Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu. Secara tidak langsung, terpisahlah Jelebu daripada Johor. Peristiwa ini disebut dalam sejarah sebagai “pembebasan daripada kuasa pegangan Kesultanan Johor”. ( mdj)


2. Masjid Kampung  Dulang




Gambar atas adalah Masjid Kg Dulang yang lama dan yang baru adalah masjid yang ada pada masa sekarang. Masjid ini juga boleh menjadi lokasi pilihan tempat menarik untuk di lawati di Jelebu. Apa yang istimewanya masjid ini? Nampak macam biasa bukan? Tapi untuk pengetahuaan anda, masjid ini merupakan masjid yang tertua di daerah ini. Dibina pada abad ke 16 oleh Dato Nika dan Mudim Khatib Raja iaitu orang muslim dari Minangkabau. Masjid ini dikatakan mendapat nama sempena peristiwa aneh yang berlaku di masjid ini  dimana terdapat sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan yang cukup untuk semuah jemaah. Siapa yang menyediakan makanan tersebut tidak diketahui sehinggalah dulang tersebut ghaib secara tiba-tiba. Masjid yang pada mulanya dibina tanpa menggunakan paku ini juga masih mengekallkan reka bentuk asalnya walaupun terdapat beberapa penambahbaikan.  Untuk peminat sejarah, bolehlah berkunjung ke lokasi ini.


3. Jeram Toi




Lokasi seterusnya adalah Hutan Lipur Jeram Toi. Diletakkan di bawah seliaan Pejabat Hutan Daerah, Lokasi Jeram Toi paling mudah untuk ditemui. Sekiranya anda dari Seremban, perjalanan anda akan melalui bukit tangga, dipenghujung bukit tangga anda akan nampak signboard dikiri jalan yang tertera Hutan Lipur Jeram Toi. Perjalanan dari Seremban memakan masa lebih kurang 30 minit ke lokasi berkenaan. Jeram Toi telah ditemui semasa pemerintahan British dalam tahun 1895. Asal namanya diambilsempena nama To' Batin Toi, seorang ketua puak Orang Asli yang menghuni hutan ini suatu masa dahulu. Mengikut ceritanya, To' Batin Toi seorang pemimpin yang bijaksana hingga berjaya mengalahkan sekumpulan Orang Rawa dari Sumatera Utara yang datang menyerang Jelebu. Musuhnya itu tidak terdaya melawan kerana mabuk akibat termakan buah Perah yang dimasak mentah dan dijamu oleh To' Batin Toi. Apa yang menariknya Jeram Toi ini? keistimewaan lokasi ini ialah air terjunnya yang bertingkat tujuh, mengalir deras dari puncak Gunung Telapak Buruk. Kawasan ini sesuai sekali untuk beriadah bersama keluarga Tempat ini dahulunya tidak sesuai untuk aktiviti mandi mada, tapi selepas pihak pengurusan membuat kepungan, jadilah ia seperti kolam yang sesuai untuk aktiviti tersebut seperti yang anda lihat pada gambar di atas. Maklumat lebih lanjut boleh hubungi Pejabat Hutan Daerah di talian 06-765 9849


4. Hutan Lipur Lata Kijang



Sekiranya anda mahu pengalaman yang lebih mencabar, Hutan Lipur Lata Kijang boleh dimasukkan dalam senarai lokasi wajib dilawat. Untuk info, Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha. Terletak 48 km dari pekan Kuala Klawang dan 78 km dari Seremban, tarikan utama lokasi ini adalah air terjun setinggi 80 meter yang merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan. Juga diletakkan dibawah seliaan  Pejabat Hutan Daerah, produk pelancongan ini menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang serta dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung. Amat sesuai bagi pencinta alam dan para penyelidik berikutan keunikan Hutan Lipur ini  adalah dari sudut spesies tumbuhan-tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain.



5. Titi Eco Farm



Titi Eco Farm Resort juga menarik untuk dikunjungi dengan konsep yang diketengahkan adalah dusun dan tanaman herba.Ladang seluas 30 hektar ini di miliki oleh penduduk tempatan iaitu They Chan dan Lim Mok Lai, ladang berciri alam sekitar ini mempunyai rumah panjang dan ‘chalet’ berkembar yang boleh menampung hingga 100 orang serta dewan serba guna untuk pelbagai aktiviti. Antara produk-produk yang ditawarkan kepada pengunjung adalah tanaman sayuran organik, dusun buahan, taman herba, kolam ikan dan pusat rekreasi. Pelbagai makanan organik turut disediakan, malah pelancong boleh mengikuti aktiviti yang menyihatkan seperti mandian herba, memasak makanan gaya sihat dan bersantai dalam suasana nyaman jauh dari hiruk-pikuk di bandar. Alamat lokasi ini adalah:

Lot 1706, 1708, 1203, 1349, 1916 Sungai Rotan, Glami Lemi, 71650 Jelebu.


Ini antara produk-produk pelancongan yang ditawarkan di daerah Jelebu. Ada banyak lagi sebenarnya. Nanti ada masa WW akan senaraikan lagi. Sementara itu, kepada yang belum mengenali Jelebu, mengunjungi lokasi-lokasi menarik ini boleh membantu anda untuk memahaminya.

 

Wednesday 29 January 2014

MAT SABU CANTAS PRESIDEN PAS...


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan beliau akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang jika calon yang bertanding itu atas tiket Pakatan Rakyat.


Beliau memberitahu, PAS dari sudut Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang masalah siapa yang dicalonkan oleh PKR memandangan kerusi tersebut merupakan milik parti itu.



Kelmarin, mesyuarat Pakatan Rakyat telah memutuskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan bagi mewakili PKR pada PRK Dun Kajang.



Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengarah Pilihraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan PKR.




Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang belum lagi keluarkan statement berkenaan isu pilihanraya kecil di Kajang, Mat Sabu nampaknya lebih terkehadapan..Sebagai timbalan presiden yakni orang no 2 parti, Mat Sabu tidak seharusnya mengeluarkan apa-apa kenyataan hatta kenyataan peribadi. Ini kerana besar implikasinya kepada PAS secara keseluruhan. Masyarakat akan lihat PAS menyokong Pilihanraya Kecil yang langsung tidak bermanfaat dikala rakyat di negara ini dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi dan pelbagai lagi kenaikan harga barang. Kos untuk melaksanakan PRK sekarang dianggarkan sekitar Rm 318 000 hingga 1.3 juta untuk sesebuah PRK. Ada baiknya kos yang sebanyak ini digunakan untuk mengurangkan beban rakyat. Andai Parti Keadilan Rakyat tidak peduli tentang hal ini, PAS janganlah terikut-ikut dengan mereka. PAS kan parti agama yang banyak memperjuangkan tentang halal haram termasuklah pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan UMNO. Tapi bila berlakunya pembaziran dikalangan parti komponen Pakatan Rakyat, takkan nak membisu kot.Mana pendirian PAS?. Bila Mat Sabu keluarkan statement macam ni, secara tak langsung kepimpinan PAS yang lain terpaksa ikut walaupun tidak setuju. Cuma harap-harap Pemuda PAS terus konsisten untuk boikot PRK di Kajang ni la..Apepun tunggu dan lihat untuk sehari dua ni..