Social Icons

Pages

Sunday 17 February 2013

Fadzil Noor kenal masak dengan Anwar Ibrahim

KITA MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MENGAMBIL ISU ANWAR IBRAHIM BUKAN UNTUK TUJUAN MENGANGKAT BELIAU SEBAGAI PERDANA MENTERI TETAPI ATAS DASAR DAN PRINSIP KEADILAN. ANWAR IBRAHIM HARUS DILAYAN DAN DIBICARAKAN SEADIL-ADILNYA. KALAU BELIAU DI PIHAK BENAR, UNDANG-UNDANG HARUS MELEPASKANNYA..NAMUN SEKIRANYA SALAH HUKUMAN MESTI DI JATUHKAN..




Begitulah kenyataan Almarhum Mantan Presiden PAS ke-6, Ustaz Fadzil Noor ketika ditanya oleh pimpinan Dewan Pemuda PAS Selangor ketika berkenaan isu liwat dan rasuah Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Ketika itu ramai di dalam PAS membantah dan keliru dengan tindakan Ustaz Fadzil  mengambil dan menyokong isu Anwar yang telah pun disingkirkan daripada parti dan kerajaan. Ternyata Almarhum bertindak berdasarkan akal fikiran dan bukannya mati hati buta yang meranapkan parti di kemudiaan hari. Ustaz Fadzil mengambil keputusan  untuk membela Anwar Ibrahim atas prinsip keadilan dan bukan untuk tujuan menjadikan mantan Timbalan Perdana Menteri itu sebagai Perdana Menteri di kalangan Pakatan Rakyat ( ketika itu Barisan Alternatif). Almarhum tahu, Anwar tidak mungkin mampu menjadi Perdana Menteri pada saat itu. Pada saat dan ketika beliau dipenjarakan dan tidak lagi menjadi Ahli Parlimen. Ustaz Fadzil faham dengan keinginan penyokong-penyokong PAS yang tidak mahu PAS menjadi alat kepada DAP dan serpihan UMNO (PKR) dalam isu tersebut.

Warisanwizurai bangkitkan isu ini kerana ada pihak yang menyamakan tindakan pimpinan PAS sekarang dengan peranan yang dimainkan oleh Almarhum Ustaz Fadzil pada tahun 1998. Apa yang dilakukan oleh Almarhum ketika itu amat berbeza dan tidak boleh langsung sama sekali disamakan dengan pimpinan PAS sekarang yang secara terang-terangan bertindak mengikut telunjuk DAP dengan bersetuju sebulat suara memilih Anwar menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya menawan Putrajaya.

Ustaz Fadzil kenal benar dengan Anwar Ibrahim semenjak dalam ABIM lagi. Bersama-sama dalam ABIM membuatkan Almarhum tahu segala perilaku bekas TPM dengan jelas. Ustaz Fadzil sendiri dilantik menjadi Presdien ABIM pada tahun 1974 ketika Anwar ditahan di bawah ISA ekoran isu demonstrasi kebuluran di Baling.

Keadaan amat berbeza sama sekali pada hari ni. Kali ini pimpinan PAS amat membisu taktala satu demi satu  kenyataan dari DAP mahupun PKR  yang terang-terangan menolak keputusan Majlis Syura PAS yang tidak mengiktiraf Anwar Ibrahim yang dilanda pelbagai kontroversi menjadi ketua dikalangan mereka. Pastinya mereka yang ada dalam Majlis Syura seperti Ustaz Harun Din, Ustaz Harun Taib dan Ustaz Taib Azamudin telah bertindak sama seperti Almarhum Ustaz Fadzil  yang menolak Anwar secara berhemah.


No comments:

Post a Comment