Social Icons

Pages

Sunday 8 June 2014

HENTIKANLAH KEMPEN -ASAL BUKAN UMNO ( ABU)




Kempen Asal Bukan UMNO ( ABU ) TIDAK PERNAH lapuk meniti di bibir penyokong Pakatan Rakyat Samada PAS, PKR mahupun DAP. Di setiap kali sesi ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat, di hujungnya akan munculnya perkataan keramat ASAL BUKAN UMNO oleh para penceramah yang begitu ghairah memujuk..membawa..menarik perhatian para penyokong yang setia mendengar.



Tapi bila aku kenangkan balik..fikir-fikir sejenak..slogan tu aku rasa terlalu kejam untuk aku sokong..untuk aku ikut. Bukan maksudnya aku sokong UMNO 100%..Tapi akal rasional aku ni tak dapat untuk menerima benda yang aku rasa berlawanan dengan prinsip aku berfikir.Betul tak pandangan aku ni..Cuba korang fikirkan.Takkan la tak ade satu pun benda yang UMNO buat ni betul. memanjang salah je setiap masa. Asal UMNO je salah tapi selain UMNO KOMPOM betul. Mcam pelik je. Tidak adil untuk cop parti tersebut berterusan begitu.

Ya..aku paham ade beberap kes yang Pemimpin UMNO yang terlibat dengan skandal mengkayakan kroni di sana sini..Tapi Pakatan Rakyat pun ade yang terlibat dengan salah laku baik dari segi moral peribadi mahupun pentadbiran parti. Dalam UMNO ade juga unit-unit yang banyak bantu masyarakat akar umbi dari segi sokongan sosial dan ekonomi. Kita tak boleh nafikan benda tu. Mengapa kita tak lihat dengan jelas kan..

ASAL UMNO je semua salah.Tapi bila DAP bersuara semua diam membisu. Kemuncak yang aku tak dapat terima bila DAP claim yang kekalahan calon mereka kat Parlimen Teluk Intan adalah sebab PAS. Hudud PAS..Tapi penyokong PAS diam je..Peh..Tak boleh terima beb...Kalau korang boleh terima terpulang kat korang la. Artikel aku ni bukan untuk sokong UMNO.Banyak jugak aku tak puas hati dengan UMNO ni sebenarnya. Tapi aku tak maulah berada dalam keadaan JUMUD pemikiran sepanjang masa. Dunia ni dah berevolusi dengan begitu pantas setiap hari. Begitu jugak dengan gaya pemikiran aku. Takkan lah nak sama sepanjang masa. Kalau sama perkara yang baik tak pe. Ni perkara yang boleh kita persoalkan dan perdebatkan unsur-unsur di dalamnya..Hu.hu.nasib la labu.

Sunday 9 February 2014

TEMPAT MENARIK DI JELEBU


Sempena Tahun Melawat Malaysia yang secara rasminya bermula pada 5 Januari 2014, WW akan menyenaraikan tempat yang menarik yang boleh di lawati di daerah Jelebu. Daerah Jelebu bukanlah satu daerah yang ekonominya tertumpu kepada industri tetapi lebih terarah kepada aktiviti pertanian. Oleh yang demikian konsep pelancongan yang boleh di temui di Jelebu adalah eko pelancongan iaitu pelancongan berasaskan alam semulajadi. Di bawah ini adalah tempat yang menarik boleh anda lawati sekiranya Jelebu menjadi pilihan anda.

1. Makam Moyang Salleh
    


Kurang lengkap lawatan anda ke Jelebu tanpa mengunjungi Makam Moyang Salleh. WW letakkan sebagai tempat pertama yang anda harus lawati kerna sekiranya anda berhasrat untuk mengetahui sejarah awal daerah Jelebu, maklumat di makam ini boleh dijadikan panduan. Sini adalah serba sedikit sejarah Moyang Salleh.

