Social Icons

Pages

Monday 8 July 2013

RAMADHAN BUKAN PESTA MAKANAN



Esok ( 10 Julai 2013) umat Islam diseluruh dunia akan menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan suci umat Islam yang mendatangkan seribu satu ganjaran dan keistimewaan kepada hamba-hambaNya  yang beriman. Umat Islam disarankan agar sedaya upaya merebut ganjaran yang ditawarkan oleh Allah SWT yang tidak terdapat dalam bulan-bulan yang lain.


Sebenarnya kebanyakkan daripada kita faham serta tahu mengenai fadilat bulan Ramadhan.Tetapi ramai juga yang buat-buat tidak faham tentang kehadiran bulan yang mulia ini. Senario yang berlaku di Malaysia apabila tibanya Ramadhan adalah makanan. Persiapan penyediaan juadah berbuka puasa adalah yang paling menjadi keutamaan berbanding lain-lain faktor. Hotel-hotel, pelbagai jenis restoran mengambil "tanggungjawab" memenuhi keinginan pelanggan. Buffet Ramadhan menjadi mekanisme utama dalam memenuhi kantung poket   mereka. Serendah RM 20 sudah mampu mengisi nafsu makan, membangkitkan selera perut yang berlapar sejak dari terbit fajar. Artikel berkaitan ramadhan, teguran kepada sikap umat islam dalam menyambut bulan mulia ini juga telah acap kali diterbitkan dan disiarkan di media massa. Jadi anda bagaimana? tepuk dada tanya iman...