Social Icons

Pages

Friday, 24 January 2014

HILANG SUDAH PERMATA PAS


Al-fatihah buat Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam tadi



Seorang demi seorang PAS kehilangan golongan ulama yang tegas mempertahankan agama Islam dalam medan politik. Satu Kehilangan besar buat parti tersebut dan juga kita umat Islam di Malaysia amnya.




Daripada Anas r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya di antara tanda kiamat ialah ilmu (agama) dihilangkan, timbul kejahilan (dalam masalah agama), perzinaan berleluasa, arak banyak diminum, ramai kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki sehingga nantinya seorang lelaki akan menguruskan lima puluh orang perempuan.” (Riwayat Bukhari & Muslim).
Daripada Abdullah bin ‘Amru fin al ‘Ash Rodiyallahu ‘anhuma, aku mendengar Rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam bersabda : Bahawasanya Allah subhanahu wata’ala tidak mencabut (menghilangkan) ilmu itu sekali gus dari dada manusia, tetapi Allah subhanahu wata’ala menghilangkan ilmu dengan mematikan alim ulama’, maka apabila sudah ditiadakan alim ulama’, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka, apabila pemimpin jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan, maka mereka sesat dan menyesatkan orang yang lain – (Riwayat Muslim).
Apabila ulama dimatikan, tiada pengganti yang setaraf dengannya untuk menyampaikan ilmu agama. Maka ilmu agama hilang sedikit demi sedikit.
Selain itu ilmu agama dihilangkan kerana tidak ramai yang belajar ilmu agama dan mereka belajar selain daripada ilmu agama kerana bagi mereka ilmu agama tidak dapat menjamin masa depan.



Wednesday, 22 January 2014

BILA HARGA KANGKUNG JEPUN NAIK DI PASARAN



Sibuk betul 2 minggu kebelakangan ni. Semua kecoh mengenai kangkung.Sana sini ralit tentang isu kangkung Najib sampaikan dah ada parodi pun. Pandai rakyat amik kesempatan. Lagi pandai para pemimpin Pakatan Rakyat. Happy sungguh depa..





Best betul bila isu ni timbul..Seronok sangat mengenakan orang.. Tup tup isu ini Anwar dihalang masuk Jepun pun meletus. Ha.ha kali ni bukan main happy lagi para penyokong Barisan Nasional...Macam-macam la gelagat diorang muncul kat blog2 depa..





DAN LALU LUPALAH RAKYAT SEKETIKA AKAN HARGA BARANG DAN KOS HIDUP NAIK. NAMPAK TAK PERMAINAN POLITIK DIORANG NI..HA.HA..NASIB KAULAH RAKYAT....



Friday, 17 January 2014

TUTUP GIAT MARA: GERAKAN HALUS MENGHAPUSKAN EKONOMI BUMIPUTERA?



Dalam tempoh 1966-1990, peranan dan sumbangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) amat besar dalam membangunkan masyarakat bumiputera. Dalam tempoh tersebut, MARA berjaya melatih seramai 32, 164 belia bumiputera melalui sistem IKM ( Institut Kemahiran Mara) dan melatih seramai 7655 pelatih bumiputera di bawah program Pusat Giat Mara (PGM). Dalam pada itu, MARA berjaya mengeluarkan seramai 15,744 pelajar cemerlang dalam bidang akademik di bawah sistem MRSM. Bahagian Pelajaran komersial pula berjaya mengeluarkan seramai 3,291 pelajar dalam kursus teknologi maklumat dan perakaunan. Di samping itu juga MARA berjaya menaja seramai 44,055 pelajar Bumiputera dalam pelbagai bidang kursus di institusi pengajiaan tinggi samada di dalam dan luar negeri.

