Social Icons

Pages

Sunday, 1 July 2012

KESESAKAN DI KUALA PILAH..PERLU PERHATIAN SEWAJARNYA


LALUAN dari Jalan Bahau melalui Kuala Pilah sehingga ke Bukit Putus sememangnya sudah lazim dikaitkan dengan laluan sesak dengan kenderaan terutama pada musim perayaan, musim cuti sekolah, tidak terkecuali pada hujung minggu. Laluan ini menjadi pilihan utama bagi pengguna yang hendak ke Jempol dan Kuantan serta antara laluan utama penduduk tempatan untuk ke Seremban dan Kuala Lumpur. Negara sudah hampir 55 tahun merdeka.Namun begitu pembangunan yang perlahan di Kuala Pilah berbanding daerah lain di Negeri Sembilan amat mendukacitakan.



Kuala Pilah mempunyai Ahli Parlimen yang memegang portfolio Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, malangnya posisi itu seolah-olah tidak memberi sebarang keistimewaan dan keuntungan kepada penduduk setempatnya. Masyarakat Kuala Pilah perlu melakukan perubahan dan tidak sepatutnya terus membiarkan daerah mereka tertinggal dari arus pembangunan. SESUATU PERLU DILAKUKAN. BAGAIMANA? JAWAPAN DITANGAN ANDA

daerah berdaulat

No comments:

Post a Comment