Social Icons

Pages

Friday 15 June 2012

NUKLER IRAN SATU PROPAGANDA?



Sejauh manakah Projek Pembangunan Nuklear Iran mengamcam kestabilan dunia dan Amerika sehinggakan negara pengeluar minyak tersebut menerima pelbagai kecaman dan sekatan ekonomi daripada Amerika dan EU?

Program Nuklear Iran sebenarnya sudah wujud sejak zaman pemerintahan beraja, Shah Jehan lagi. Ketika itu Iran merupakan sekutu kuat Amerika yang ketika itu menerima pelbagai bantuan dan pembiayaan negara Polis Dunia itu sendiri. Justeru itu Amerika sebenarnya sudah arif untuk mengenal pasti kekuatan projek pembangunan nuklear Iran. Persoalan disini adakah siri perselisihan faham antara Amerika dan Iran hanya sandiwara kedua negara tersebut untuk menyerang negara-negara arab yang lain?

Konflik dan pergaduhan antara Iran dan Amerika akan terus menjadi propaganda barat sebagai strategi halus menyerang keamanan dunia islam. Faktanya disini:

Semasa kempen menentang Taliban di Afghanistan  pada tahun 2002, Iran telah bertindak membantu Amerika dan Britain. Perkara ini turut diakui oleh Presiden Afghanistan sendiri Hamid Karzai sehinggakan satu persepsi meluas telah tersebar " Jikalau tidak kerana Iran, Afghanistan tidak jatuh ketangan Amerika"



No comments:

Post a Comment