Social Icons

Pages

Tuesday 19 June 2012

SAMPAI MATI, DAP TIDAK MEREDHAI PERJUANGAN ISLAM

"DAP tidak berhak melarang perjuangan PAS untuk terus mengangkat dan memertabatkan Islam sebagai Dasar Perundangan. Apa yang mereka benci sangat dengan perundangan kita? Jikalau itu keputusan DAP, ianya tidak sama sekali mematahkan semangat Barisan Alternatif untuk terus bergerak ke depan." 







Begitulah kenyataan bekas Presiden PAS, Almarhum Ustaz Fadzil Noor mengenai tindakan DAP yang menghalang matlamat PAS untuk menubuhkan konsep Negara Islam di Malaysia. DAP juga ketika itu (tahun 2000) menghalang pimpinan PAS daripada melaksanakan perundangan islam di  negara ini sekiranya memerintah. Bagi Almarhum Ustaz Fadzil Noor, PAS tidak akan sesekali berkompromi dengan pihak yang berniat untuk menghalang pelaksanaan syariat islam.

Begitulah tindakan tegas Pemimpin sebuah parti Islam di Malaysia yang matlamatnya cuma untuk menegakkan agama Allah di negara ini. Namun itu cerita 12 tahun dahulu.Ketika PAS merupakan parti dominan dalam Barisan Alternatif ( sekarang Pakatan Rakyat). Ketika itu juga perjuangan PAS yang konsisten terhadap isu Islam amat-amat dihormati oleh masyarakat.

Bagaimana dengan PAS pada era kini? Sebenarnya masih terdapat pemimpin yang mewarisi amanat perjuangan Almarhum Ustaz Fadzil Noor. Namun perjuangan mereka terbuang dan terhalang dek kerakusan anasir luar yang mempengaruhi kepimpinan ulama PAS. Seandainya Ustaz Fadzil Noor masih hidup..semua perkatra ini tidak akan terjadi. Tidak akan pemimpin yang memperjuangkan islam dilayan seperti, "Bagai Melukut Ditepi Gantang". 



PAS mampu berdiri atas kaki sendiri


Menantikan PAS seperti 12 tahun dulu. Akan tibakah saat itu?





No comments:

Post a Comment