Moyang Salleh adalah Penghulu ke-3 bagi Jelebu, selepas To' Gombak (dari Pagarruyong) dan To' Mentunggang ketika di bawah pemerintahannyalah berlakunya pembunuhan Siamat, anak Orang Kaya Kechil Rembau. Siamat dibunuh dalam tahun 1957 atas arahan Sultan Johor, apabila Orang Kechil Rembau enggan mengahwinkan anaknya Sri Banun dengan baginda Sultan.

Untuk mengelakkan nasib yang sama, Moyang Salleh bersama-sama 4 orang kuatnya, telah datang ke Johor untuk menunjukkan protes terhadap pembunuhan itu. Ketibaan mereka tidak dipedulikan, dan kerana itu mereka telah memutuskan untuk menunjukkan kehebatan mereka bagi menarik perhatian Sultan.

Selama 7 hari 7 malam hujan turun tidak berhenti-henti namun kerana kuasa ajaib Moyang Salleh, tidak setitik pun dari air hujan itu gugur di atas tubuh kelima-lima sahabat ini. Selepas menyaksikan keajaiban itu, Sultan membenarkan mereka berkhemah di beranda istana, namun baginda masih tidak menghiraukan kewujudan mereka. Kelima-lima sahabat ini meneruskan demonstrasi kebolehan mereka, antaranya menggoyangkan pokok kelapa yang tinggi dan kukuh, menggoncang istana, dan mengeluarkan asap dan api dari mulut.

Kagum dengan kebolehan mereka ini, Sultan akhirnya mula memberi perhatian kepada mereka. Hasil perbincangan, akhirnya Moyang Salleh diberikan hak terhadap Jelebu dan membawa pangkat Dato' Mandulika Menteri Akhir Zaman Sultan Jelebu. Secara tidak langsung, terpisahlah Jelebu daripada Johor. Peristiwa ini disebut dalam sejarah sebagai “pembebasan daripada kuasa pegangan Kesultanan Johor”. ( mdj)


2. Masjid Kampung  Dulang




Gambar atas adalah Masjid Kg Dulang yang lama dan yang baru adalah masjid yang ada pada masa sekarang. Masjid ini juga boleh menjadi lokasi pilihan tempat menarik untuk di lawati di Jelebu. Apa yang istimewanya masjid ini? Nampak macam biasa bukan? Tapi untuk pengetahuaan anda, masjid ini merupakan masjid yang tertua di daerah ini. Dibina pada abad ke 16 oleh Dato Nika dan Mudim Khatib Raja iaitu orang muslim dari Minangkabau. Masjid ini dikatakan mendapat nama sempena peristiwa aneh yang berlaku di masjid ini  dimana terdapat sebuah dulang aneh yang sentiasa berisi makanan yang cukup untuk semuah jemaah. Siapa yang menyediakan makanan tersebut tidak diketahui sehinggalah dulang tersebut ghaib secara tiba-tiba. Masjid yang pada mulanya dibina tanpa menggunakan paku ini juga masih mengekallkan reka bentuk asalnya walaupun terdapat beberapa penambahbaikan.  Untuk peminat sejarah, bolehlah berkunjung ke lokasi ini.


