Social Icons

Pages

Monday 18 March 2013

SYARAT-SYARAT MEMILIH PEMIMPIN DALAM ISLAM





Petikan twitter diatas daripada seorang pemimpin mahasiswa yang agak popular dalam senario politik sekarang.WW tak mahu komen lebih-lebih tapi  WW cenderung untuk menjawab persoalan yang dikemukakan..



Dalam Al-Quran telah dinyatakan dan digambarkan tentang konsep kepimpinan dalam islam yang mana perkataan Khalifah dan imam merupakan istilah yang paling sesuai untuk umat manusia seperti maksud ayat berikut:

" ingatlah sesungguhnya kepada Tuhanmu berfirman kepada malaikat. 
Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi"

( Al-Baqarah, ayat 30)


Dalam hidup bermasyarakat melantik pemimpin adalah satu kewajipan umat Islam seperti dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

" Jika kamu bertiga , maka lantiklah salah seorang menjadi ketua"

Kepimpinan dalam islam meliputi urusan dunia dan akhirat. Pemimpin Islam perlu insaf dan menyedari bahawa setiap tanggungjawab akan di persoalkan bukan sahaja di dunia, malah diakhirat. Walaubagaimanapun kepatuhan kepada pemimpin dalam islam adalah bersyarat yang mana seseorang itu tidak perlu patuh malah wajib engkar sekiranya pemimpinnya menyeleweng atau melakukan perkara yang melanggar perintah Allah S.W.T

Kriteria Pemilihan Pemimpin Menurut Perspektif Islam

Seperti yang telah dipersekati oleh para ulama, pemilihan pemimpin berdasarkan syariat Islam mestilah menjerumus kepada beberapa aspek ini:

  1. Muslim, akil baligh dan lelaki -kanak-kanak yang belum dewasa tidak boleh jadi pemimpin begitu juga wanita yang mempunyai sekatan atau halangan dalam pergaulan seperti menjaga aurat dan keadaan fizikalnya
  2. Adil dalam melaksanakan hak-hak Allah-tidak menyalahi kitab Allah S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W. Ini bermaksud pemimpin perlu bertakwa dengan tidak meninggalkan solat dan kewajipan menunaikan zakat puasa dan mengerjakan haji serta berupaya menahan diri daripada melakukan perkara yang melanggar batas syarak.
  3. Berilmu dan Menguasai serta mengamalkan ilmu fardhu ain
  4. Beradab mengikut akhlak islam supaya mampu menjadi contoh teladan- Pemimpin perlu sentiasa mempunyai sifat-sifat mahmudah seperti jujur, ikhlas, istiqamah dan bertaqwa. Sentiasa memastikan kebersihan jiwa dan rohani serta menyelidik dan memeriksa segala keaiban dan kelemahan sendiri.
Kepimpinan dalam masyarakat mempunyai dua kelompok iaitu pemimpin dan yang dipimpin. Secara logik akal orang yang dipilh menjadi pemimpin biasanya memiliki kualiti yang lebih baik daripada orang yang dipimpin. Islam menilai martabat insan berasaskan amal manusia yang berbentuk fardhu ain serta fardhu kifayah.

Konsep kepimpinan Barat dan dengan kepimpinan Isalam adalah sangat berbeza sekali. 

KEPIMPINAN ISLAM ADALAH AMANAH KETUHANAN (DIVINE TRUST) yang merangkumi urusan duniawi-ukhrawi dengan dua peranan utama iaitu memelihara agama dan mengurus dunia.

Manakala Kepimpinan barat  hanya menjerumus kepada URUSAN DUNIAWI-UKHRAWI. Kepimpinan barat tidak menekankan kepada konsep pengurusan duniawi semata-mata tanpa memikirkan kesan disebalik   apa  yang akan berlaku pada moral manusia pada masa akan datang.

Kesimpulannya disini, menyokong dan memilih pemimpin bukan setakat pandai menguruskan aset negara semata-mata tetapi juga mempunyai akhlak mengikut syarat Islam yang mana bakal menjamin kepada kestabilan aklhak masyarakat yang dipimpinya kemudian hari. MAHUKAH KITA MELIHAT MALAYSIA MAJU DALAM SEMUA BIDANG.MENANG BOLA SEPAK PIALA DUNIA, MEMPUNYAI BANGUNAN PENCAKAR LANGIT PALING TINGGI DIDUNIA. KUASA EKONOMI ASIA SERTA DUNIA, MEMPUNYAI PERDANA MENTERI YANG HEBAT SERTA MEMPUNYAI SISTEM KETAHANAN DAN PERSENJATAN YANG AMAT CANGGIH...

Tapi..pada masa yang sama generasi yang lahir mengikut acuan pemimpinnya..ZINA BERLELUASA, ANAK TDAK BERBAPA..MAHUKAH KITA?



1 comment: