Social Icons

Pages

Saturday 4 May 2013

CALON DUN AMPANGAN, ABU UBAIDAH YANG LAIN DARIPADA LAIN



Ampangan merupakan kerusi yang Barisan Nasional tewas pada Pilihanraya Umum 2008 yang lalu dengan majoriti yang diperolehi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebanyak 165 undi. Itu secara ringkas statistik keputusan PRU yang lepas. Pelbagai andaian dibuat, pelbagai punca dikenal pasti kesan kekalahan BN dikerusi tersebut. Antaranya masalah calon, tidak keluar mengundi hinggalah sabotaj-sabotaj yang dilakukan segelintir pihak yang tidak berpuashati. Ok, kita tinggalkan cerita PRU 2008.Warisanwizurai cenderung untuk memperkatakan tentang calon BN dari UMNO di kawasan ini iaitu Abu Ubaidah Redza. Pencalonan calon ini mengejutkan banyak pihak. Tidak kurang juga mempertikaikan sebab alasan pencalonan beliau yang dikatakan tidak memenuhi kriteria UMNO. Pencalonan Abu Ubaidah menurut beberapa sumber adalah untuk mengimbangi masalah-masalah antara veteran UMNO dan golongan muda parti tersebut. Abu Ubaidah mungkin asing dalam UMNO tetapi tidak bagi penduduk kawasan Ampangan. Itu yang Warisanwizurai sempat capture apabila turun ke kawasan tersebut. Rata-rata masyarakat khususnya Melayu bersetuju dengan pencalonan tersebut. Apabila Warisanwizurai turun ke kawasan seperti Kg Jiboi, Kg Sekolah, Kg Gedong Lalang dan Flat Uda yang kebanyakkan pengundi Melayu paling mendominasi, pandangan yang molek diberikan terhadap calon tersebut. Abu Ubaidah adalah calon yang berlatarbelakangkan agama. Penampilan beliau yang bersahaja dan berketayap putih amat disenangi penduduk kawasan Ampangan. Mungkin dari segi kemahiran pengucapan Awam (Public Speaking) kurang memberangsangkan, tetapi aura beliau kelihatan sebagai seorang pemimpin. Karakter beliau yang lebih kepada ciri seorang Imam atau ustaz yang tidak suka memburukkn orang menyebabkan ramai yang memuji baik dari pihak BN mahupun Pakatan Rakyat. Ternyata calon yang ditonjolkan oleh UMNO di DUN Ampangan ini amat berbeza serta lari dari kebiasaan UMNO pada PRU kali ini. Warisanwizurai amat menyokong calon Melayu yang beragama Islam yang menonjolkan sikap positif seperti ini. Tdak peduli samada beliau daripada UMNO mahupun PAS. Apa yang penting sekarang, penduduk DUN Ampangan mempunyai alasan kukuh untuk mengundi calon yang bersih daripada segala kontroversi. Sifirnya mudah, biar tidak popular dikalangan manusia, tetapi popular dalam keredhaan Allah SWT.

1 comment:

  1. syukur ALHAMDULILLAH Tuan Syeikh Abu Ubaidah dari keturunan Syeikh Muhammad Said Al-Linggi yang jadi pemimpin. semoga mendapat berkat darinya. amin

    ReplyDelete