Sesungguhnya, tidak dapat di nafikan sumbangan MARA ini telah berjaya menarik Bumiputera keluar daripada kepompong KEMISKINAN sejak sekian lama. Usaha MARA tidak terhenti setakat peringkat pengajian lepasan sekolah sahaja malah lebih daripada itu.Universiti Teknologi Mara (UiTM) umpamanya telah memperkenalkan Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB) dengan menawarkan Bumiputera yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk memohon pengecualian Yuran Pengajian bagi melanjutkan pengajian menerusi mod fleksibel iaitu secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau Pengajian Luar Kampus (PLK) di peringkat Sarjana Muda. Usaha ini adalah satu bentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) Universiti Teknologi MARA bagi memberi ruang kepada lebih ramai golongan Bumiputera yang bekerja untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

Suka ataupun tidak, kita harus mengakui sumbangan besar MARA dalam membantu golongan bumiputera untuk terus berdaya saing serta membuka jalan meningkatkan taraf hidup dalam pelbagai sektor ekonomi di negara ini. Melihat kepada apa yang MARA telah lakukan kepada bumiputera, tergamakkah kita untuk menghentikan usaha yang telah dibina sejak sekian lama?. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu arahan penutupan Pusat Giat Mara di Selayang Selangor oleh kerajaan negeri seperti surat di bawah:



Memang benar isu di atas adalah serius yang mana Pusat Giat MARA Selayang telah didirikan dan beroperasi tanpa kebenara di atas tanah kerajaan negeri. Tapi tiada usahakah oleh kerajaan negeri itu sendiri mengarahkan Pusat Giat MARA berkenaan memohon Lesen Pendudukan Sementara (LPS) umpamanya ataupun melupuskan tanah tersebut dengan cara memberi hak milik kepada Giat MARA demi untuk meneruskan operasi mereka.? Senang bukan.. nama pun Goverment to Government..tapi sayang, realitinya perkara ini tidak berlaku terhadap isu berkenaan. Sebelum ini kita dicanagkan dengan kehebatan Ketua Kerajaan Negerinya yang terkenal kerana kejayaannya membawa balik syarikat perladangan negara Kumpulan Guthrie Bhd. (Guthrie) dari  London dalam satu projek yang diberi nama Projek ‘Serbuan Waktu Subuh (Dawn Raid). Tapi sukar untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah seperti ini. Pelik bukan?. Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali berikutan tindakan kerajaan negeri terhadap Pusat Giat MARA Sabak Bernam yang menutup pusat berkenaan dengan hasilnya seperti di bawah:

Pusat Giat MARA Kampung Merbau Berdarah menjadi Port Penagih Dadah sejak penutupannya dua tahun lepas.

Kita tidak mahu polimik ini berterusan apatah lagi di sebuah negeri yang mana ketua kerajaan negerinya adalah seorang Melayu Bumiputera  Kita juga tidak mahu adanya Ketua kerajaan yang tidak tegas dalam membuat keputusan apabila menerima tekanan hebat dan meneruskan sikap berdolak dalih beliau dalam menguruskan isu berkenaan Bumiputera.



Ini bukan isu politik. Jauh sekali menyalahkan pengurusan kerajaan negeri yang diwakili oleh gugusan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP yang berjaya mendapat mandat daripada rakyat pada pilihanraya yang lalu. Rakyat tidak peduli sekiranya kerajaan samada pusat ataupun negeri mahu berpolitik. Politiklah sampai dunia mahu kiamat sekalipun. Tetapi, apabila berbangkitnya isu berkenaan kebajikan rakyat dan hak bumiputera, silalah tangani dengan kewarasan akal. Walau apapun alasannya, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk mempertahankan apa yang telah dilaksanakan sejak sekian lama. 

Kita marah taktala kenaikan harga barang dan sara hidup melambung tinggi kebelakangan ini sehinggakan isu KANGKUNG yang hanya merupakan satu simbolik yang diberikan oleh Perdana Menteri dipermainkan dengan begitu hebat di pelbagai media massa sejak seminggu yang lepas. Kita menyalahkan kerajaan Pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional mengenai kenaikan harga barang ini. Sambil itu beberapa pihak menyakinkan rakyat bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah, kenaikan barang dan kos hidup tidak akan berlaku mengikut acuan dan formula yang mereka kemukakan. Tapi hanya satu persoalan mudah..bolehkah kita MENGHARAPKAN mereka membantu kita sedangkan masalah pemilikan tanah Giat MARA pun sukar untuk diselesaikan? Tepuk dada, lihat ke dalam sedalam dalamnya..