3. Jeram Toi




Lokasi seterusnya adalah Hutan Lipur Jeram Toi. Diletakkan di bawah seliaan Pejabat Hutan Daerah, Lokasi Jeram Toi paling mudah untuk ditemui. Sekiranya anda dari Seremban, perjalanan anda akan melalui bukit tangga, dipenghujung bukit tangga anda akan nampak signboard dikiri jalan yang tertera Hutan Lipur Jeram Toi. Perjalanan dari Seremban memakan masa lebih kurang 30 minit ke lokasi berkenaan. Jeram Toi telah ditemui semasa pemerintahan British dalam tahun 1895. Asal namanya diambilsempena nama To' Batin Toi, seorang ketua puak Orang Asli yang menghuni hutan ini suatu masa dahulu. Mengikut ceritanya, To' Batin Toi seorang pemimpin yang bijaksana hingga berjaya mengalahkan sekumpulan Orang Rawa dari Sumatera Utara yang datang menyerang Jelebu. Musuhnya itu tidak terdaya melawan kerana mabuk akibat termakan buah Perah yang dimasak mentah dan dijamu oleh To' Batin Toi. Apa yang menariknya Jeram Toi ini? keistimewaan lokasi ini ialah air terjunnya yang bertingkat tujuh, mengalir deras dari puncak Gunung Telapak Buruk. Kawasan ini sesuai sekali untuk beriadah bersama keluarga Tempat ini dahulunya tidak sesuai untuk aktiviti mandi mada, tapi selepas pihak pengurusan membuat kepungan, jadilah ia seperti kolam yang sesuai untuk aktiviti tersebut seperti yang anda lihat pada gambar di atas. Maklumat lebih lanjut boleh hubungi Pejabat Hutan Daerah di talian 06-765 9849


4. Hutan Lipur Lata Kijang



Sekiranya anda mahu pengalaman yang lebih mencabar, Hutan Lipur Lata Kijang boleh dimasukkan dalam senarai lokasi wajib dilawat. Untuk info, Hutan Lipur Lata Kijang terletak di Hutan Simpan Kenaboi dengan keluasan 6.47 ha. Terletak 48 km dari pekan Kuala Klawang dan 78 km dari Seremban, tarikan utama lokasi ini adalah air terjun setinggi 80 meter yang merupakan air terjun paling tinggi di Negeri Sembilan. Juga diletakkan dibawah seliaan  Pejabat Hutan Daerah, produk pelancongan ini menyediakan kemudahan penginapan iaitu tapak perkhemahan terdapat 2 zon yang boleh menampung kapasiti seramai 300 orang serta dilengkapi dengan tandas dan dewan serbaguna. Tiada bayaran masuk dikenakan kepada pengunjung. Amat sesuai bagi pencinta alam dan para penyelidik berikutan keunikan Hutan Lipur ini  adalah dari sudut spesies tumbuhan-tumbuhan yang sukar ditemui di tempat lain.



5. Titi Eco Farm



Titi Eco Farm Resort juga menarik untuk dikunjungi dengan konsep yang diketengahkan adalah dusun dan tanaman herba.Ladang seluas 30 hektar ini di miliki oleh penduduk tempatan iaitu They Chan dan Lim Mok Lai, ladang berciri alam sekitar ini mempunyai rumah panjang dan ‘chalet’ berkembar yang boleh menampung hingga 100 orang serta dewan serba guna untuk pelbagai aktiviti. Antara produk-produk yang ditawarkan kepada pengunjung adalah tanaman sayuran organik, dusun buahan, taman herba, kolam ikan dan pusat rekreasi. Pelbagai makanan organik turut disediakan, malah pelancong boleh mengikuti aktiviti yang menyihatkan seperti mandian herba, memasak makanan gaya sihat dan bersantai dalam suasana nyaman jauh dari hiruk-pikuk di bandar. Alamat lokasi ini adalah:

Lot 1706, 1708, 1203, 1349, 1916 Sungai Rotan, Glami Lemi, 71650 Jelebu.


Ini antara produk-produk pelancongan yang ditawarkan di daerah Jelebu. Ada banyak lagi sebenarnya. Nanti ada masa WW akan senaraikan lagi. Sementara itu, kepada yang belum mengenali Jelebu, mengunjungi lokasi-lokasi menarik ini boleh membantu anda untuk memahaminya.

 

Wednesday 29 January 2014

MAT SABU CANTAS PRESIDEN PAS...


PETALING JAYA: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan beliau akan turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang jika calon yang bertanding itu atas tiket Pakatan Rakyat.


Beliau memberitahu, PAS dari sudut Pakatan Rakyat tidak mempunyai sebarang masalah siapa yang dicalonkan oleh PKR memandangan kerusi tersebut merupakan milik parti itu.



