" Pak aji pilihanraya nak dekat ni..tak tau la nak undi siapa nanti" tanya seorang anak muda yang baru pertama kali mengundi kepada seorang imam kampungnya.
"oh.panduan dia senang sahaja. mula-mula sekali pilihla Parti yang ditubuhkan atas dasar Islam.ada asas perjuangan menegakkan hukum Islam didalam wadah perjuangan parti tersebut" jawab pak aji
" tu je ke pak aji"? tanya pemuda tersebut
" itu yang pertama.keduanya pilih calon Melayu islam ataupun islam.Sekiranya yang bertanding itu islam dan bukan islam.pilihlah calon islam" jawab pak aji lagi
" kalau macam tu macam PAS je yang ade kaitan dengan pak aji sebutkan tu?" tanya anak muda itu lagi
" sudah tentunya. Kalau kamu nak tau sejarah sudah membuktikan..Pas sentiasa diwakili oleh ulama atau professional islam sejak dari awal parti ni bertanding" terang pak aji.
" ok terima kasik pak aji. saya dah dapat gambaran dah apa yang saya nak undi nanti"
Imam tersebut telah membantu membuka jalan dan memberi panduan kepada seorang pemuda yang baru pertama kali akan mengundi pada pilihanraya Umum ke 13 yang bakal tiba. Anak muda tersebut seorang yang rasional tetapi masih tercari-cari pihak yang boleh diangkat sebagai pemimpin. Benar..media alternatif merupakan medium yang sentiasa di guna, dilihat dan dinilai oleh anak muda tersebut tetapi diakhir sekali anak muda tersebut akan pergi kepada seseorang yang dirasakan layak memberi hujah dan panduan dalam mencari jawaapan kepada persoalan tersebut. Lalu pergilah anak muda tersebut kepada ustaz, tok imam, ketua kampung atau sesiapa yang dirasakan layak. Tapi apa akan jadi taktala..
Serba salah la si ustaz dan tok imam untuk menjawab apa kepada si anak muda sekiranya anak muda itu datang kembali pabila pilihanraya sudah ditentukan tarikhnya dan calon yang bertanding sudah dikeluarkan namanya. DAN PAS...calon tersebut ADALAH DILUAR KONSEP PENERANGAN tok imam kepada anak muda tersebut. Konsep yang selama ini di pegang dengan penuh jitu oleh pemimpin terdahulu.
Fikirkanlah..ataupun kita cenderung memilih seperti ini..
No comments:
Post a Comment