Melihat dari sudut perkataan M.A.H.A.S.I.S.W.A, sebenarnya ia terdiri oleh 2 suku kata iaitu maha yang membawa maksud besar dan berkuasa; dan siswa yang merujuk pada sekelompok pelajar atau penuntut
di institusi pengajian tinggi.
Dr. Zuhdi bin Marzuki (Univ.Malaya, 2001) mendifinisikan mahasiswa
sebagai suatu kelompok pelajar yang yang berada dalam peringkat paling tinggi
dalam sistem pendidikan formal sesebuah negara. Penggemblingan tenaga kelompok
ini berteraskan daya keintelektualan yang bersifat idealis untuk mencapai
matlamat yang digagaskan bersama, selaras dengan kedudukan mereka di menara
puncak ilmu.
Persoalan pokok yang hendak diutarakan disini apakah mahasiswa yang ada pada masa sekarang mempunyai daya keintelektualan yang tinggi yang dapat membezakan diantara perjuangan menuju puncak menara ilmu ataupun puncak kepuasan tidak terbatas sesetengah individu?
Masih tidak teringatkah para mahasiswa saat pertama kali mendapat surat tawaran menyambung pelajaran ke institusi yang lebih tinggi.?
Saat gembiranya hati si ayah dan ibu bilamana anak yang dibesarkan selama ini bakal meniti masa depan yang gemilang. Masa depan yang dahulunya tidak dapat dikecapi oleh mereka kini dapat disambung oleh sianak kiranya. Rata-rata si ibu dan si bapa melontarkan azimat keramat
" min belajarlah rajin-rajin, abah tiada harta yang hendak diberikan..Hanya didikan dan pelajaran yang mampu menjamin engkau. Abah tak kisah bergolak bergadai asalkan engkau berjaya"
Jawab Si anak dengan linangan air mata..
" Insyaallah abah,mak, min takkan lupa pesanan mak abah. Min nak belajar betul-betul. Dapat kerja nanti min nak belikan abah motosikal baru. Nak buatkan mak rumah cantik-cantik"
Apakah yang ada dalam pemikiran sianak tika saat itu ketagihan melakukan demonstrasi? tika saat itu melupakan kelas semata-mata menyertai perhimpunan memperjuangkan sesuatu yang tidak pasti? TIDAK SAMA SEKALI
Kemudiaan sianak yang bergelar mahasiswa melangkah masuk kealam kampus.Alam universiti yang terlalu indah diperkatakan. Masuk la sianak dalam pelbagai persatuaan dan kegiatan universiti. Dari seorang yang naif, sianak berkembang maju. Jawatan Presiden dan AJK persatuaan disandang dengan cemerlang. Lontaran suara-suara sianak keatas teman sekampus dan pentadbiran universiti mula kedengaran. Akan ada lontaran suara menunjukkan ketidakpuashatiaan terhadap pengurusan universiti. HEP zalim, AUKU zalim serta Pilihanraya Kampus kotor menjadi siulan sianak. Lupalah sianak dengan buku-bukunya sehingga meninggalkan kelas dengan alasan tugas persatuaan yang terlalu banyak.
Kesempatan ini diambil oleh pihak luar yang bernafsu tinggi. Menggunakan mahasiswa demi kepentingan peribadi. Diajaklah sianak memberontak dengan gaya dan skala yang bakal diinggati. Demonstrasi menjadi maggi sebagai pengganti. Bertempurlah sianak dengan anggota polis yang sebaya dengan Ibu dan Bapanya. Langsung lupalah dengan ucapan keramat sianak terhadap si ibu dan sibapa..
Begenang air mata si ibu taktala melihat dikaca television kelibat sianak yang gagah menyertai himpunan raksasa seolah tiada hari esok. Tercapaikah impiannya menikmati rumah baru seperti yang dijanjikan sianak sebelum melangkah ke alam universiti?
Ingatlah para mahasiswa, kekalkanlah matlamat dihati yakni mencapai puncak tertinggi ke menara ilmu. Sememangnya terdapat banyak permasalahan dalam pentadbiran negara.Negara sedang berkembang maju seiring peredaran zaman. Keberangkaliaan untuk negara tandus dilanda kontroversi dan isu amatlah mustahil.Namun itulah resam hidup yang mesti ditempuhi. Andai masih tidak berpuas hati, habiskan pengajiaanmu dan belajarlah setinggi-tingginya. Sampai saat itu, taktala kuasa dan jawatan sudah berada digengaman teruskanlah hajat mu menukar apa yang perlu.
No comments:
Post a Comment