Kelmarin, mesyuarat Pakatan Rakyat telah memutuskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan bagi mewakili PKR pada PRK Dun Kajang.



Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Pengarah Pilihraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan beberapa pimpinan PKR.




Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang belum lagi keluarkan statement berkenaan isu pilihanraya kecil di Kajang, Mat Sabu nampaknya lebih terkehadapan..Sebagai timbalan presiden yakni orang no 2 parti, Mat Sabu tidak seharusnya mengeluarkan apa-apa kenyataan hatta kenyataan peribadi. Ini kerana besar implikasinya kepada PAS secara keseluruhan. Masyarakat akan lihat PAS menyokong Pilihanraya Kecil yang langsung tidak bermanfaat dikala rakyat di negara ini dihimpit dengan kos sara hidup yang tinggi dan pelbagai lagi kenaikan harga barang. Kos untuk melaksanakan PRK sekarang dianggarkan sekitar Rm 318 000 hingga 1.3 juta untuk sesebuah PRK. Ada baiknya kos yang sebanyak ini digunakan untuk mengurangkan beban rakyat. Andai Parti Keadilan Rakyat tidak peduli tentang hal ini, PAS janganlah terikut-ikut dengan mereka. PAS kan parti agama yang banyak memperjuangkan tentang halal haram termasuklah pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan UMNO. Tapi bila berlakunya pembaziran dikalangan parti komponen Pakatan Rakyat, takkan nak membisu kot.Mana pendirian PAS?. Bila Mat Sabu keluarkan statement macam ni, secara tak langsung kepimpinan PAS yang lain terpaksa ikut walaupun tidak setuju. Cuma harap-harap Pemuda PAS terus konsisten untuk boikot PRK di Kajang ni la..Apepun tunggu dan lihat untuk sehari dua ni..


Friday 24 January 2014

HILANG SUDAH PERMATA PAS


Al-fatihah buat Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam tadi



Seorang demi seorang PAS kehilangan golongan ulama yang tegas mempertahankan agama Islam dalam medan politik. Satu Kehilangan besar buat parti tersebut dan juga kita umat Islam di Malaysia amnya.




Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya di antara tanda kiamat ialah ilmu (agama) dihilangkan, timbul kejahilan (dalam masalah agama), perzinaan berleluasa, arak banyak diminum, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan menguruskan lima puluh orang perempuan.” (Riwayat Bukhari & Muslim).
Daripada Abdullah bin ‘Amru fin al ‘Ash Rodiyallahu ‘anhuma, aku mendengar Rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam bersabda : Bahawasanya Allah subhanahu wata’ala tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah subhanahu wata’ala menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama’, maka apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan, maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain – (Riwayat Muslim).
Apabila ulama dimatikan, tiada pengganti yang setaraf dengannya untuk menyampaikan ilmu agama. Maka ilmu agama hilang sedikit demi sedikit.
Selain itu ilmu agama dihilangkan kerana tidak ramai yang belajar ilmu agama dan mereka belajar selain daripada ilmu agama kerana bagi mereka ilmu agama tidak dapat menjamin masa depan.



Wednesday 22 January 2014

BILA HARGA KANGKUNG JEPUN NAIK DI PASARAN



Sibuk betul 2 minggu kebelakangan ni. Semua kecoh mengenai kangkung.Sana sini ralit tentang isu kangkung Najib sampaikan dah ada parodi pun. Pandai rakyat amik kesempatan. Lagi pandai para pemimpin Pakatan Rakyat. Happy sungguh depa..





Best betul bila isu ni timbul..Seronok sangat mengenakan orang.. Tup tup isu ini Anwar dihalang masuk Jepun pun meletus. Ha.ha kali ni bukan main happy lagi para penyokong Barisan Nasional...Macam-macam la gelagat diorang muncul kat blog2 depa..





