Firman Allah SWT di dalam surah Al-An’aam ayat 108:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu menghina apa yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa ilmu pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Dia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”
Ayat ini jelas menyatakan satu pendidikan kepada orang yang ingin berdakwah kepada agama Allah SWT dengan tidak melakukan tindakan yang tidak ada faedah dalam mencapai tujuan dakwa. Tidak kira samada dalam tujuan apa sekalipun Islam tidak mengajar umatnya mencemuh atau mengejek agama lain kerana dikuatiri mereka akan membalas penghinaan tersebut. Namun sekiranya mereka melanggari hak-hak kita sebagai orang Islam maka hendaklah kita mempertahankan demi kemulian dan kehormatan umat Islam.
Baru-baru ni, Zulkifli Nordin yang merupakan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Baru dan juga pemimpin utama PERKASA telah mengeluarkan satu kenyataan menghina agama Hindu dengan berkata :
1. Penganut hindu menyembah tuhan mereka yang hanya diperbuat daripada batu.
2. Kedai jualan patung Tuhan kepada penganut Hindu turut dilanda banjir, menunjukkan Tuhan mereka juga tidak mampu menghalangnya.
3. Tuhan hindu dijual murah berikutan rosak akibat kena air banjir
Di Malaysia tiada rekod orang ataupun sukar untuk kita mendengar orang Islam menghina agama Kristian, Buddha dan Hindu. Tetapi orang Cina Malaysia seperti Chua Soi Lek dari MCA menghina Islam dengan berkata hukum hudud menyebabkan ekonomi akan merosot dan kita kembali ke zaman primitif, Karpal Singh menghina Islam dengan berkata Hukum Hudud dalam Islam adalah tidak adil dan orang India seperti Samy Velu menghina Islam dengan kenyataanya kerajaan BN boleh bagi jalanraya, Quran boleh bagi apa?. Adakah Zulkifli Nordin ingin termasuk dalam kumpulan ini?
Firman Allah SWT di dalam surah al-Maidah ayat 54:
Maksudnya : “Wahai orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu yang murtad, maka Allah akan datangkan suatu kaum yang Ia kasihi dan mereka juga kasihkan-Nya mereka bersifat lemah-lembut terhadap orang yang beriman dan tegas terhadap orang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah, dan mereka tidak takut celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; kerana Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Meliputi Pengetahuan-Nya .”
Berdakwah ada pelbagai cara yang mampu menarik minat masyarakat seperti Ustaz Azhar Idrus dengan gaya selamba dan slang Terengganu yang pekat serta Ustaz Haslin Baharin yang dikenali sebagai Ustaz Bollywood kerana kaedah penyampaian yang sering membaca doa mengikut rentak lagu irama Bollywood.Kedua pendakwah ini berjaya menarik minat masyarakat untuk datang mendengar mereka berceramah.
Mungkin dalam keghairan menghentam pemimpin PAS menyebabkan dia terleka bagaimana caranya untuk berdakwah sehingga berani ataupun dengan sengaja memperlekehkan agama lain. Mungkin juga dia semakin tidak relevan sebagai ahli politik?
Apa matlamat Zulkifli mengeluarkan kenyataan tersebut? Penat kepimpinan UMNO terutama Dato Seri Najib melaungkan konsep wasatiyah. Sana sini diadakan forum menerangkan tentang konsep wasatiyah dalam masyarakat Islam yang hidup dalam persekitaran masyarakat majmuk.
Tapi kalau begini caranya pemimpin PERKASA berkerja..bakal mengundang padah kepada UMNO.Mungkin sekarang ini pemimpin UMNO amat gelisah dengan isu yang dibawa oleh Zulkifli Nordin ni. Ingat PERKASA boleh bantu UMNO.Tapi ternyata sudah ZUL DAN PERKASA IBARAT BOLA TANGGUNG kepada UMNO selama ini.. UMNO harus fikirkan cara lain yang lebih berhemah selepas ini.
No comments:
Post a Comment