Saturday, 4 January 2014

TIPS BERJIMAT UNTUK PELAJAR UNIVERSITI

Huh..memang perit bilamana kenaikan harga barang sukar sekali untuk dibendung. Jika kenaikan kos sara hidup ini membebankan rakyat malaysia yang bekerja apetah lagi bagi pelajar universiti. Sudah tentu kesan kenaikan barang ini amat meresahkan golongan-golongan ini. Memang betul sukar kita hendak menyelesaikan dan menangani kenaikan kos hidup, tetapi apa yang pelajar-pelajar boleh buat adalah mengubah gaya hidup mengikut perubahan ekonomi negara. Di sini dikongsikan antara tips-tips yang boleh diambil oleh para pelajar:


1. GUNAKAN KAD PELAJAR ANDA


kad pelajar merupakan senjata yang paling penting dan amat berguna dalam usaha anda untuk menyimpan wang. Dengan kad pelajar, anda boleh gunakan untuk membeli makanan, membeli buku, menaiki pengangkutan awam seperti LRT hatta untuk berhibur seperti menonton wayang dan bermain boling. Jadi sebagai pelajar universiti, sentiasa bawa kad pelajar anda. Bayangkan berapa banyak penjimatan yang anda boleh dapat. Nak-nak sekarang ni dah ade kad siswa 1 Malaysia.Siapa kata jadi pelajar universiti tak boleh nak berhibur? kalau kena gayanya banyak manfaat boleh dapat tau.


2. MEMPELBAGAIKAN KAEDAH PEMBELAJARAN


haa..bab ni kegemaran aku masa studi kat universiti dulu. Aku boleh jimat hampir 70% untuk buku dan nota rujukan. Al maklum lah harga buku rujukan kat universiti ni rata-rata RM 50 dan ke atas. Itu untuk satu subjek. Aku dulu mostly satu semester 18 jam kredit. Maksudnya ade 6 subjek yang aku amik setiap semester. RM 50 x 6 berapa? tak pokai aku dibuatn ya.. So photostalah buku-buku rujuan tuh. dapatlah separuh harga. So daripada RM 300 aku hanya belanja RM 120  je untuk buku-buku rujukan. Tapi pandai-pandai la ye. Jangan sampai kantoi dengan lecturer pulak. Kadang-kadang,  lagi kurang kos untuk buku rujukan sebab aku pinjam je dengan senior2. So, buat baiklah dengan mereka ye..hu.hu. Kalau nak jimatkan ink printer pulak, aku buat nota aku kecik-kecik supaya jimat page time nak print. Ink catridge pulak aku beli masa ade pc fair. Dapatlah murah daripada harga biasa.

3. JIMATKAN KREDIT TELEFON ANDA


Telefon memang penting la. Nak call emak ayah kat kampung, lecturer dan makwe pakwe. Pelajar-pelajar universiti sekarang ni untung. Dulu memang payah nak jimat kredit telefon ni. paling kurang pun guna public phone. Dapat murahlah sikit..Sekarang ni memang kompom boleh jimat. Korang guna la internet untuk buat panggilan.Banyak dah sekarang software yang provide call free macam skype, wechat. Tak pun untuk korang yang bercouple tu, korang chat je..jimat tau. Pahala pun boleh dapat sebab kurangkan bercakap. suara perempuan ni aurat tau.he.he

4. GUNA PENGANGKUTAN AWAM



Ini paling penting..kalau harga makanan naik, kita boleh kawal lagi macam masak sendiri kat rumah sewa. Tapi bab harga minyak naik ni memang menangis beb. Aku yang dah kerja ni pun naik LRT je. Keta aku, parking cantik2 kat rumah. Terasa tau bila harga minyak naik. Naik 20 sen start bulan september 2013 tempoh hari memang aku rasa upset tau. Umpanya,  kalau dulu isi minyak RM 10, naik la satu jarum kat meter tuh. Sekarang ni isi RM 13 baru naik satu jarum.Tengok betapa besarnya perbezaanya. So sebagai pelajar, gunakanlah pengangkutan awam ye. Kalau rasa destinasi yang nak ditujui tu dekat, jalan kaki je bro..Duit jimat badan pun mantap. Kalau boleh kurangkan perjalanan yang tak perlu. Andai nak juga guna motorsikal. Cari yang jimat minyak seperti skuter ke..enjin 4 lejang ke..