DAN LALU LUPALAH RAKYAT SEKETIKA AKAN HARGA BARANG DAN KOS HIDUP NAIK. NAMPAK TAK PERMAINAN POLITIK DIORANG NI..HA.HA..NASIB KAULAH RAKYAT....



Friday 17 January 2014

TUTUP GIAT MARA: GERAKAN HALUS MENGHAPUSKAN EKONOMI BUMIPUTERA?



Dalam tempoh 1966-1990, peranan dan sumbangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) amat besar dalam membangunkan masyarakat bumiputera. Dalam tempoh tersebut, MARA berjaya melatih seramai 32, 164 belia bumiputera melalui sistem IKM ( Institut Kemahiran Mara) dan melatih seramai 7655 pelatih bumiputera di bawah program Pusat Giat Mara (PGM). Dalam pada itu, MARA berjaya mengeluarkan seramai 15,744 pelajar cemerlang dalam bidang akademik di bawah sistem MRSM. Bahagian Pelajaran komersial pula berjaya mengeluarkan seramai 3,291 pelajar dalam kursus teknologi maklumat dan perakaunan. Di samping itu juga MARA berjaya menaja seramai 44,055 pelajar Bumiputera dalam pelbagai bidang kursus di institusi pengajiaan tinggi samada di dalam dan luar negeri.

Sesungguhnya, tidak dapat di nafikan sumbangan MARA ini telah berjaya menarik Bumiputera keluar daripada kepompong KEMISKINAN sejak sekian lama. Usaha MARA tidak terhenti setakat peringkat pengajian lepasan sekolah sahaja malah lebih daripada itu.Universiti Teknologi Mara (UiTM) umpamanya telah memperkenalkan Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB) dengan menawarkan Bumiputera yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk memohon pengecualian Yuran Pengajian bagi melanjutkan pengajian menerusi mod fleksibel iaitu secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau Pengajian Luar Kampus (PLK) di peringkat Sarjana Muda. Usaha ini adalah satu bentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) Universiti Teknologi MARA bagi memberi ruang kepada lebih ramai golongan Bumiputera yang bekerja untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

Suka ataupun tidak, kita harus mengakui sumbangan besar MARA dalam membantu golongan bumiputera untuk terus berdaya saing serta membuka jalan meningkatkan taraf hidup dalam pelbagai sektor ekonomi di negara ini. Melihat kepada apa yang MARA telah lakukan kepada bumiputera, tergamakkah kita untuk menghentikan usaha yang telah dibina sejak sekian lama?. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu arahan penutupan Pusat Giat Mara di Selayang Selangor oleh kerajaan negeri seperti surat di bawah:



Memang benar isu di atas adalah serius yang mana Pusat Giat MARA Selayang telah didirikan dan beroperasi tanpa kebenara di atas tanah kerajaan negeri. Tapi tiada usahakah oleh kerajaan negeri itu sendiri mengarahkan Pusat Giat MARA berkenaan memohon Lesen Pendudukan Sementara (LPS) umpamanya ataupun melupuskan tanah tersebut dengan cara memberi hak milik kepada Giat MARA demi untuk meneruskan operasi mereka.? Senang bukan.. nama pun Goverment to Government..tapi sayang, realitinya perkara ini tidak berlaku terhadap isu berkenaan. Sebelum ini kita dicanagkan dengan kehebatan Ketua Kerajaan Negerinya yang terkenal kerana kejayaannya membawa balik syarikat perladangan negara Kumpulan Guthrie Bhd. (Guthrie) dari  London dalam satu projek yang diberi nama Projek ‘Serbuan Waktu Subuh (Dawn Raid). Tapi sukar untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah seperti ini. Pelik bukan?. Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali berikutan tindakan kerajaan negeri terhadap Pusat Giat MARA Sabak Bernam yang menutup pusat berkenaan dengan hasilnya seperti di bawah:

Pusat Giat MARA Kampung Merbau Berdarah menjadi Port Penagih Dadah sejak penutupannya dua tahun lepas.

