Dewan Undangan Negeri Sembilan tamat hari ini, Rabu, 27 Mac 2013. Untuk tempoh sehingga 60 hari yang akan datang, Negeri Sembilan bakal diperintah secara kerajaan sementara ataupun caretaker government. Tamatlah sudah tempoh 5 tahun Barisan Nasional memerintah di negeri beradat ini. Puas hati atau tidak perkhidmatan yang diberikan sepanjang tempoh memerintah, biarlah rakyat yang menentukan. Undi menjadi saksi pada Pilihanraya Umum ke 13 yang tidak kunjung-kunjung tiba ini.Dewan undangan Negeri Sembilan mengangkat sumpah pada 27 Mac 2008, maka, kerajaan negeri terbubarlah dengan secara automatik pada hari ini, Rabu, 27 Mac 2013 dan mulai hari Khamis, 28 Mac 2013, kerajaan Negeri Sembilan diperintah secara kerajaan sementara. Tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya bagi Negeri Sembilan ialah 27 Mei 2013.
Keadaan sekarang agak begitu asing sekali.Asing disini bermaksud inilah pertama kalinya sejak Malaysia merdeka Dun terbubar secara automatik berikutan tarikh pilihanraya tidak dapat ditetapkan oleh kerajaan memerintah. Sana sini orang bercakap mengenai siapa yang akan perintah Negeri Sembilan dalam kerajaan sementara ini. Ok rilek..berdasarkan apa yang berlaku di Negeri Sembilan ini, kerajaan sementara ini yang akan mengambil alih sementara menunggu pilihanraya. Boleh jadi dan layak untuk kerajaan yang sedia ada sebelum DUN bubar yakni Barisan Nasional yang akan jadi caretaker government dengan mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Apa itu kerajaan sementara? Ok..kerajaan sementara dalam konsep Malaysia adalah satu bentuk kerajaan yang memiliki kuasa untuk memerintah secara sementara dan tempoh pemerintahan itu amat pendek. Sebagai contoh berdasarkan situasi sekarang, kerajaan Sementara di Negeri Sembilan akan memerintah selama 60 hari sahaja memandangkan tarikh akhir untuk mengadakan pilihan raya bagi Negeri Sembilan ialah 27 Mei 2013.
JADI APA PERANAN KERAJAAN SEMENTARA? ok WW tak nak komen dari sudut perundangan kerana berdasarkan pengalaman dan amalan, yang ikut perundangan orang tak cenderung nak ikut. orang lebih suka ikut sistem amalan berkurun lamanya ni. Ok jadi inilah peranan kerajaan sementara berdasarkan rasional dan konsep amalan yang telah diamalkan.
1. TIDAK BOLEH MEMBUAT KEPUTUSAN BESAR ATAU DASAR NEGARA
2. TIDAK BOLEH SAMA SEKALI MELIBATKAN PENJAWAT AWAM DALAM KEMPEN
PILIHANRAYA - Yakni membantu parti memerintah
3. ADUN ATAU WAKIL RAKYAT PARTI PEMERINTAH TERDAHULU
( di Negeri Sembilan BN) HARUS DIHENTIKAN BAYARAN ELAUN DAN GAJI
MEREKA- memandangkan mandat sudah habis.
4. SEBARANG PERLANTIKAN JAWATAN PENTING DALAM KERAJAAN HENDAKLAH
DIELAKKAN
5. KONTRAK-KONTRAK BESAR TIDAK BOLEH DITANDATANGANI SAMA SEKALI
haa..tu antara peranan yang sepatutnya dimainkan oleh kerajaan sementara.Tapi berdasarkan amalan, semua main langgar je kan...
No comments:
Post a Comment