5. ELAK BELI TELEFON MAHAL


Sekarang ni telefon pintar memang panas kat pasaran. Setiap hari ade je model baru yang keluar. Harga pun boleh tahan jugak. Kebanyakkanya RM 1000 keatas. Sebagai pelajar, kalau boleh tahan la nafsu berbelanja korang ni. Memang rambang mata tengok macam-macam jenis telefon yang ade kat pasaran. Berbulu je mata bila tengok orang lain beli. Tapi  korang masih boleh pakai telefon pintar yang harga dalam RM 500 je tau. Cari la telefon pintar yang menawarkan fungsi dan aplikasi yang sama dengan telefon jenama terkenal. Ala, android ni pusing-pusing situ jugak software dia. Yang bezakan jenama telefon tu je..Haaa..gambar kat atas ni, telefon yang aku guna. Aku promote sikit la..Aku guna jenama Ninetology, keluaran syarikat Malaysia(yang tengah tu RM 590 je aku beli). Mantap la aplikasi dia..Berbaloi dengan harga yang aku bayar.


Inilah serba sedikit tips berjimat untuk pelajar univeristi yang boleh aku kongsikan. So..pelajar-pelajar universiti sekalian, kenaikan harga barang dan kos hidup ni memang perit. Tapi kita masih boleh gembirakan diri kita sebagai remaja  dengan menyesuaikan gaya hidup mengikut kemampuan diri dan situasi ekonomi semasa. PILIHAN DI TANGAN ANDA. JADILAH PELAJAR YANG BIJAK!

Monday, 30 December 2013

KENAIKAN KOS HIDUP.SALAH SIAPA?


Khalifah Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz
“Berapakah banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?”
Anaknya menjawab “40 ribu dinar (wang emas).”
Abu Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?”
Anaknya menjawab “ 4 dinar, kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”


Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor.
Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab
Fatimah “Aku basuh insyaAllah.”
Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata
“Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin.
Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada
satu.”

Situasi di atas adalah gaya hidup dan corak pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Pemerintahan beliau pada masa tersebut amat disenangi dan menjadi tauladan oleh rakyat di bawahnya.


Sementara itu...






Ketika rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup, disuruh berjimat, disuruh itu ini, lain pula halnya dengan situiasi-situasi diatas.Ya benar, elaun-elaun exco dan wakil rakyat sudah lama tidak dikaji. Ada yang tidak mengalami kenaikan sejak tahun 2006 lagi. Tapi kenaikan pada kali ini mengundang rasa marah rakyat kepada kerajaan. Kerajaan dilihat memewahkan para pemimpin dikala rakyat terus dicengkam dengan kegelisahan dek himpitan beban meneruskan kelangsungan hidup.

Kerajaan sering membandingkan situasi Malaysia dengan negara luar khususnya di Asia Tenggara setiap kali kenaikan harga barang berlaku di negara ini. Untuk makluman, harga barangan di Malaysia masih murah dibandingkan dengan Singapura, tetapi perlu dibandingkan juga jurang perbezaan pendapatan bulanan rakyat negara kita berbanding dengan rakyat negara jiran di selatan kita dengan contoh, gaji seorang guru secara puratanya mencecah 6,000 SGD (RM24,000) sebulan! Gaji pokok seorang kerani biasa di Singapura mencecah 1,000 SGD (RM2,400) sebulan belum lagi dicampur elaunnya, berbanding gaji pokok seorang kerani biasa di Malaysia sekitar RM900 sebulan. Dicampur pelbagai elaun, dapatlah sekitar RM1,400 sebulan. Itu belum lagi kalau dikemukakan hujah bahawa negara kita adalah negara pengeluar yang kaya dengan pelbagai hasil bumi dan sumber asli

Berbalik mengenai situasi kenaikan elaun wakil rakyat..Adakah rakyat disini boleh dikendurkan amarahnya saat mengetahui pemimpin atasan tidak sepeka mana dalam memahami denyut nadi rakyat? Bolehkan rakyat yang ada di Malaysia ini setenang rakyat di zaman Kahalifah Umar Abdul Aziz?