Kita tidak mahu polimik ini berterusan apatah lagi di sebuah negeri yang mana ketua kerajaan negerinya adalah seorang Melayu Bumiputera  Kita juga tidak mahu adanya Ketua kerajaan yang tidak tegas dalam membuat keputusan apabila menerima tekanan hebat dan meneruskan sikap berdolak dalih beliau dalam menguruskan isu berkenaan Bumiputera.



Ini bukan isu politik. Jauh sekali menyalahkan pengurusan kerajaan negeri yang diwakili oleh gugusan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP yang berjaya mendapat mandat daripada rakyat pada pilihanraya yang lalu. Rakyat tidak peduli sekiranya kerajaan samada pusat ataupun negeri mahu berpolitik. Politiklah sampai dunia mahu kiamat sekalipun. Tetapi, apabila berbangkitnya isu berkenaan kebajikan rakyat dan hak bumiputera, silalah tangani dengan kewarasan akal. Walau apapun alasannya, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk mempertahankan apa yang telah dilaksanakan sejak sekian lama. 

Kita marah taktala kenaikan harga barang dan sara hidup melambung tinggi kebelakangan ini sehinggakan isu KANGKUNG yang hanya merupakan satu simbolik yang diberikan oleh Perdana Menteri dipermainkan dengan begitu hebat di pelbagai media massa sejak seminggu yang lepas. Kita menyalahkan kerajaan Pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional mengenai kenaikan harga barang ini. Sambil itu beberapa pihak menyakinkan rakyat bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah, kenaikan barang dan kos hidup tidak akan berlaku mengikut acuan dan formula yang mereka kemukakan. Tapi hanya satu persoalan mudah..bolehkah kita MENGHARAPKAN mereka membantu kita sedangkan masalah pemilikan tanah Giat MARA pun sukar untuk diselesaikan? Tepuk dada, lihat ke dalam sedalam dalamnya..



Saturday 4 January 2014

TIPS BERJIMAT UNTUK PELAJAR UNIVERSITI

Huh..memang perit bilamana kenaikan harga barang sukar sekali untuk dibendung. Jika kenaikan kos sara hidup ini membebankan rakyat malaysia yang bekerja apetah lagi bagi pelajar universiti. Sudah tentu kesan kenaikan barang ini amat meresahkan golongan-golongan ini. Memang betul sukar kita hendak menyelesaikan dan menangani kenaikan kos hidup, tetapi apa yang pelajar-pelajar boleh buat adalah mengubah gaya hidup mengikut perubahan ekonomi negara. Di sini dikongsikan antara tips-tips yang boleh diambil oleh para pelajar:


1. GUNAKAN KAD PELAJAR ANDA


kad pelajar merupakan senjata yang paling penting dan amat berguna dalam usaha anda untuk menyimpan wang. Dengan kad pelajar, anda boleh gunakan untuk membeli makanan, membeli buku, menaiki pengangkutan awam seperti LRT hatta untuk berhibur seperti menonton wayang dan bermain boling. Jadi sebagai pelajar universiti, sentiasa bawa kad pelajar anda. Bayangkan berapa banyak penjimatan yang anda boleh dapat. Nak-nak sekarang ni dah ade kad siswa 1 Malaysia.Siapa kata jadi pelajar universiti tak boleh nak berhibur? kalau kena gayanya banyak manfaat boleh dapat tau.


