Social Icons

Pages

Tuesday, 3 July 2012

CHUA SOI LEK TENTANG HUDUD HABIS-HABISAN



Pemimpin kesayangan UMNO, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA baru-baru ini dilaporkan telah membantah pelaksanaan hukum hudud di Johor dengan menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah Datuk Ayub Rahmat dari UMNO sebagai hilang akal atau lebih tepat gila pabila Adun itu mencadangkan Johor menjadi negeri pertama melaksanakan hukum hudud di Malaysia pada persidangan ke lima Dewan Negeri Johor ke-12 baru-baru ini.

Amacam UMNO dan PERKASAM? x mau bela ka u punya kawan? ade beran? Opss.lupa plak.dengan DAP U orang berani la..keh.keh

POLITIK RIMBA..BENDERA PAS DIKOYAK DAN DIBAKAR !!


KUALA KLAWANG - Pas Kawasan Jelebu melahirkan kekesalan apabila mendapati sembilan bendera parti itu dan PKR dirosakkan malam kelmarin.


Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Jelebu, Noranif Selamat berkata, kejadian disedari pada malam 30 Jun lalu ketika dia dalam perjalanan ke tapak ceramah Pakatan Raya (PR) yang diadakan di Kampung Bukit, Ulu Jelebu.



Menurutnya, ketika melalui simpang ke Kampung Dulang kira-kira jam 8 malam, dia mendapati bendera parti yang dipasang sudah dirosakkan.



"Bendera itu dipasang bersempena ceramah umum PR yang diadakan pada malam tersebut.



"Pada sebelah siangnya jentera Pas Jelebu memasang sembilan bendera termasuk salah satunya bendera PKR di kesemua laluan masuk ke Kampung Bukit bermula dari Pekan Kuala Klawang," katanya.



Noranif berkata, dia dan Ketua Unit Amal Pas Jelebu, Hanafi Ahmad Zainuddin yang berada di lokasi kejadian mendapati kesemua bendera sudah dipotong sehingga separuh dan satu darinya dibakar.



"Mengesyaki ia perbuatan khianat, saya turut melaporkan perkara itu kepada polis pada petang 1 Julai 2012 di Balai Polis Kuala Klawang," katanya.



Katanya, ini adalah kali kedua pihaknya membuat laporan polis mengenai perkara itu.


"Sebelum ini ia pernah berlaku di Pasoh ketika berlakunya ceramah PR.



"Malah ada juga bendera Pas yang dijahit bersama bendera DAP di mana bendera DAP diletakkan di atas bendera Pas dalam keadaan dijahit. Ini merupakan tindakan menghina parti Islam dan kita sebagai ahli Pas amat sensitif akan perkara ini," katanya.



Dalam pada itu katanya, dia meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara itu agar ia tidak berulang pada masa akan datang.



"Walau bagaimanapun kejadian sebegini langsung tidak melemahkan semangat Pas dan PR untuk meneruskan siri ceramah sehingga Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) diadakan,” katanya kepada Sinar Harian.


SINAR HARIAN


P/S Sabo jela PAS..Semakin ramai yang membenci taktala sokongan semakin mantap 

Monday, 2 July 2012

PERSAMAAN UMNO DAN IKHWANUL MUSLIMIN


Macam neh. Ada penyokong umno minta sebarkan. Kata dia ;


 

Persamaan Logo Ikhwanul Muslimin dan Logo Umno/Barisan Nasional Yang Cuba Ditutup Oleh Ahli PAS !!! Sebarkan
 
.


Oke larh aku dah sebarkan. Harap dia berpuas ahti larh sebab aku dah tolong dia sebarkan. Walaupun ketika sebarkan aku sempat juga berfikir bila masa pula pas cuba menutup persamaan tersebut.. ingat pas takde kerja lain ke apa..?

kah kah kah

Dah alang2 kita nak sebarkan persamaan umno dengan IM apa kata kita sebarkan seme sekali. Baru lah orang boleh kenal dengan lebih dekat apa itu UMNO dan IM kan?

Meh aku mulakan dulu.







Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/06/persamaan-umno-dan-ikhwanul-muslimin.html#ixzz1zTpYK5kJ

TANDA-TANDA KEJATUHAN KERAJAAN BN?

Bila artis, bekas pegawai kanan kerajaan dan sasterawan menyerahkan borang keahlian menyertai PAS, apakah itu petanda saat kegemilangan BN sudah berakhir?




“beliau berjanji dengan dirinya selagi Allah meminjamkan nyawa kepadanya beliau akan menggunakan nyawa itu untuk berjuang menegakkan keadilan dan kebenaran dan waktu ini beliau melihat hanya Pas berjuang ke arah itu”

Datuk Tamrin Abdul Ghafar Baba





"Nak masuk Umno ramai yang berani, nak masuk PAS satu keputusan kena fikir lama-lama. Kalau nak masuk Umno tidak jadi isu. Kalau masuk PAS habis!!"Masuk PAS? Nak makan apa? Saya yakin yang bagi rezeki kepada saya bukan BN tetapi Allah Taala. Saya dapat rasa dan saya yakin

Hairie Othman






“Sebenarnya baru kini saya faham bahawa agama dan politik tidak boleh dipisahkan. Demi agama Islam, saya tidak lagi takut kepada manusia dan bimbang akan kehilangan semua kerana ianya datang daripada Allah,”


Abby Abadi







“Saya menyertai PAS adalah kerana PAS adalah satu-satunya parti yang benar-benar dilihat memperjuangkan Islam di Malaysia ini, apatah lagi di dalam perlembagaannya juga tercatat untuk memperjuangkan Islam.

Dato Fauzi Shaari
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman)



Kebimbangan saya  terhadap pemerintahan Rejim Umno dan Barisan Nasional yang dilihat tidak menjamin akidah anak-anak masa depan di samping penyelewengan dan rasuah yang begitu berleluasa

Aishah



Sunday, 1 July 2012

KESESAKAN DI KUALA PILAH..PERLU PERHATIAN SEWAJARNYA


LALUAN dari Jalan Bahau melalui Kuala Pilah sehingga ke Bukit Putus sememangnya sudah lazim dikaitkan dengan laluan sesak dengan kenderaan terutama pada musim perayaan, musim cuti sekolah, tidak terkecuali pada hujung minggu. Laluan ini menjadi pilihan utama bagi pengguna yang hendak ke Jempol dan Kuantan serta antara laluan utama penduduk tempatan untuk ke Seremban dan Kuala Lumpur. Negara sudah hampir 55 tahun merdeka.Namun begitu pembangunan yang perlahan di Kuala Pilah berbanding daerah lain di Negeri Sembilan amat mendukacitakan.



Kuala Pilah mempunyai Ahli Parlimen yang memegang portfolio Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, malangnya posisi itu seolah-olah tidak memberi sebarang keistimewaan dan keuntungan kepada penduduk setempatnya. Masyarakat Kuala Pilah perlu melakukan perubahan dan tidak sepatutnya terus membiarkan daerah mereka tertinggal dari arus pembangunan. SESUATU PERLU DILAKUKAN. BAGAIMANA? JAWAPAN DITANGAN ANDA

daerah berdaulat

HIMPUNAN HIJAU, PUKULAN MAUT UNTUK UMNO

 Nah..Tak ku sangka tak ku duga apakah ini petanda awal kemenangan sebuah Parti Islam?. Selepas Kedah, Pahang menjadi satu lagi negeri yang mencatatkan kehadiran puluhan ribu orang dalam program HIMPUNAN    HIJAU    KE PUTRAJAYA. Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Pahang yang berlangsung di Dataran PAS di Kerdau semalam (1 Julai 2012) membuka lembaran baru dalam iklim politik tanahair. Dikala rakyat dingorat dengan pelbagai bentuk gula-gula pilihanraya, PAS membuktikan betapa rakyat Malaysia sekarang begitu dahagakan arus perubahan dalam kepimpinan politik Malaysia.  


