Dari hari ke sehari corak berkempen parti politik semakin menakutkan. Isu yang paling mendapat tempat dalam kaedah berkempen adalah menyerang keperibadian tokoh politik. Tidak kiralah samada dari UMNO, PAS, PKR ataupun mana-mana parti yang bertanding. Sekiranya isu tersebut mampu memberi milleage kepada parti mereka, isu tersebut pasti akan diangkat habis-habisan bagai tiada hari esok. Samada penyebaran risalah ataupun gerak kerja alam siber, isu keperibadian menjadi senjata utama menyerang musuh. Pasukan-pasukan siber samada Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat masing-masing berlumba mendedahkan video sana, video sini dengan perkataan kegemaran "VIDEO INI DIPERCAYAI DILAKUKAN OLEH...." . Tag line seperti ini menjadi kegemaran terutama para bloggers dalam menarik seberapa ramai pengunjung membaca setiap entri di dalam blog mereka. Dari sekecil-kecil bloggers sampailah ke Bloggers Jerung raksasa semuanya memberi tumpuan kepada isu yang mampu memberi keuntungan dalam perjuangan. Suka atau tidak itulah perang PRU 13 di alam siber.
Namun yang hendak dihighlightkan disini adalah tentang keghairahan para bloggers mendedahkan atau membogelkan satu persatu keburukan tokoh-tokoh parti yang bertanding. Kebanyakkannya berselindung disebalik alasan tidak mahu mengundi pemimpin yang tidak bermoral ataupun tidak mahu masyarakat tersilap memilih pemimpin yang tidak mempunyai akhlak yang tinggi. Namun adakah semuanya mempunyai niat yang ikhlas?Berani untuk saya katakan TIDAK kepada sesetengah bloggers yang kononya mahu memperjuangkan alasan seperti yang saya sebutkan tadi walhal hakikatnya seronok melihat pasukan lawan terdiam terkunci seribu bahasa apabila diserang..Namun sekali lagi, itulah hakikatnya dunia bloggers politik menjelang PILIHAN RAYA UMUM -13
Realitinya..yang haram tetap haram, yang halal harus diteruskan walau apa jua alasannya. Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti direkodkan dosa dan pahalanya walau sebesar zarah sekalipun seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT. Dalam menghadapi gendang PRU yang telahpun dipalu, baik petugas BN mahupun PR ketahuilah kita sekarang menghadapi saat-saat genting. Masa depan negara bergantung kepada gerak kerja kita dalam menyakini pengundi. Namun biarlah dilakukan dengan cara yang diredhai oleh Allah. Lakukanlah demi mendapat keberkatan Allah walaupun sukar sekalipun kerana perancangan Allah lagi maha hebat dari segala perancangan manusia sekalian alam.
No comments:
Post a Comment