Social Icons

Pages

Saturday 9 February 2013

KERUSI ITU BUKAN KAU YANG PUNYA !!!

Umum telah mengetahui bekas timbalan Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bachok, Ustaz Nasharudin Mat Isa telah dipecat dari menganggotai Majlis Syura Ulama pada 13 Januari yang lalu. Kerusi Parlimen Bachok juga hangat di perkatakan seiring dengan pemecatan Nasharudin dalam Majlis Syura PAS apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat membuat kenyataan:






"Nasharudin Mat Isa tidak disenaraikan sebagai calon Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 . Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan," 


Bab Pemecatan Nasharudin dan Parlimen Bachok kita tinggalkan dulu. Sebabnya Ustaz Nasha dah bagi kenyataan "Sekurang-kurangnya satu daripada tanggungjawab selama ini tidak lagi perlu dipikul selepas pilihan raya umum akan datang. Menjadi calon bukan agenda besar bagi saya dan bagi saya juga sama ada kita dicalonkan atau tidak, segala tugas yang diamanahkan hendaklah ditunaikan dengan baik" 

Tapi yang jadi persoalan sekarang ni siapa yang akan bertanding di kerusi panas tersebut pada PRU 13 ni. Kalau calon dari PAS memang tak jadi masalah. Memang kerusi tersebut sejak dari dulu lagi memang menjadi milik PAS. Warisanwizurai menyokong penuh calon tersebut mesti datang dari PAS. Kemenangan PAS di Kelanatan pun adalah disebabkan kekuatan jentera parti tersebut. Seandainya PAS sendiri yang bertanding di negeri Kelantan pun tiada masalah untuk menang tanpa mengharapkan bantuan rakan pakatan lain.



agak-agak kalau kerusi macam ni orang berebut tak?


Tapi Warisanwizurai diberitahu oleh sahabat-sahabat dari Kelantan, Parlimen Bachok dah panas sekarang ni. Kemungkinan untuk berlaku perebutan menjadi calon diantara PKR dan PAS makin kelihatan yang mana kedua-dua parti tersebut giat turun padang dengan harapan kerusi tersebut diperuntukan kepada mereka nanti.

Sejak tahun lepas lagi dah bergolak pasal Bachok ni bilamana  PKR Kelantan dikatakan telah mengemukakan formula cadangan agar kerusi Parlimen Machang yang kini dimilikinya ditukar dengan Bachok yang menjadi milik PAS. Bulan puasa tahun lepas PKR Kelantan telah menghantar surat cadangan itu kepada Perhubungan PAS Negeri. Kerusi parlimen Machang yang disandang Saifudin Nasution dilihat tidak begitu memberi keselesaan pada PKR.

Pada bulan puasa  tahun lepas juga, Timbalan Pesuruhjaya Pas III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, 


“Saya difahamkan namanya (Nasharudin) tidak disebut-sebut oleh Pas cawangan Bachok bagi menjadi calon PRU13 kelak, tetapi saya tidak pasti (perkara) selanjutnya,” 



Aduhai janganlah macam ni. PRU semakin hampir kot. PAS kena tetap pertahankan Parlimen Bachok agar jadi milik mereka. Tiada guna laksanakan sistem barter kalau tidak beri sebarang keuntungan kepada PAS. Asyik nak mengalah je dengan orang lain. Asyik tolak ansur je lama-lama ditolak secara beransur-ansur baru tahu. Kepimpina PAS Negeri Kelantan kena buat satu keputusan yang tepat, kalau pun tidak dapat selesaikan isu Nasharudin, selesaikan isu Bachok ni. please....kerusi yang dah sah-sah boleh menang nak bagi kat orang buat pa.biaq pi la depa..




No comments:

Post a Comment