Khalifah
Abu Ja’far bin Mansur telah bertanya kepada anak Umar bin Abdul Aziz
“Berapakah
banyak wang simpanan Umar ketika beliau mula-mula memegang jawatan khalifah?”
Anaknya
menjawab “40 ribu dinar (wang emas).”
Abu
Ja’far bertanya lagi “Berapa pula ketika beliau wafat?”
Anaknya menjawab “ 4 dinar,
kalau dia panjang umur lagi pastilah semakin berkurangan.”
Aku telah menziarahi Umar bin Abdul Aziz ketika beliau sakit dan aku dapati bajunya kotor.
Aku berkata kepada isterinnya Fatimah “Hai Fatimah basuhlah baju Amirul Mukminin.” Jawab
Fatimah “Aku basuh insyaAllah.”
Apabila aku menziarahinya semula aku dapati bajunya masih lagi kotor. Aku pun berkata
“Hai Fatimah, bukankah aku telah menyuruhmu membasuh baju Amirul Mukminin.
Sesungguhnya manusia menziarahinya.” Fatimah menjawab “Demi Allah, bajunya hanya ada
satu.”
Situasi di atas adalah gaya hidup dan corak pemerintahan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz. Pemerintahan beliau pada masa tersebut amat disenangi dan menjadi tauladan oleh rakyat di bawahnya.
Sementara itu...
Ketika rakyat terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup, disuruh berjimat, disuruh itu ini, lain pula halnya dengan situiasi-situasi diatas.Ya benar, elaun-elaun exco dan wakil rakyat sudah lama tidak dikaji. Ada yang tidak mengalami kenaikan sejak tahun 2006 lagi. Tapi kenaikan pada kali ini mengundang rasa marah rakyat kepada kerajaan. Kerajaan dilihat memewahkan para pemimpin dikala rakyat terus dicengkam dengan kegelisahan dek himpitan beban meneruskan kelangsungan hidup.
Berbalik mengenai situasi kenaikan elaun wakil rakyat..Adakah rakyat disini boleh dikendurkan amarahnya saat mengetahui pemimpin atasan tidak sepeka mana dalam memahami denyut nadi rakyat? Bolehkan rakyat yang ada di Malaysia ini setenang rakyat di zaman Kahalifah Umar Abdul Aziz?
Rakyat disuruh sabar dan menerima apa sahaja momokan daripada kerajaan sehinggakan ada pihak yang mengatakan kalau tidak suka dengan kerajaan, boleh keluar dari Malaysia. Apakah perkara ini buat rakyat makin tenang?
Cuma usaha terakhir yang rakyat boleh lakukan adalah berdoa dan berserah kepada Allah S.W.T moga dipermudahkan segalanya..
No comments:
Post a Comment