Social Icons

Pages

Friday 17 January 2014

TUTUP GIAT MARA: GERAKAN HALUS MENGHAPUSKAN EKONOMI BUMIPUTERA?



Dalam tempoh 1966-1990, peranan dan sumbangan Majlis Amanah Rakyat (MARA) amat besar dalam membangunkan masyarakat bumiputera. Dalam tempoh tersebut, MARA berjaya melatih seramai 32, 164 belia bumiputera melalui sistem IKM ( Institut Kemahiran Mara) dan melatih seramai 7655 pelatih bumiputera di bawah program Pusat Giat Mara (PGM). Dalam pada itu, MARA berjaya mengeluarkan seramai 15,744 pelajar cemerlang dalam bidang akademik di bawah sistem MRSM. Bahagian Pelajaran komersial pula berjaya mengeluarkan seramai 3,291 pelajar dalam kursus teknologi maklumat dan perakaunan. Di samping itu juga MARA berjaya menaja seramai 44,055 pelajar Bumiputera dalam pelbagai bidang kursus di institusi pengajiaan tinggi samada di dalam dan luar negeri.

Sesungguhnya, tidak dapat di nafikan sumbangan MARA ini telah berjaya menarik Bumiputera keluar daripada kepompong KEMISKINAN sejak sekian lama. Usaha MARA tidak terhenti setakat peringkat pengajian lepasan sekolah sahaja malah lebih daripada itu.Universiti Teknologi Mara (UiTM) umpamanya telah memperkenalkan Program Mengubah Destinasi Anak Bangsa (MDAB) dengan menawarkan Bumiputera yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk memohon pengecualian Yuran Pengajian bagi melanjutkan pengajian menerusi mod fleksibel iaitu secara Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau Pengajian Luar Kampus (PLK) di peringkat Sarjana Muda. Usaha ini adalah satu bentuk Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility - CSR) Universiti Teknologi MARA bagi memberi ruang kepada lebih ramai golongan Bumiputera yang bekerja untuk mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.

Suka ataupun tidak, kita harus mengakui sumbangan besar MARA dalam membantu golongan bumiputera untuk terus berdaya saing serta membuka jalan meningkatkan taraf hidup dalam pelbagai sektor ekonomi di negara ini. Melihat kepada apa yang MARA telah lakukan kepada bumiputera, tergamakkah kita untuk menghentikan usaha yang telah dibina sejak sekian lama?. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan isu arahan penutupan Pusat Giat Mara di Selayang Selangor oleh kerajaan negeri seperti surat di bawah:



Memang benar isu di atas adalah serius yang mana Pusat Giat MARA Selayang telah didirikan dan beroperasi tanpa kebenara di atas tanah kerajaan negeri. Tapi tiada usahakah oleh kerajaan negeri itu sendiri mengarahkan Pusat Giat MARA berkenaan memohon Lesen Pendudukan Sementara (LPS) umpamanya ataupun melupuskan tanah tersebut dengan cara memberi hak milik kepada Giat MARA demi untuk meneruskan operasi mereka.? Senang bukan.. nama pun Goverment to Government..tapi sayang, realitinya perkara ini tidak berlaku terhadap isu berkenaan. Sebelum ini kita dicanagkan dengan kehebatan Ketua Kerajaan Negerinya yang terkenal kerana kejayaannya membawa balik syarikat perladangan negara Kumpulan Guthrie Bhd. (Guthrie) dari  London dalam satu projek yang diberi nama Projek ‘Serbuan Waktu Subuh (Dawn Raid). Tapi sukar untuk menyelesaikan masalah pemilikan tanah seperti ini. Pelik bukan?. Kita tidak mahu pisang berbuah dua kali berikutan tindakan kerajaan negeri terhadap Pusat Giat MARA Sabak Bernam yang menutup pusat berkenaan dengan hasilnya seperti di bawah:

Pusat Giat MARA Kampung Merbau Berdarah menjadi Port Penagih Dadah sejak penutupannya dua tahun lepas.

Kita tidak mahu polimik ini berterusan apatah lagi di sebuah negeri yang mana ketua kerajaan negerinya adalah seorang Melayu Bumiputera  Kita juga tidak mahu adanya Ketua kerajaan yang tidak tegas dalam membuat keputusan apabila menerima tekanan hebat dan meneruskan sikap berdolak dalih beliau dalam menguruskan isu berkenaan Bumiputera.



Ini bukan isu politik. Jauh sekali menyalahkan pengurusan kerajaan negeri yang diwakili oleh gugusan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP yang berjaya mendapat mandat daripada rakyat pada pilihanraya yang lalu. Rakyat tidak peduli sekiranya kerajaan samada pusat ataupun negeri mahu berpolitik. Politiklah sampai dunia mahu kiamat sekalipun. Tetapi, apabila berbangkitnya isu berkenaan kebajikan rakyat dan hak bumiputera, silalah tangani dengan kewarasan akal. Walau apapun alasannya, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk mempertahankan apa yang telah dilaksanakan sejak sekian lama. 

Kita marah taktala kenaikan harga barang dan sara hidup melambung tinggi kebelakangan ini sehinggakan isu KANGKUNG yang hanya merupakan satu simbolik yang diberikan oleh Perdana Menteri dipermainkan dengan begitu hebat di pelbagai media massa sejak seminggu yang lepas. Kita menyalahkan kerajaan Pusat yang diterajui oleh Barisan Nasional mengenai kenaikan harga barang ini. Sambil itu beberapa pihak menyakinkan rakyat bahawa sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah, kenaikan barang dan kos hidup tidak akan berlaku mengikut acuan dan formula yang mereka kemukakan. Tapi hanya satu persoalan mudah..bolehkah kita MENGHARAPKAN mereka membantu kita sedangkan masalah pemilikan tanah Giat MARA pun sukar untuk diselesaikan? Tepuk dada, lihat ke dalam sedalam dalamnya..



No comments:

Post a Comment