2. MEMPELBAGAIKAN KAEDAH PEMBELAJARAN


haa..bab ni kegemaran aku masa studi kat universiti dulu. Aku boleh jimat hampir 70% untuk buku dan nota rujukan. Al maklum lah harga buku rujukan kat universiti ni rata-rata RM 50 dan ke atas. Itu untuk satu subjek. Aku dulu mostly satu semester 18 jam kredit. Maksudnya ade 6 subjek yang aku amik setiap semester. RM 50 x 6 berapa? tak pokai aku dibuatn ya.. So photostalah buku-buku rujuan tuh. dapatlah separuh harga. So daripada RM 300 aku hanya belanja RM 120  je untuk buku-buku rujukan. Tapi pandai-pandai la ye. Jangan sampai kantoi dengan lecturer pulak. Kadang-kadang,  lagi kurang kos untuk buku rujukan sebab aku pinjam je dengan senior2. So, buat baiklah dengan mereka ye..hu.hu. Kalau nak jimatkan ink printer pulak, aku buat nota aku kecik-kecik supaya jimat page time nak print. Ink catridge pulak aku beli masa ade pc fair. Dapatlah murah daripada harga biasa.

3. JIMATKAN KREDIT TELEFON ANDA


Telefon memang penting la. Nak call emak ayah kat kampung, lecturer dan makwe pakwe. Pelajar-pelajar universiti sekarang ni untung. Dulu memang payah nak jimat kredit telefon ni. paling kurang pun guna public phone. Dapat murahlah sikit..Sekarang ni memang kompom boleh jimat. Korang guna la internet untuk buat panggilan.Banyak dah sekarang software yang provide call free macam skype, wechat. Tak pun untuk korang yang bercouple tu, korang chat je..jimat tau. Pahala pun boleh dapat sebab kurangkan bercakap. suara perempuan ni aurat tau.he.he

4. GUNA PENGANGKUTAN AWAM



Ini paling penting..kalau harga makanan naik, kita boleh kawal lagi macam masak sendiri kat rumah sewa. Tapi bab harga minyak naik ni memang menangis beb. Aku yang dah kerja ni pun naik LRT je. Keta aku, parking cantik2 kat rumah. Terasa tau bila harga minyak naik. Naik 20 sen start bulan september 2013 tempoh hari memang aku rasa upset tau. Umpanya,  kalau dulu isi minyak RM 10, naik la satu jarum kat meter tuh. Sekarang ni isi RM 13 baru naik satu jarum.Tengok betapa besarnya perbezaanya. So sebagai pelajar, gunakanlah pengangkutan awam ye. Kalau rasa destinasi yang nak ditujui tu dekat, jalan kaki je bro..Duit jimat badan pun mantap. Kalau boleh kurangkan perjalanan yang tak perlu. Andai nak juga guna motorsikal. Cari yang jimat minyak seperti skuter ke..enjin 4 lejang ke..

5. ELAK BELI TELEFON MAHAL


Sekarang ni telefon pintar memang panas kat pasaran. Setiap hari ade je model baru yang keluar. Harga pun boleh tahan jugak. Kebanyakkanya RM 1000 keatas. Sebagai pelajar, kalau boleh tahan la nafsu berbelanja korang ni. Memang rambang mata tengok macam-macam jenis telefon yang ade kat pasaran. Berbulu je mata bila tengok orang lain beli. Tapi  korang masih boleh pakai telefon pintar yang harga dalam RM 500 je tau. Cari la telefon pintar yang menawarkan fungsi dan aplikasi yang sama dengan telefon jenama terkenal. Ala, android ni pusing-pusing situ jugak software dia. Yang bezakan jenama telefon tu je..Haaa..gambar kat atas ni, telefon yang aku guna. Aku promote sikit la..Aku guna jenama Ninetology, keluaran syarikat Malaysia(yang tengah tu RM 590 je aku beli). Mantap la aplikasi dia..Berbaloi dengan harga yang aku bayar.


Inilah serba sedikit tips berjimat untuk pelajar univeristi yang boleh aku kongsikan. So..pelajar-pelajar universiti sekalian, kenaikan harga barang dan kos hidup ni memang perit. Tapi kita masih boleh gembirakan diri kita sebagai remaja  dengan menyesuaikan gaya hidup mengikut kemampuan diri dan situasi ekonomi semasa. PILIHAN DI TANGAN ANDA. JADILAH PELAJAR YANG BIJAK!