Rakyat disuruh sabar dan menerima apa sahaja momokan daripada kerajaan sehinggakan ada pihak yang mengatakan kalau tidak suka dengan kerajaan, boleh keluar dari Malaysia. Apakah perkara ini buat rakyat makin tenang?


Cuma usaha terakhir yang rakyat boleh lakukan adalah berdoa dan berserah kepada Allah S.W.T moga dipermudahkan segalanya..

sebagaimana firman Allah SWT, “Dan pasti Kami menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan, dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah: 155)

Monday, 23 December 2013

BAHAYA BUDAYA IKUT IKUTAN

Proses perkembangan tamadun manusia pada zaman ini berlangsung begitu pesat sekali. Berbanding 10 tahun yang lepas, pembangunan manusia dari pelbagai sudut amat membanggakan dan menggerunkan dari segi implikasinya. Fesyen, gaya hidup dan teknologi adalah tiga perkara utama yang menjadi tunjang kepada ketamadunan sesebuah zaman itu diukur. Perkembangan ataupun evolusi fesyen umpamanya berkembang pesat ke serata dunia. Setiap hari, sesetengah orang tertentu berlumba-lumba untuk menjadi trend-setter ( pencipta trend) agar menjadi ikutan kepada orang ramai. Namun begitu, sikap ikut-ikutan ini sangat bahaya yang mana sikap ini jika tidak diuruskan secara baik dan berlandaskan pegangan akidah islam akan mengakibatkan seseorang itu mengikut sikap ahli neraka yang mana bakal terjerumus sekali kedalamnnya. 
Firman Allah S.W.T:
Ketika orang-orang yang diikuti itu berlepas daripada orang-orang yang mengikutinya, dan mereka melihat seksa. Pada hari itu, segala hubungan terputus antara mereka. Dan berkatalah orang-orang yang mengikuti, 'Seandainya kami dapat kembali (ke dunia), pasti kami akan melepaskan diri daripada mereka, sebagaimana mereka melepaskan diri daripada kami.'

"Demikianlah Allah SWT memperlihatkan kepada mereka amal perbuatan mereka menjadi sesalan bagi mereka. Dan sekali-kali mereka tidak akan keluar dari api Neraka." (Surah al-Baqarah 2: 166-167)

Amalan bertindik merupakan satu amalan yang mula menjadi trend remaja masakini. Kebiasaan masyarakat Melayu di Malaysia sejak dahulu mengenali amalan bertindik ini hanya terbatas di bahagian telinga. Namun, masa merubah segala dengan perkembangan teknologi dan pengaruh budaya luar membuatkan semakin ramai yang bertindik di bahagian selain dari telinga, seperti di pusat, lidah, bibir dan kening. Malah ianya sudah mula melarat kepada golongan lelaki. Cuba lihat gambar diatas..Apa bezanya di antara lelaki muslim ini dengan pemuda dari negara barat? lelaki tersebut menggayakan suatu bentuk fesyen yang tidak luput ditelan zaman yakni mencucuk anggota badan dengan niat untuk mencantikkan wajah dan menggamit perhatiaan ramai walhal terang terangan islam menyatakan bahawa hukum bertindik bagi  lelaki adalah HARAM.

Berdasarkan kepada hadis Nabi SAW riwayat al-Bukhari dari Ibnu Abbas mengatakan:“Nabi SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki. “Pendapat ini juga disokong oleh Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitab karangan beliau Tuhfatul Muhtaj yang mana beliau mengharuskan tindik itu bagi perempuan dan haram bagi lelaki . Kononnya atas alasan fesyen..cuba la buat macam gambar di bawah ni..baru la fesyen habis..berani atau tidak wahai lelaki yang bertindik?
alang-alang berfesyen..ambik...