Jika UMNO menggunakan gadis-gadis K-POP untuk menarik belia dan masyarakat dalam himpuan sejuta belia baru-baru ini, PAS hanya berbekalkan kain rentang yang murah sebagai hebahan program dan  solat hajat sebagai  elemen utama untuk mengamit  rakyat hadir. Tetapi kuasa ALLAH membuktikan segala-galanya.

Amacam yoep!!!














Friday, 29 June 2012

JELAJAH JANJI DITEPATI..BIL ELEKTRIK NAIK LAGI



KUALA LUMPUR: Kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) diminta memberikan penjelasan segera ke atas aduan kenaikan bil elektrik ekoran sistem bil dua bulan sekali.

Ini kerana, sistem ini menyebabkan bil elektrik pengguna menjadi berlipat kali ganda.

Seorang pengguna elektrik menghantar satu surat aduan dan disiarkan oleh banyak blog termasuk dalam ruangan surat pembaca Harakahdaily sebelum ini.

Namun sehingga kini, TNB belum membuat sebarang penjelasan mengenainya sekurang-kurangnya tidak ada dalam pengetahuan pembaca Harakahdaily.

Berikut disiarkan sekali lagi surat yang ditulis oleh Mohd Fazli Hassan dari Meru, Klang itu:


Tidak lama dulu DS Najib mengumumkan kenaikan tarif elektrik baru. Seingat saya, beliau menyatakan bacaan bil bulanan di bawah 400 unit atau kurang dari RM90 tidak menerima kesan (tolong betulkan jika salah).

Oleh itu pengguna yang bil bulanan di bawah bacaan 400 unit atau kurang dari RM90 (jika tidak silap) tidak akan dikenakan kadar tarif elektrik baru. Mendengar pengumuman tersebut saya antara orang yang merasa lega kerana bil elektrik saya setiap bulan adalah kurang daripada RM90.

Perasaan lega itu hanya untuk sementara waktu sahaja atau beberapa bulan sahaja. Ada perancangan lain yang telah dilakukan bagi merealisasikan kadar tarif baru elektrik ini.

Beberapa bulan ini, pihak TNB (pembaca meter TNB) hanya melakukan bacaan meter dua bulan sekali sahaja ke rumah saya dan rumah-rumah jiran. Oleh itu bacaan meter elektrik yang dibuat dua bulan sekali, diselangi dengan bil anggaran yang dihantar melalui pos. Melalui cara ini, secara tidak langsung kadar tarif baru dapat dilaksanakan kepada pengguna, tanpa disedari.

Sebagai contoh bagi mereka yang menggunakan tarif elektrik sebanyak 350 unit sebulan, bayaran bil adalah sebanyak RM76.30. Melalui sistem bacaan meter DUA BULAN berserta BIL ANGGARAN (secara POS), penggunaan elektrik naik sekali ganda menjadi 700 unit (dua bulan).

Oleh itu, bayaran bil menjadi RM194.20, kiraan seperti berikut:

Penggunaan dua bulan 700 unit.

1. 400 unit X RM0.218 = RM87.20

2. 200 unit X RM0.334 = RM66.80

3. 100 unit X RM0.400 = RM40.00

JUMLAH = RM194.20

Bil bagi dua bulan menghampiri RM200. Berbanding jika bil dikenakan tiap-tiap bulan hanya antara RM70 ke RM80 sahaja. Jika dua bulan pun hanya RM140 ke RM160 sahaja jika pengguna membuat tunggakan bayaran.

Bagi bil anggaran yang dihantar melalui pos pula, jumlah yang dinyatakan hanya pada nilai RINGGIT MALAYSIA tetapi bukan pada jumlah UNIT elektrik yang digunakan. Maka bil dua bulan dalam jumlah ringgit ditolak dengan jumlah bil anggaran dalam nilai ringgit.

Kesimpulannya, TNB telah berjaya melaksanakan kadar tarif baru elektrik kepada pengguna yang pada asalnya bacaan tarif elektrik kurang dari 400 unit.

Sehubungan itu, saya meminta pembaca atau pengguna elektrik, renungkanlah....


Mohd Fazli Hasan
Taman Meru Damai, Kapar Klang.



harakahdaily.net




P/S: HARAP ADA PENJELASAN DARIPADA KERAJAAN!!