Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din tampil dengan kenyataan PAS TETAP LAKSANA HUDUD walaupun mendapat tentangan DAP dan PKR. Beliau dipetik berkata
" hukum hudud adalah asas perjuangan PAS dan dasar itu tidak boleh diubah.Bila sampai masa kita pegang kuasa, mesti ada polisi beri dan terima. Ada masa PAS kena beralah, ada masa kita menerima dan ada masa kita memberi."
Tuan Guru Harun Din (TGHD) merupakan pemimpin PAS yang paling konsisten memperjuangkan isu hudud dalam PAS. Beliau tidak pernah berganjak dengan pendirian beliau sejak mula menyertai PAS pada tahun 1974. Atas sebab itulah beliau sangat dihormati samada dikalangan ahli PAS mahupun parti lawan. Kenyataan terbaru beliau jarang sekali kita dengar kerna sukar untuk kita mendengar Harun Din bersuara dalam beberapa isu yang sering ditampilkan oleh media.Oleh sebab yang demikian, kenyataan beliau tidak boleh dilihat sebagai kenyataan politik sementelah beliau bertanding sebagai calon PAS bagi kerusi P3 Arau pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.
Kenyataan terbaru beliau ini bakal menyebabkan beberapa pihak panas punggung dengan isu yang tidak pernah selesai sejak beberapa lama.Buat pimpinan PAS, anda harus kekalkan sikap dan pendirian PAS ini..
No comments:
Post a Comment