Tidak sah andai tidak menyebut mengenai gaya bertudung yang menjadi suatu fenomena pada hari ini. Tudung Bawal, Tudung Mawi, Tudung Fareeda, Tundung Waheeda, Tudung Noorjuma antara jenama yang mencuri perhatiaan khususnya di Malaysia. Bagus bila ada gaya tudung macam ni. Disamping cantik, boleh menarik wanita-wanita diluar sana untuk menutu aurat. Namun begitu, bertudung biarlah berpada. tidak mahu digayakan seperti ini..
Jenama tudung Bonggol Unta

Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, 

"Dua golongan daripada ahli neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitu kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lemmbu memukul manusia dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah. Kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka (dua golongan) ini tidak akan masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya, sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian."
[HR Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat]

dan

"Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid, Wanita-wanita mereka (isteri atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (berpakaian nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita), terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu, laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat."
[HR Ahmad, jil. 2, ms 223]

serta

"Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka di dunia: golongan yang membawa cemeti seperti ekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti telanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada sesuatu seperti bonggol do kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini."
[HR Muslim. Hadith no. 212]

Jelas dan nyata hadis diatas..sebenarnya gaya tudung seumpama ini mempunyai masa depan yang cerah untuk diangkat ke industri perfileman yang boleh melangkaui sempadan filem Hollywood dalam kategori filem sains fiksyen.umpamanya seperti ini....

Gaya hidup atau kaedah bersosial juga perlu diberi perhatiaan dikalangan muda mudi khususnya muslim pada hari ini. Budaya ikut-ikutan dalam merencana aktiviti sosial turut melanda umat islam masa kini tanpa ada usaha untuk mencari fakta sebenar di sebalik apa yang dilaksanakannya..Sebagai contoh..semangat berpersatuan dan memperjuangkan ideologi politik yang menjadi kegemaran golongan muda mudi hari ini.

Semangat pemuda ini tanpa mengetahui apa yang dipakainya..

Topeng ’Guy Fawkes’ 

Guy Fawkes (13 April 1570 – 31 January 1606), also known as Guido Fawkes, the name he adopted while fighting for the Spanish in the Low Countries, was a member of a group of provincial English Catholics who planned the failed Gunpowder Plot of 1605.Fawkes was born and educated in York. His father died when Fawkes was eight years old, after which his mother married a recusant Catholic. Fawkes later converted to Catholicism and left for the continent, where he fought in the Eighty Years' War on the side of Catholic Spain against Protestant Dutch reformers.

Topeng ’Guy Fawkes’ yang sering dipakai di Malaysia ketika ini bermaksud seperti membawa /menyebarkan ideolagi kristianisasi barat. ‘Guy Fawkes’ merupakan seorang revolusioner Kristian yang menentang Raja James 1 untuk memastikan pemerintahan Monarki Kristian dan penguasaan gereja semula dalam masyarakat Eropah.  ‘Guy Fawkes’ juga merupakan seorang misionari Kristian yang membantu penyebaran agama itu (2013, Jejarikami) 

*Umat ISLAM perlu berhati-hati dalam pemakaian topeng ini. Dikhuatiri secara halus umat Islam sendiri menyanjung penyebar-penyebar Agama Lain selain Agama ISLAM .  Lebih baik kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. ( myhomesoil 2013)
Tidak salah menyuarakan pandangan peribadi. Tidak salah berpesatuan dan melontarkan pegangan ideologi persatuaan yang digemari. Yang SALAH adalah menggayakan ideologi songsang tanpa usul periksa. Kalau betul pun tidak mahu wajah dikenali, mengapa tidak memakai topeng atau tutup muka seperti ini..
Siap ada kuasa superpower lagi..

Semoga Allah menjauhkan kita dan ahli keluarga kita daripada budaya ikut-ikutan yang hanya akan membawa kita ke neraka jahannam.Amin ya Rabbal  alamin...

