Social Icons

Pages

Sunday, 24 March 2013

MAYAT TU PARTI APA?



Di sebuah rumah  di utara tanah air, penghuninya, Rahman sedang bersiap melakukan persediaan menyambut  jenazah ayahnya yang akan tiba dari sebuah hospital. Ayahnya, almarhum Pak Dollah meninggal akibat kegagalan buah pinggang dan stroke semenjak terlantar di hospital dua minggu lepas.Suasana rumah sangat sugul dan muram. Sanak saudara telah mula berkumpul sejak jam 9 pagi lagi. Tepat jam 11.30 pagi jenazah tiba dengan van jenzah hospital seraya diletakkan di ruang tamu. Zainal, rakan karib Rahman yang juga penduduk kampung  bertanya kepada Rahman

" man..dah panggil pak imam belum?"

" dah.dah.. tadi aku dah suruh anak aku panggil Imam Mail"

" aik? jauhnya..Imam Zaki selang 5 buah rumah je..nape tak panggil dia?"

" tak pe..aku dh suruh anak aku dah.."

Zainal hairan dengan sikap Rahman. Mengapa tidak dipanggil sahaja Imam Zaki yang tinggal berdekatan dengan rumahnya daripada Imam Mail yang tinggal di kampung sebelah.Persoalan yang bermain difikiran terbantut apabila Rosli anak si Rahman muncul dan seraya berkata kepada ayahnya.

" Ayah, Imam Mail tak ade kat rumah. dia pergi ke rumah anaknya di Kuala Lumpur"

Mendengar kata-kata si Rosli, Zainal terus memberi cadangan.

" Kalau macam tu Rosli, kau panggil jelah Imam Zaki "

Cadangan tersebut dibantah keras oleh Rahman.

" Tak payah !..kalau panggil bukan nak datang pun dia.nanti aku suruh kawan aku panggil imam dari luar"

Zainal diam tidak berkata apa-apa dengan bangkangan rakannya itu. Sejenak dia berfikir mencari jawapan, akhirnya baru dia faham. Imam Zaki orang parti Hijau manakala si Rahman dari parti Biru..Rasanya menjadi satu kesalahan untuk orang dari parti berlainan menguruskan hal  orang dari parti berlawanan.

Setelah 4 jam menunggu Imam yang dikatakan ingin dibawa oleh kawan Rahman tidak kunjung tiba. Sanak saudara semakin resah. Zainal orang yang paling tidak sabar.

" Nal..mana imam kau ni.dah lama jenazah Pak Dollah terbiar ni..panggil je la Imam Zaki tu"

" tak pe.kejap lagi sampai la imam tu.kau jangan menyibuk"

Zainal mengundurkan diri dari tempat jenazah dan pergi ke hadapan untuk menyertai sekumpulan penduduk kampung di bawah pokok..Geram dengan perangai si Rahman. Sampai sekarang pun masih lagi mementingkan soal kepartiaan. Gamaknya dia lebih rela melihat jenazah ayahnya terbiar lama daripada diuruskan oleh pihak dari parti berlawanan.

Setelah hampir 5 jam berlalu dan imam yang ditunggu tidak kunjung tiba, Rahman tidak dapat menunggu lagi. Jenazah ayahnya diuruskan.Disempurnakan pengebumiannya. Doa terus dibaca olehnya sendiri walaupun talkin tidak sempat dilakukan.Selesai lah sudah jenazah Pak Dollah disempurnakan.Pulanglah mereka ke rumah.Tidak lama kemudiaan, sebuah kereta wira masuk ke halaman rumah Rahman. Dari perut kereta, keluar seorang lelaki berpakaian putih dan bertanya sesuatu kepada Rahman.

" Encik saya dari pihak Hospital. Datang untuk ambil kain yang buat tutup jenazah"

" kain apa ye..saya rasa tak nampak la kain yang encik maksudkan"

Rahman hairan dengan apa yang diminta oleh lelaki tersebut. Seingat dia tiada kain seumpama itu sejak jenaza ayahnya tiba. 

" Encik Rahman, kain tu warna putih buat tutup jenazah. Kami kena ambil balik"

Rahman semakin binggung..

" Kain Putih? Tutup jenazah? Bukan ke pihak hospital dah sempurnakan urusan memandikan jenazah? yang ada kain kapan tu je la.takkan nak ambil balik kot?"

" eh..pihak hospital belum sempurnakan lagi urusan memandikan jenazah tu. kami terus bawak ke sini untuk waris uruskan" ujar lelaki tersebut.

"Astagfirullah..bermakna jenazah ayah saya belum dimandikan la.." mengucap panjang Rahman. Jenazah ayahnya tidak disempurnakan lagi mengikut hukum Islam.




Keadaan bertambah gamat. Dengan pertolongan penduduk kampung, Rahman mengali semula kubur ayahnya. Benarlah kata lelaki dari hospital tersebut. Jenazah ayahnya belum dimandikan seperti selayaknya.Apabila kain putih yang membalut tubuh ayahnya dibuka, jelas ketara kain pelikat biru ditubuh ayahnya. Jenazah ayahnya belum dimandikan dan dikapankan sebagai seorang Islam.

Rahman kalut dan binggung.Mengapa langsung dia tidak perasan hal tersebut. Zainal yang ikut  serta menggali semula kubur Pak Dollah kelu seribu bahasa. Dia Juga tidak menyangka begini jadinya keatas jenazah Pak Dollah.

Beginilah jadinya akibat sikap taksub kepada parti..Pihak yang disini ego dan tidak mahu membiarkan jenazah diuruskan oleh Imam yang berlawanan parti. Manakala pihak disana bersikap semborona dan tidak gemar melawat penduduk kampung yang meninggal dunia sekiranya simati bukan dari parti mereka.BUKANKAH MENGURUSKAN JENAZAH ADALAH FARDHU KIFAYAH? 


catatan dari sebuah kisah benar

No comments:

Post a Comment