LAMBANG DAN SIMBOL YANG MEROSAKKAN AKIDAH

Ibnu Taimiyah berkata bahawa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadis hassan dari Ibnu "Umar" berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka"
bertindik bagi lelaki merupakan perkara yang diharamkan dalam islam
Hadis di atas menetapkan haramnya meniru mereka dan secara zahir menunjukkan bahwa perbuatan itu merupakan perbuatan kufur sebagaimana disebut pada firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:
Barangsiapa di antara kamu yang berteman dengan mereka,maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka.”
Umat islam ditegah dengan secara membuta tuli meniru dan mengikut setiap perbuatan sesuatu kaum yang bertentangan dengan norma-norma ajaran islam. Dengan dunia tanpa sempadan yang semakin canggih dari sudut teknologinya, segala maklumat boleh diperolehi dihujung jari dengan begitu mudah. Oleh yang demikiaan umat islam khususnya harus menyelidik terlebih dahulu setiap perkara yang ingin diikuti agar tidak menyimpang dengan ajaran islam.
Kebencian dan dendam Yahudi dan Nasrani kepada Islam telah termaktub di 
dalam Al Quran. Allah berfirman:
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)

Rasa permusuhan orang-orang Barat dan azam mereka untuk menjahanamkan Islam 
janganlah dipandang ringan dan kecil. Memang Islam tidak mengajar kita 
mencari musuh. tetapi Allah melalui Al Quran dan Hadis telah memberitahu 
kita siapa musuh umat Islam; iaitu:

1. Nafsu
2. Syaitan
3. Orang munafiq
4. Yahudi dan Nasrani serta orang kafir lainnya
5. Orang Islam yang hasad dengki.



Masyarakat Islam di Malaysia perlu mengetahui terdapat gerakan-gerakan tertentu yang kini sedang giat mempromosi simbol-simbol songsang yang bukan sahaja menggugat akidah malah ianya boleh mengelirukan generasi akan datang sekaligus menggugurkan akidah umat Islam (Nauzubillahi min zalik). 

1. Topeng ’Guy Fawkes’ 


Guy Fawkes (13 April 1570 – 31 January 1606), also known as Guido Fawkes, the name he adopted while fighting for the Spanish in the Low Countries, was a member of a group of provincial English Catholics who planned the failed Gunpowder Plot of 1605.Fawkes was born and educated in York. His father died when Fawkes was eight years old, after which his mother married a recusant Catholic. Fawkes later converted to Catholicism and left for the continent, where he fought in the Eighty Years' War on the side of Catholic Spain against Protestant Dutch reformers.

Topeng ’Guy Fawkes’ yang sering dipakai di Malaysia ketika ini bermaksud seperti membawa /menyebarkan ideolagi kristianisasi barat. ‘Guy Fawkes’ merupakan seorang revolusioner Kristian yang menentang Raja James 1 untuk memastikan pemerintahan Monarki Kristian dan penguasaan gereja semula dalam masyarakat Eropah.  ‘Guy Fawkes’ juga merupakan seorang misionari Kristian yang membantu penyebaran agama itu (2013, Jejarikami) 

*Umat ISLAM perlu berhati-hati dalam pemakaian topeng ini. Dikhuatiri secara halus umat Islam sendiri menyanjung penyebar-penyebar Agama Lain selain Agama ISLAM .  Lebih baik kita perbanyakkan berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. 

2. Simbol Jari Menyilang 

Perlu diselidiki dan di perhalusi bahawa 2 jari yang menyilang juga adalah Sign of the Cross . Ini adalah perbezaan di antara mazhab Orthodox dan Katolik dalam ajaran Kristian.

Selain itu juga ritual menyilangkan 2 jari telunjuk dengan hantu ini juga adalah termasuk dalam amalan ritual Kristian semasa tibanya hari yang di namakan 13 Friday kerana mengikut kepercayaan dalam Kristian simbol Sign of the Cross ini dapat menghindarkan diri daripada kejahatan syaitan. Ini menunjukkan bahawa simbol jari menyilang ini amat di percayai oleh mereka yang menganut ajaran Kristian bila tibanya hari yang di namalan 13 Friday. 



Ingatlah Firman Allah: 
"Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)